Breaking

Showing posts with label lisa surihani chubby. Show all posts
Showing posts with label lisa surihani chubby. Show all posts

November 1, 2012

12:57

11 GAMBAR Terkini Lisa Surihani Berambut Pendek. Comel!

11 GAMBAR Terkini Lisa Surihani Berambut Pendek. Comel! Gambar ini diambil ketika Lisa surihani menghadiri Malam gala Tayangan filem Istanbul Aku datang
filem istanbul aku datang
Dibintangi oleh Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat, filem Istanbul Aku Datang menjalani penggambaran di Istanbul. Pasti banyak shoot-shoot menarik yang berjaya dirakamkan di sana. Tak sabar rasanya nak pergi menonton filem ini di pawagam. Selain daripada barisan pelakon, Nur Fazura turut hadir memberi sokongan kepada filem ini.
filem istanbul aku datang


filem istanbul aku datang
filem istanbul aku datang
filem istanbul aku datang
filem istanbul aku datang
filem istanbul aku datang
filem istanbul aku datang
filem istanbul aku datang
filem istanbul aku datang
filem istanbul aku datang

August 16, 2012

18:55

Badan Gemuk Tanda Bahagia, Kata Lisa Surihani

Pastinya setiap di antara kita yang sudah berkahwin akan merasa sedikit perbezaan apabila menyambut Ramadhan serta Syawal terutama di usia awal perkahwinan. Begitu juga dengan pasangan selebriti romantis Lisa Surihani Mohamed dan suami tersayang, Yusry Abdul Halim.

Ini merupakan tahun pertama mereka menyambut Ramadhan serta Syawal yang bakal menjelang tiba sebagai pasangan suami isteri. Lisa berkata, dia rasa bersyukur dan terharu apabila dapat menyambut Ramadhan serta membuat persiapan Syawal sebagai seorang isteri.

Mereka yang mendirikan rumahtangga pada 23 Februari lalu rasa gembira apabila dapat menyambut Ramadhan bersama-sama.


 
“Seronok dapat berbuka bersama suami dan keluarga. Tapi, kadang-kadang tu masing-masing sibuk dan saya pun selalu di lokasi penggambaran,” kata Lisa sewaktu ditemubual .

Menurutnya, dia juga masih sibuk menjalani penggambaran drama bersiri ‘Mana Hilangnya Juwita’.

Lisa turut menyatakan yang dia lebih bersederhana dalam membuat persiapan Syawal dan tahun ini berbeza dari tahun-tahun sebelum ini.

“Selalu persiapan raya hanya saya dan adik beradik.

“Tetapi kali ini sedikit berbeza sebab saya perlu membuat persiapan raya untuk suami dan keluarga mertua saya,” jelas Lisa.

Ujarnya lagi, dia lebih memfokuskan untuk membeli pakaian serta keperluan penting bagi sambutan Syawal berbanding sesetengah orang yang memilih untuk menukar langsir rumah dan sebagainya.

Lisa turut merasakan Syawal merupakan sesuatu yang amat istimewa bagi dirinya apabila mendengar takbir di pagi raya.

Selain itu, tambah menggembirakan apabila khabarnya Lisa dan suami akan menyambut Syawal di kediaman baru mereka.

“Insyaallah, kami akan menyambut Syawal di rumah baru yang kini sudah siap hampir 90 peratus,” katanya.

Pada masa yang sama, Lisa turut menafikan beberapa pihak mengatakan yang dia sedang mengandung.

“Orang nampak badan saya naik. Itu tandanya bahagia.

“Belum ada rezeki untuk mengandung. Ini semua rezeki Allah. Kami mampu berusaha dan berdoa,” jelas Lisa.
Lisa turut berterima kasih kepada peminat-peminat yang sentiasa mendoakan supaya dia hamil.

