Breaking

Showing posts with label neelofa lupa diri. Show all posts
Showing posts with label neelofa lupa diri. Show all posts

August 14, 2012

19:26

NEELOFA BERI KENYATAAN BALAS ISU LUPA DIRI!


Neelofa
NEELOFA BERI KENYATAAN BALAS ISU LUPA DIRI!. Yusof Haslam sebelum ini meneluarkan kenyataan bahawa Neelofa lupa diri apabila enggan hadir ke majlis promosi filem S.A.M. Berikut adalah kenyataan balas dari Neelofa.
Pelakon Neelofa menganggap teguran penerbit filem Datuk Yusof Haslam terhadapnya seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad lalu bukanlah satu isu besar sebaliknya ia adalah nasihat daripada bapa kepada seorang anak.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran yang diterima daripada orang yang berpengalaman seperti Yusof, lebih-lebih lagi hubungan mereka akrab seperti sebuah keluarga.
"Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat.
"Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle.
"Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga," katanya.
Datuk Yusof Haslam
Ahad lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan teguran Yusof terhadap sikap Neelofa yang dikatakan enggan memberi kerjasama mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production selain tidak hadir ke pelancaran filem itu.
Dalam artikel tersebut, Neelofa turut dikatakan tidak mengendahkan tawaran watak utama dalam sebuah filem baru terbitan produksi tersebut.
Dalam pada itu, tambah Neelofa, ketiadaannya ketika majlis pelancaran filem S.A.M pada 16 Julai lalu itu bukan sengaja dibuat-buat sebaliknya ketika itu dia berada di tanah suci Mekah menjalani penggambaran drama Kau Yang Terindah.
Sementara itu, Yusof berkata, dia tiada niat mahu memburukkan pelakon itu yang sudah pun dianggap seperti anak sendiri.
Sebaliknya kenyataan tersebut dibuat ketika beliau “berborak kosong” dengan wartawan akhbar berkenaan.
"Sebenarnya ia sekadar perbualan biasa antara saya dengan wartawan dan saya tak mahu perkara seperti itu diperbesarkan.
"Mengenai teguran tersebut, ia juga bukan niat saya untuk menjatuhkan atau memalukan Neelofa. Saya lihat dia mempunyai potensi besar untuk bergelar bintang. Apabila dilihat ada beberapa perkara yang tidak kena, saya tegurlah.
"Diharap, teguran itu diterima dengan positif. Sebagai orang muda, bukan sahaja Neelofa, sebaliknya semua artis perlu bersikap positif untuk menerima teguran dengan hati terbuka jika hendak berjaya,” katanya.

August 13, 2012

08:52

Yusof Haslam: Neelofa Lupa Diri


Tidak senyap nampaknya kontroversi yang melanda selebriti bernama Neelofa ini. Ada sahaja masalah yang timbul berkait dengan pelakon & pengacara ini.
Terbaru melalui Berita Harian semalam, Datuk Yusof Haslam khabar’nya meluahkan perasaan beliau yang kurang senang dengan sikap Neelofa sejak akhir akhir ini.
Yusof Haslam khabar’nya kurang senang dengan sikap Neelofa yang enggan turun ke rangka promosi filem terbaru yang di’bintangi beliau, S.A.M yang bakal ke pawagam.
Komunikasi antara Skop Productions dengan Neelofa juga sangat sukar menurut laporan tersebut apabila beliau enggan menjawab sebarang SMS atau panggilan.
Yusof Haslam turut menyampaikan pesan buat Neelofa supaya jangan lupa diri setelah popular sekarang ini walaupun watak dalam filem S.A.M merupakan watak kecil.
Pengurus Neelofa memberi maklum balas kepada Sinar Harian hari ini meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi akan kenyataan Yusof Haslam itu.
“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” ujar Amir kepada media hari ini dan ya, kami tunggu.
@: Adakah ini sekadar publisiti untuk filem S.A.M? Nak pancing penonton lettew
Sumber: Rotikaya.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us