Breaking

Showing posts with label nabila dan johan bercinta. Show all posts
Showing posts with label nabila dan johan bercinta. Show all posts

August 12, 2012

22:21

Johan As'ari Bakal Kahwin Nabila Huda


Nampaknya Johan As'ari tidak kisah dengan status janda Nabila Huda dan tidak menolak jika jodoh mereka ditakdirkan bersama. Ikuti berita penuh dari Kosmo!.
KISAH hubungan istimewa yang terjalin antara pelakon Johan As'ari dengan Nabila Huda kini bukan lagi rahsia setelah kedua-duanya mengaku saling menyayangi antara satu sama lain.
Ironinya, perasaan sayang dan cinta yang diluahkan oleh Johan menerusi laman sosial Twitter miliknya itu dilakukan sebaik sahaja dia pulang dari Mekah selepas menjalani penggambaran dan mengerjakan umrah baru-baru ini.
Johan yang ditemui sewaktu rakaman program Singgah Sahur di Muar, Johor pada 5 Ogos lalu mengakui bahawa dia sangat menyayangi anak kepada penyanyi rock Amy Search itu.
Bagaimanapun, buat masa ini juga dia tidak mahu terlalu terburu-buru membicarakan perkara perkahwinan, memandangkan kerjaya lakonannya yang kini semakin meningkat dan berserah kepada Allah berkenaan soal jodoh.
Kosmo!: Apa yang membuatkan Johan secara tiba-tiba meluahkan rasa isi hati kepada Nabila menerusi laman Twitter?
JOHAN: Semasa berada di hadapan Kaabah sewaktu mengerjakan umrah tempoh hari, banyak berdoa supaya diberikan kesejahteraan dalam kehidupan dan berharap agar ditemukan dengan jodoh yang sesuai.
Kemudian apabila kembali semula ke tanah air, saya ambil keputusan untuk berterus terang mengenai perasaan saya yang sebenar terhadapnya. Lagipun tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan kerana saya memang menyayangi dirinya.
Johan tidak kisah berkahwin dengan seorang wanita yang bergelar janda?
Bagi saya status seseorang itu bukan satu masalah yang besar kerana isteri Rasulullah, Siti Khadijah pun merupakan seorang janda. Lagipun kalau niat mahu mendirikan masjid, status sepatutnya tidak menjadi halangan.
Tidak dinafikan memang ada segelintir pihak yang menasihati saya supaya tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan Nabila. Namun, kalau memang benar dia merupakan jodoh saya, sudah tentu saya tidak akan menolaknya.
Bagaimana pula penerimaan keluarga Johan terhadap hubungan dengan Nabila?
Sebenarnya saya dah berterus terang dengan ibu dan mengatakan kepadanya bahawa saya amat menyayangi Nabila. Ibu ada memberi nasihat kalau memang benar saya sayangkan Nabila, dia menyuruh saya terus berusaha dan fokus dalam bidang yang diceburi sekarang supaya kehidupan saya menjadi lebih stabil.
Jadi, saya akan ikut nasihat ibu saya itu dan sekarang saya berharap kerjaya lakonan saya semakin meningkat. Malah, ibu turut berpesan dengan cara itu juga menjadi tanda yang saya memang menyayangi Nabila.
Apakah yang membuatkan Johan boleh tertarik dengan Nabila?
Sepanjang kami bersahabat baik, saya dapati dia merupakan seorang wanita yang baik hati, sentiasa mengambil berat dan pandai memasak. Memandangkan dia lebih berpengalaman dalam dunia hiburan, dia yang banyak mengajar saya mengenai selok-belok dalam bidang ini.
Adakah Johan sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga?
Sekarang ini saya belum lagi terfikir ke arah itu kerana mahu fokus kepada kerjaya terlebih dulu. Memang saya akui sangat menyayangi Nabila, tetapi tidak terlintas untuk melamarnya dalam tempoh terdekat.
Apakah aktiviti terbaharu Johan sekarang?
Pada bulan puasa ini saya masih lagi terbabit dengan penggambaran drama Syahadat Cinta sehingga 16 Ogos ini. Selepas itu saya akan bercuti untuk sambutan Aidilfitri selama sembilan hari dan akan menyambung semula penggambaran drama yang sama.

July 23, 2012

13:46

GAMBAR Johan As’ari Dan Nabila Huda Bercinta


Menjelang hujung minggu lalu, dunia hiburan kecoh dengan kenyataan manis Johan As’ari melalui Twitter buat Nabila Huda yang di’katakan sekadar teman rapat.
Tulisan Johan As’ari membuatkan ramai peminat & pemerhati hiburan mengatakan yang mereka berdua kini sedang bercinta tetapi masih merahsiakan hubungan.
Hujung minggu lalu menerusi Media Hiburan, Nabila Huda memberikan maklum balas beliau berkenaan apa yang di’tulis Johan As’ari melalui akaun Twitter beliau.
“Baru pagi tadi saya membacanya dan saya terkejut sangat. Apa yang ditulisnya bermaksud dia ikhlas pada saya kerana dia tahu saya juga ikhlas dengannya”
“Apa yang ditulisnya juga, itulah yang berlaku antara kami. Dia memang sayangkan saya dan kami saling menyayangi sebagai seorang kawan yang baik,” ujar Nabila Huda.
Anak perempuan Amy Search ini juga menyatakan yang beliau memang banyak mengajar & berkongsi pelbagai perkara dengan Johan As’ari seperti mana yang di’tulis.
“Susah nak ungkap tentang perhubungan kami. Saya hanya ikut ketentuan atau dalam erti kata lain ‘just go with the flow’. Doakan sahaja hubungan kami menjadi,” tambah Nabila Huda lagi.
Antara luahan hati Johan As’ari di twitter ialah “Aku ‘kan menjaga mu di seluruh hidup ku, dia yang selalu mengajar ku erti cinta, dia yang selalu menerima kekurangan ku,” tulis Johan As’ari yang memiliki 200,000 pengikut.
#01 Johan As'ari Luah Perasaan Di Twitter, Kini Bercinta Dengan Nabila Huda

#02 Johan As'ari Luah Perasaan Di Twitter, Kini Bercinta Dengan Nabila Huda
#03 Johan As'ari Luah Perasaan Di Twitter, Kini Bercinta Dengan Nabila Huda
#04 Johan As'ari Luah Perasaan Di Twitter, Kini Bercinta Dengan Nabila Huda
#05 Johan As'ari Luah Perasaan Di Twitter, Kini Bercinta Dengan Nabila Huda
#06 Johan As'ari Luah Perasaan Di Twitter, Kini Bercinta Dengan Nabila Huda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us