Breaking

Showing posts with label norish karman lahirkan anak. Show all posts
Showing posts with label norish karman lahirkan anak. Show all posts

August 23, 2012

20:40

Norish Karman Mengaku Lahirkan Anak Luar Nikah


PANAS! Penjelasan Norish Karman Isu Gambar Lahirkan Anak. Di hari ketiga bulan Syawal yang mulia ini, Norish Karman tampil menerusi Utusan Malaysia untuk membuat pengakuan tentang bayi di dalam gambar yang pernah tersebar suatu ketika dahulu. Menurut Norish, itu adalah anaknya yang diberi nama Muhammad Haq Lutfie Alexander. Haq telah dilahirkan pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya menerusi kaedah pembedahan.
anak norish karman
Norish Karman berkata:-
Awalnya saya runsing bagaimana hendak memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat-peminat dan media. Rupanya inilah masanya di mana saya diberi peluang untuk tidak berselindung lagi. Sebelum saya menjadi sangat ‘sakit’ sebab rahsiakan kehadiran Haq, tetapi selepas ia tersebar di Internet, saya tiba-tiba jadi lega kerana tidak apa yang perlu disembunyikan lagi. Bagaimanapun cerita-cerita yang direka, ditokok dan tambah tanpa si penulis tahu apa di sebalik kelahiran itu membuatkan saya sedih.
anak norish karman
Menurut Norish, Haq adalah anak kandungnya. Kata Norish:-
Haq anak saya. Saya yang mengandungkannya selama lebih sembilan bulan dalam perut ini. Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia boleh hadir, itu urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang sudah lepas.
#02 Norish Karman Lahir Anak Luar Nikah?
sumber: Beautifulnara.com

August 2, 2012

14:55

Norish Karman Tak Kisah Isu Lahirkan Anak Luar Nikah

Norish Karman: Pedulikan Apa Orang Nak Kata


Biarpun dituduh melahirkan anak luar nikah yang diberi nama Alexander bin Abdullah pada tahun lalu, namun kontroversi berkenaan sedikit pun tidak memberikan kesan buat Norish Karman.
Malah, acapkali dia dilihat muncul di hadapan media dan khalayak ramai. Namun, apabila ditanya mengenai isu berkenaan, Norish Karman lebih senang untuk membiarkan persoalan itu berlalu pergi begitu saja.
Sewaku ditemui di majlis tayangan program Aidilfitri anjuran Astro di Royale Bintang Damansara, semalam, aktres berusia 38 tahun ini masih tetap berpegang pada prinsipnya untuk tidak menjawab apa-apa yang berkaitan dengan persoalan tersebut.

"Terpulanglah kepada masyarakat dan umum untuk menilai serta melihat diri saya bagaimana kerana pada saya jika mereka orang yang baik-baik, pasti mereka tiada prasangka atau niat yang buruk untuk menuduh saya sedemikian.
"Biarlah apa pun mereka nak kata saya rileks sahaja, ini semua saya anggap dugaan daripada Allah Maha Esa. Alhamdulillah, rezeki saya masih lagi ada dalam industri ini dan perkara ini tidak pun menjejaskan karier saya.
"Benda dah buruk pun, jadi tidak perlu nak dibesarkan. Saya ada keluarga yang maruah mereka harus saya jaga. Buat masa ini mereka minta untuk saya tidak mengulas apa-apa mengenai hal ini, itu permintaan mereka.
"Kalaulah saya nak lari daripada isu ini buat apa saya datang ke sini bertemu media dan orang industri, cuma buat masa ini tiada apa yang perlu dijelaskan, baik saya teruskan kerja cari rezeki," komen aktres ini panjang lebar.
Dilanda kisah kurang elok seperti ini seakan tidak menjejaskan periuk nasi aktres ini kerana menurutnya, dia sentiasa sibuk dengan syuting dan dalam masa yang sama memberi motivasi kepada pelajar universiti dan kolej serta badan korporat.
"Kebelakangan ini saya banyak berlakon, penat jangan cakaplah kalau shooting. Tetapi, saya bersyukur rezeki tidak putus dan dalam masa yang sama saya kini melebarkan karier menjadi ahli motivasi.

"Saya ada menerima undangan memberi talk berunsur motivasi mengenai pelbagai aspek antaranya imej dan persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan dan juga parenting.
"Yang menariknya dalam masa saya menyampaikan talk tersebut saya akan mencari ruang untuk menghiburkan para hadirin dengan lagu nyanyian saya sendiri dan ianya nyata mendapat sambutan,"ujar Norish yang gemar menyanyi dan pernah melahirkan album.
Terdahulu Norish dikatakan melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras pada September tahun lalu pada jam 6.13 petang dan telah diberi nama Alexander bin Abdullah. Namun status kesahihan berita itu belum disahkan Norish, walaupun pelbagai bukti telah tersebar di media massa.


June 29, 2012

13:57

PANAS! Penjelasan Norish Karman Isu Gambar Lahirkan Anak

Gambar Bukti Norish Karman Lahirkan Anak?


Khabar angin kononnya Norish Karman telah melahirkan anak luar nikah mula berterbangan sejak hujung tahun lalu. Waktu itu, dia dikatakan telah melarikan diri ke Bali, Indonesia untuk melahirkan anaknya.

Walaupun ibu tunggal kepada tiga orang anak itu pernah tampil di media untuk membidas gosip liar tersebut, namun masih ada pihak yang skeptikal.

Kemudian, pada Mac tahun ini, Norish muncul di Melodi untuk menjawab persoalan wartawan tentang kesahihan cerita kehamilannya.

"Saya tidak perlu terangkan apa-apa. Sama ada saya berkahwin, bercerai atau ada anak atau tidak, saya tidak perlu jelaskan. Kenapa cakap saya pergi Bali, kenapa tidak pergi Hawaii atau tempat yang lebih jauh? Bagi saya apa yang orang kata tentang saya, ia tidak memberi sebarang makna kepada saya.”

Terbarunya, blog Rotikaya hari ini telah menyiarkan beberapa kepingan gambar yang diambil dari forum CARI dengan tajuk entri 'Gambar Di Hospital Mula Tersebar, Norish Karman Lahirkan Anak Siapa?'

#02 Norish Karman Lahir Anak Luar Nikah?

Apapun tak perlu lah nak korek cerita Norish Karman lagi. Kita hanya boleh mendoakan yang terbaik untuk beliau
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us