Breaking

Showing posts with label rancangan astro. Show all posts
Showing posts with label rancangan astro. Show all posts

September 29, 2012

08:39

Fear Factor Selebriti Malaysia, Aaron Aziz Pun Ada


Perkara-perkara jijik dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi budaya negara ini tidak akan ditonjolkan dalam program Fear Factor Selebriti Malaysia membabitkan selebriti tempatan.
Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, pihaknya amat peka dengan isu yang melibatkan sensitiviti penonton dan tidak akan mengikut format program itu yang mendedahkan peserta dengan perkara-perkara tidak senonoh.
"Jika melihat format program asal, peserta akan diuji dengan memakan benda-benda yang menjijikkan, tetapi ia tidak akan berlaku dalam program ini.
"Ia dihasilkan mengikut kesesuaian budaya negara kita. Namun ujian yang melibatkan rasa ketakutan, ketinggian dan psikologi mental masih lagi digunakan kerana itu adalah sebahagian 'fear factor' dalam program ini," katanya pada pelancaran Fear Factor Selebriti Malaysia di Batu Caves, di sini, Jumaat.
Tambah Raqim, walaupun perkara-perkara yang sensitif tidak dimasukkan dalam formatnya, ia masih lagi mampu menjadi tarikan kepada penonton terutamanya daripada segi kekuatan fizikal dan penggunaan haiwan yang menakutkan.
Seramai 30 selebriti (dibahagikan kepada 13 kumpulan) menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia antaranya Didie Alias, Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Kaka, Elfira Loy, Hairul Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Gambit Saifullah, Ezlynn, Mejar Dr Faiz, Zawen Anwar, Hafizul (On Air), Norisham Ismail dan Johan As'ari.
Bakal menjalani penggambaran di Cape Town, Afrika Selatan bermula 23 Oktober sehingga 15 November depan, para selebriti ini bakal melalui pelbagai ujian yang menguji tahap ketahanan serta keberanian diri selain melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar.

"Walaupun jadual penggambarannya pada penghujung bulan depan, mereka (peserta) sudah pun diberi latihan 'Boot Camp' selama lima hari di Batu Caves.
"Mereka dikerah dengan pelbagai latihan lasak, seperti menyertai latihan askar," ujarnya.
Fear Factor Selebriti Malaysia merupakan sebuah program popular antarabangsa yang menguji ketahanan mental dan fizikal peserta, namun ia diubah suai mengikut kesesuaian budaya masyarakat Malaysia.
Selain itu, pihak Astro telah memilih Aaron Aziz sebagai pengacara bagi mengendalikan program yang akan disiarkan di Astro Ria dan Mustika HD nanti.

April 15, 2011

22:29

MasterChef Malaysia~mesti tonton

kalau sebelum ni mostly pertandingan masakan sumenye dari negara luar dan antara yang me suke tengok Iron Chef. ade lagi rancangan ni ditayangkan sampai skang kat astro, channel bape tak ingat pula. dan yang comel pertandingan masakan kanak2 kat australia. pe nama rancangan tu pun tak ingat eheh.... 

dan skang giliran chef malaysia pula beraksi dalam MasterChef Malaysia. wah name program pun dah gempak siap dapat title master, bukan senang owhh



program realti ni bakal bersiaran di Astro Ria (saluran 104), pada Oktober ini akan memulakan ujibakat hampir ke seluruh Malaysia bermula pada 23 April hingga 21 Mei 2011 ini.


Ujibakat itu terbuka kepada warganegara Malaysia sama ada lelaki atau perempuan. Mereka mestilah berumur 18 tahun ke atas dan boleh bertutur dalam bahasa Malaysia. Mereka yang berminat perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R, selain hidangan (halal) pada sesi ujibakat pertama.


@: so kepada sape2 yang rase diri terer masak tu bolehlah cube nasib. bolehlah skil masak ahkak2 kat umah tu ditonton kepada umum. cewah fofular youu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us