Breaking

Showing posts with label olimpik london 2012. Show all posts
Showing posts with label olimpik london 2012. Show all posts

August 8, 2012

11:51

OLIMPIK: Azizulhasni Gagal Raih Pingat, Tempat Ke-6 Terbaik Dunia



LONDON: Walaupun gagal menyumbangkan pingat kepada Malaysia, pelumba trek sensasi negara Mohd Azizulhasni Awang berjaya memperbaiki pencapaiannya apabila menduduki tempat keenam dalam acara keirin individu lelaki Sukan Olimpik 2012.
Pencapaian pelumba kelahiran Dungun, Terengganu berusia 24 tahun itu mengatasi kedudukan tempat ketujuh yang diraihnya pada Sukan Olimpik Beijing 2008.
Pada perlumbaan akhir acara itu yang melibatkan enam pelumba di Velodrom London di sini pada Rabu, Mohd Azizulhasni terpaksa bersaing dengan jaguh-jaguh dunia yang lebih berpengalaman daripadanya.
Pelumba negara itu terpaksa akur dengan kehebatan pelumba Britain Chris Hoy yang juga juara bertahan serta juara dunia tiga kali, Teun Mulder dari Belanda pada perlumbaan yang membabitkan lapan pusingan itu.
Mohd Azizulhasni yang merupakan juara Piala Dunia Keirin tiga kali berturut-turut sejak 2008, beraksi cemerlang untuk berada di hadapan ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan, namun apabila 50 meter menuju ke garisan penamat, beliau dihalang Mulder menyebabkan pelumba lain berjaya memintasnya.
Hoy memenangi pingat emas acara itu manakala perak milik Levy Maximilian dari Jerman. Simon Van Velthooven dari New Zealand dan Mulder, masing-masing meraih gangsa.
Terdahulu, dalam saingan di peringkat separuh akhir, Mohd Azizulhasni yang digelar 'The Pocketrocketman' menduduki tempat kedua di belakang Hoy manakalaMulder pada kedudukan ketiga.
Pada pusingan pertama, pelumba negara itu juga menduduki tempat kedua di belakang pelumba Perancis, Mickael Bourgain untuk layak secara automatik ke separuh akhir.
Pengurus pasukan negara, Datuk Naim Mohamad menyifatkan Mohd Azizulhasni mempunyai jiwa besar walaupun bertubuh kecil.
"Sebelum Olimpik ini, dia mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan dan latihan namun beliau tetap cekal untuk bersaing di temasya ini. Beraksi di peringkat akhir merupakan satu pencapaian kepadanya," kata Naim.
Dalam acara pecut dua hari lepas, Mohd Azizulhasni menduduki tempat kelapan. - BERNAMA

August 2, 2012

07:57

OLIMPIK: Lee Chong Wei Menang Keatas Pemain Indonesia, Mara Ke Suku Akhir




LONDON: Datuk Lee Chong Wei mara ke suku akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London selepas mempamerkankan prestasi cemerlang ketika menentang Simon Santoso dari Indonesia.
Jaguh Malaysia itu tidak menunjukkan sebarang tanda kecederaan di bahagian buku lali sehingga akhir perlawanan apabila menundukkan Simon 21-12, 21-8 dalam masa 34 minit.
Chong Wei kini akan bertemu Kashyap Parupalli dari India di suku akhir.
Kashyap sebelum itu mengalahkan Niluka Karunaratne dari Sri Lanka 21-14, 15-21, 9-21 untuk menempah tempat ke suku akhir.

July 31, 2012

12:53

OLIMPIK: Lee Chong Wei Menang Keatas Pemain Finland



Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (kiri) meraikan kemenangannya ketika menentang pemain Finland Ville Lang pada Sukan Olimpik London, di Arena Wembley, London, malam Isnin. Chong Wei mengalahkan Lang 21-8, 14-21 dan 21-11.
00:46

SERIUS HODOH: Pakaian Kontijen Malaysia Di Pembukaan Olimpik London 2012



Kontinjen yang diketuai Chef de Mission, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, dengan peserta lelaki memakai baju kebangsaan berwarna kuning dan berjalur hitam yang melambangkan warna ‘Harimau Malaya’ serta bertanjak sementara peserta wanita berbaju kurung dan berselendang, berarak lalu pada jam 11.13 malam (waktu tempatan). 

Malaysia adalah antara kontinjen dari 204 negara yang mengambil bahagian dalam perarakan perasmian yang bermula jam 9 malam, didahului kontinjen Afghanistan di stadium yang boleh memuatkan 80,000 penonton itu. 

Laman ( YAHOO! ) pula dalam satu artikel atau laporannya dengan tajuk ‘Best and worst team uniforms’ yang menyenaraikan pakaian Kontinjen yang mengambil bahagian di pembukaan rasmi temasya sukan olimpik di London telah meletakkan pakaian Kontinjen Malaysia adalah antara pakaian yang terburuk..

Sebuah blog luar negara juga telah memilih pakaian atlet malaysia sebagai antara yang paling menarik pada pembukaan sukan olimpik di london. Malangnya pemilihan 19 pakaian kontinjen itu bukanlah pakaian yang menarik atau kemas, sebalinya adalah pakaian paling hodoh.

