Breaking

Showing posts with label kekasih Anzalna Nasir. Show all posts
Showing posts with label kekasih Anzalna Nasir. Show all posts

January 8, 2013

07:20

Anzalna Nasir Serik Terlalu Dedahkan Teman Lelaki



Malam tadi ketika berlangsung persembahan Teman Pengganti di Anugerah Juara Lagu ke 27, nama pelakon ini di’sebut sebut kenapa tidak naik ke atas pentas bersama Black & RJ.
Walaupun tanpa kelibat Anzalna Nasir yang merupakan heroin dalam video muzik rasminya, Teman Pengganti tetap berjaya pulang dengan gelaran Pesembahan Terbaik. Itu kisah malam tadi.
Anzalna Nasir memang di’ketahui tidak sembunyikan status dirinya yang kini bergelar kekasih kepada Hanif Zaki namun terbaru, pelakon ini berasa serik dengan pendedahan tersebut.
“Saya rasa macam terlalu terbuka pula mendedahkan teman lelaki pada khalayak apabila dia sering menemani saya walaupun hanya dua kali membawanya ke majlis rasmi,” ujar Anzalna Nasir.
Pelakon drama bersiri Adam & Hawa ini berkata sudah tiba masanya untuk beliau hadkan pendedahan mengenai kekasihnya kepada umum untuk mengelakkan rasa kurang senang banyak pihak.

August 16, 2012

10:48

GAMBAR Kekasih Anzalna Nasir, Bakal Kahwin 2 Tahun Lagi

Kekasih Anzalna Nasir, Bakal Kahwin 2 Tahun Lagi. Anzalna Nasir yang pernah terbabit dengan satu kontroversi bersama Neelofa mendedahkan niat beliau untuk tamatkan zaman bujang bersama kekasih, Hanif Zaki.
Anzalna dan boyfriend

anzalna dan kekasih

Bercakap kepada Malaysian Digest semalam, Anzalna Nasir berkata hubungan beliau dengan Hanif Zaki kini berjalan seperti biasa & jika boleh ingin kahwin cepat.
“Tapi dia baru mulakan kerja, saya pula sekarang sibuk dengan dunia seni. Kami sama sama baru nak mula kumpul duit. Kalau boleh nak kahwin sebelum umur saya 26″
Menurut pelakon yang berusia 24 tahun ini, beliau sebolehnya tidak mahu langsungkan sebarang pertunangan sebaliknya mahu mengikat tali perkahwinan terus.
Terbaru, Anzalna Bakal tampil dalam drama bersiri adaptasi novel terbaru Adam & Hawa yang turut di’bintangi oleh Aaron Aziz eksklusif melalui Astro Mustika HD.
kredit: Rotikaya.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us