SUMBER: MyNewsHub

August 14, 2012

22:42

Yusry KRU: Lisa Surihani Kuat Makan Punca Gemuk


Lisa Surihani Kuat Makan Punca Gemuk. Bahagia sungguh pasanga n Lisa Surihani dan Yusri ni. Apa yang membuatkan mereka lebih seronok apabila berpindah ke rumah baru.
Melalui ruangan hiburan Harian Metro hari ini, laporan menyebut yang Lisa Surihani & Yusry KRU sudah pun berpindah rumah baru yang terletak di Country Height Resort, Kajang.
Menjelang sambutan Aidilfitri yang tinggal kurang seminggu ini, pasangan ini khabarnya sedang sibuk mereka hiasan dalaman & luar rumah mewah mereka itu.
Kalau tidak keberatan, mungkin pasangan ini boleh anjurkan rumah terbuka untuk peminat meraikan kediaman baru mereka. Dan, Yusry KRU kata diri’nya sudah gemuk.
“Yang geramnya, Lisa tak jadi gemuk tapi saya pula yang naik berat badan,” komen Yusry KRU akan tabiat makan’nya yang berubah gara gara isteri yang kuat makan.
Dalam perkembangan berkaitan, Lisa Surihani & Yusry KRU mengakui yang mereka tidak akan menolak jika di’kurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.
“Sifat kepimpinan yang ditunjukkan oleh abang kepada kami adik-beradik membuatkan saya mahu anak lelaki tetapi segalanya saya serahkan kepada rezeki. Jika memperoleh anak perempuan sekalipun saya tetap bersyukur,” ujar Lisa Surihani kepada Mingguan Wanita baru baru ini.
Sumber: Rotikaya.com

July 22, 2012

14:03

Lisa Surihani Nampak Chubby Di Mingguan Wanita, Bersama Yusri

Lisa Surihani Nampak Chubby Di Mingguan Wanita, Bersama Yusri. Selepas kahwin Lisa Surihani nampak semakin chubby berbanding dahulu. Nampakny Lisa cukup bahagia dengan perkahwinannya bersama Yusri.  Gambar di bawah adalah gambar lisa surihani sebelum berkahwin. Lisa nampak cun sewaktu zaman anak daranya, namun nampak lebih gorgeous bila dah berkahwin..apa pendapat korang?

Gambar Lisa Surihani sewaktu kurus zaman anak dara


ARTIKEL MINGGUAN WANITA: Selepas enam tahun beraya tanpa wanita bergelar isteri, kini Yusry Abdul Halim, 39 kembali meniti bahagia bersama insan yang dicintainya, Lisa Surihani Mohamed, 26. Ternyata pasangan romantik ini begitu teruja meraikan hari lebaran bersama.


Kebahagiaan jelas terpancar di wajah kedua-duanya apabila berbicara mengenai sambutan Aidilfitri pertama mereka selepas disatukan. Lebih istimewa, pasangan sama cantik dan sama padan ini bakal menyambut bulan mulia di kediaman baru mereka yang terletak di Kajang Country Height.

“Saya bersyukur dan gembira dengan apa yang dimiliki hari ini. Kehadiran Lisa amat bermakna dalam hidup saya. Dia wanita yang amat istimewa, bersamanya saya rasa bahagia.

“Alhamdulillah, sepanjang enam bulan berkahwin kami tidak pernah bergaduh. Kami dapat menyesuaikan diri dengan begitu baik. Saya dan Lisa ada keserasian. Sejak mula kenal sehingga menjalin hubungan istimewa, kasih sayang kepadanya semakin subur. Saya berdoa agar rumah tangga kami bahagia sehingga ke akhir hayat,” ujar anak kedua daripada empat orang adik-beradik ini. Sebagai suami, kata Yusry dia berusaha memberikan yang terbaik buat Lisa. Selain kasih sayang yang tidak berbelah lagi, dia mahu memastikan permaisurinya hidup selesa di kediaman baru mereka.
“Sebenarnya saya sudah lama merancang membina kediaman yang selesa untuk keluarga saya, syukur impian saya akhirnya menjadi kenyataan. Ketika bercinta dengan Lisa, rumah ini dalam proses pembinaan. Saya ada bertanya tentang rumah idamannya tapi Lisa hanya mendiamkan diri. Mungkin dia segan maklumlah ketika itu kami masih belum berkahwin.

“Saya teruskan perancangan membina rumah mengikut cita rasa saya. Rumah ini mempunyai nilai sentimental buat saya kerana ia adalah rekaan saya sendiri khas buat insan yang dicintai. Saya gembira Lisa suka dengan rekaan dan dekorasi kediaman kami yang berkonsep kontemporari. Cita rasa kami sama lantaran mudah untuk kami menata rias kediaman ini.
“Saya mahu meniti hari bahagia bersama Lisa dan membina keluarga di kediaman ini. Semoga ia menjadi kediaman yang selesa dan sempurna untuk kami,” jelas pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa ini lagi.

Lagi gambar Lisa surihani Chubby
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us