Selain dari Malaysia banyak lagi negara yang disenaraikan menampilkan pakaian atau seragam yang kelihatan buruk.. antaranya Britain, Republic Czech, Canada, Germany, Ukraine, New Zealand dan juga Mexico..




Berada di belakang Ukraine, malaysia menduduki tempat kedua pakaian hodoh dengan memakai pakaian yang entah apa jenis konsepnya, tambahan lagi songket bercorak kulit harimau itu nampak sangat ganjil dan terlebih menyerlah.

Siapa punya idea ni, sudah habis kah pereka dan perunding imej di negara ini. Perlu rujuk kat datin Rosmah ni, beliau kan penganjur fesyen antarabangsa patut arif bab-bab fesyen ni

 Niat baik nak mempromosikan HARIMAU MALAYA tu memang harus di puji, tapi biarlah bertempat. Warna baju kebaya perempuan tak sepadan dengan kainnya. Yang lelaki pula cukuplah memakai sampin atau tanjak rimau aje. Ni tak atas bawah rimau gerun dibuatnya

gambar uniform dari negara lain....


.




Sumber: Here

July 29, 2012

15:34

OLIMPIK 2012 Berunsur Freemason, Illuminati, Dajal, Pokok Yahudi Dan ZIONIS


Olimpik London 2012 dikaitkan dengan agenda Zionis dan Illuminati untuk menyebarkan dakyah-dakyah mereka sebenarnya. Perkara itu disahkan lagi dengan banyak pendedahan tentang perkara ini. Malah, melihat kepada pelancaran upacara sukan tersebut kelmarin jelas membuktikan ia ada kaitan jelas dengan Illuminati dan Freemason. Betulkah sampai begitu sekali? Olimpik dan Yahudi?


Sebelum ini Iran mengancam akan memboikot Sukan Olimpik 2012 London kerana mendakwa logo rasmi untuk sukan Olimpik 2012 itu menyerupai kata “ZION,“ yang merupakan istilah alkitabiah bagi Jerusalem.

Bahram Afsharzadeh, setiausaha agung dari  Jawatankuasa Olimpik Nasional Iran, mengatakan dia menghantar surat kepada presiden IOC Jacques Rogge di mana ia mengutuk logo tersebut sebagai “rasis“ dan menyeru kepada negara-negara Muslim lain untuk bersama membantah.





olimpik 2012 illuminati

Majlis pembukaan rasmi sukan Olimpik 2012 dipengaruhi unsur Majusi versi moden, moscot dajjal mata satu dan unsur illuminati/freemason dikesan digunakan secara meluas.
 
(Klik untuk image lebih besar)

Macam ni lah rupanya pokok yahudi ni. Siapa dah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ni? Agak konfius kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu... Illuminati!



Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.

Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin

Kalau nak tgk video perasmian tu klik link ni  VIDEO perasmian olympic london 2012 OPENING CEREMONY.

      Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.

      Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok Rhu, pokok Kaktus dan sebagainya. Gambar pokok Gharqad yang dipapar di sini insya Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.

 

       Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.

      Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.

Kempen Kerajaan haram Israel "Projek Menghijaukan bumi"  (KONON!)

LAGI INFO: ILLUMINATI DAN DAJJAL OLIMPIK LONDON 2012. Ritual Bayi Gergasi Terbongkar!!
11:05

OLIMPIK: Suryani gagal ke final 10m Air Rifle, Penembak Negara Mengandung


 Suryani gagal ke final 10m Air Rifle
ATLET Menembak Negara, Nur Suryani Mohamad Taibi, yang mengandung 33 minggu, kekal positif meskipun gagal melangkah ke pertandingan akhir acara 10m Air Rifle sukan Olimpik 2012 di London.
Suryani menduduki tangga ke-34 daripada 56 pesaing.
Dipetik BBC, atlet berusia 29 tahun ini, yang dijadual akan melahirkan anaknya pada 13 September berkata, beliau merasai empat tendangan ketika berhadapan dengan saingan tetapi tidak berputus asa.
"Bila dia (bayi dalam kandungan) tendang, saya menarik nafas keluar dan masuk, dan kemudian meneruskan (persaingan)," katanya.
Apabila ditanya apa yang diperkatakan kepada anaknya, yang akan dinamakan Dayana Widyan, Suryani berkata: "Baik, baik. Bertenang. Jangan bergerak banyak sangat. Dia selalu mendengar apa saya kata. Bertuah."
Suryani, yang menang pingat emas dalam Sukan Komanwel 2010, telah diberikan kebenaran khas untuk ke London dan akan kembali ke tanah air pada 31 Julai ini.
Bagaimanapun beliau menyifatkan mengambil bahagian di Royal Artillery Barracks sebagai satu impian yang menjadi kenyataan dan akan meneruskan aktiviti menembak selepas bersalin.
"Saya akan meneruskan sebab ini sudah menjadi kehidupan saya," katanya lagi.
"Apa yang dengar, seseorang ibu selepas bersalin akan menerima darah baru, jadi saya (percaya) boleh membuat persembahan lebih baik. Saya percaya begitu. Itu kelebihan menjadi seorang wanita," katanya lagi.
Suryani juga berharap anaknya akan mengikut jejak langkahnya berkecimpung dalam sukan kelak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us