Breaking

Showing posts with label sinopsis 2 alam. Show all posts
Showing posts with label sinopsis 2 alam. Show all posts

November 21, 2010

07:35

Review Filem 2 Alam Yang 'Pecah Panggung'

Disebabkan banyak sangat keyword pasal filem 2 Alam masuk ke blog ni, hari ni me nak share review filem 2 Alam terbitan dR Rozmey. Review dari ohartis.com, kalo nak tunggu review dari me sendiri alamat takde lah entry ni. sebabnye tak larat nak tengok filem 'pecah panggung' ni, me suke filem pecah skrin je huhu ade tak?

Sinopsis filem 2 Alam



Kisah bermula di sebuah kampung terpinggir yang mana masyarakat sibuk dengan persiapan bagi menyambut ketibaan jenazah Amy atau Adam  dari kota.  Ketika ibu bapanya, Halimah dan Zainal yang lumpuh bersedih, Uztaz Ishak, rakan Adam dari kecil sibuk mengatur urusan.  Jenazah yang tiba mengalami kesukaran untuk dikendalikannya. Jenazah Amy menjadi berat dan kaku mengeras mendatangkan kesukaran kepada semua yang ada.
Dipaparkan juga kisah hidup Amy yang setelah kembali dari London, hidup bersekedudukan dengan Juan Agustin, juga seorang penyanyi popular yang sama dengannya. Amy dan Juan Agustin hidup dilimpahi dosa serta hiburan melampau tanpa batasan. Akhirnya ketika leka, Juan Agustin disamun dan dibelasah manakala Amy dilarikan lalu dirogol bergilir-gilir oleh tiga pemuda. Juan Agustin yang selamat melapokan kejadian itu kepada pihak polis. Amy berang kerana tahu bahawa reputasi dan rahsianya mennukar jantina denagn cara pembedahan di masa lalu terbongkar maka terjadilah pergaduhan dengan Juan Agustin yang berakhir dengan perpisahan.
Dunia Amy musnah, tertekan, bersendirian dan kecewa. Amy nekad membunuh diri. Turutan dari itu jenazahnya kembali kekampung seperti di awal cerita.. Setelah berjaya mengharungi dugaan, Ustaz Ishaq bersama penduduk kampung membacakan talkin di kemuncak kisah ini, Namun ianya tidak dapat membendung akan dosa berat Amy.

Apa yang best dengan filem 2 Alam

  • Pengajaran yang disampaikan walaupun ianya agak lame!
  • Cara kawalan kamera yang patut dipuji.
  • Editing yang boleh dipuji di sesetengah bahagian.
  • Sound effect yang agak mantap.
  • Pelakon baru yang hebat membawa watak masing-masing
Apa yang tidak best dengan filem 2 Alam

  • Satu perkara yang paling tidak best dan mampu membuatkan korang blah terus dari panggung wayang tu adalah flashback yang ada dalam cerita ni. Boleh dikatakan flashback scene-scene yang sama kerap sangat dilihat dan menutup segala yang menarik yang ada dalam cerita ini. Ianya juga dilatar-belakangkan dengan dua lagu iaitu Salam Terakhir dan juga Andai ku Tahu (nyanyian semula Amy Search dan Ramli Sarip). Ianya menjadikan filem ini TERAMAT-AMAT membosankan dan menjadi sebab utama kenapa filem ini dikatakan INDAH KHABAR DARI RUPA!
  • Plot cerita memang merepek. Kejap bincang kahwin dengan orang lain, tiba-tiba masa kahwin dah dengan orang lain pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us