Breaking

Showing posts with label jjcm. Show all posts
Showing posts with label jjcm. Show all posts

July 29, 2012

12:27

Berbuka Puasa Di Restoran Rebung, Bangsar. Selera Ala Kampung


Hujung minggu ini mungkin ada yang merancang untuk berbuka puasa bersama keluarga atau pun rakan-rakan di luar bukan? Sudah jumpa lokasi selera yang berkenan di hati? Kalau belum, jum ke Restoran Rebung, Bangsar. Restoran yang dimiliki oleh Dato’ Haji Chef Ismail ini memang terkenal dengan juadah menyelerakan dan sempena Ramadhan ini, Rebung menyediakan pelbagai masakan gaya kampung.
Masakan Nenda di Restoran Rebung, Bangsar

Dengan harga RM65.00 untuk dewasa dan kanak-kanak RM43.00 setiap seorang, anda boleh merasai makanan yang boleh mengimbau kembali saat-saat menjamu selera bersama nenda atau nenek di kampung halaman.
Sesuai dengan harganya, pilihan menu berbuka puasa di sini pelbagai dan percayalah anda akan rambang mata. Antara hidangan utama yang boleh dicuba ialah nasi putih, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Beriyani, dan Nasi Kerabu yang boleh dimakan bersama pelbagai lauk-pauk seperti Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Ikan Pari, Ikan Patin Tempoyak, Ayam Percik, Gulai Daging Kawah, Daging Dendeng, Rendang Ayam, Keli Berlado dan Daging Kicap Berempah.
Kalau tidak mahu menikmati hidangan nasi, bolehlah manjakan selera dengan menikmati hidangan pembuka selera seperti Laksa Penang, Bihun Sup Utara, Mi Kari, Mi Rebus, Soto Ayam, Rojak Buah, Murtabak, Tauhu Sumbat dan pelbagai cucur goreng. Satu lagu menu yang harus dicuba ialah Bubur Lambuk. 

Sebelum pulang, jangan lupa menjenguk ke kaunter manisan atau pemanis mulut. Ada banyak lagi yang boleh dicuba, itu pun kalau perut anda masih boleh diisi. Hendak tahu apa yang disediakan di kaunter ini?
Terdapat 12 jenis kuih-muih  Melayu, pelbagai jenis bubur, Pengat Pisang, Serawa Durian, dan banyak lagi.
Untuk pertanyaan dan tempahan, anda boleh menghubungi talian 03- 2282 4776 atau emailkan kepada chefrembau@yahoo.com
Fakta :
Lebih 100 juadah disediakan
Menu utama - 40 jenis
Pembuka selera – 20 jenis
Pemanis mulut – 30 jenis
Selebihnya hidangan sampingan

July 10, 2012

15:19

COOL BLOG, Chocolate Ice Blended Kegemaran Saya!


Sebut saja COOL BLOG pasti korang dah tahu iaitu kiosk minuman yang menawarkan pelbagai perisa ice blended, smoothie, yogurt dan milkshake. Biasanya kalau me pergi ke Plaza Lowyat atau Berjaya Times Square tak sah kalo tak singgah ke kiosk CoolBlog ni. dan minuman wajib beli adelah Chocolate Ice Blended!

kalau nak order me akan request dulu, tak nak campur Milk tea just campur air suam aje...sebab biasanya CoolBlog akan campur Milk tea dalam minuman mereka. Me tak suka kalau campur gan Milk tea sebab rase Chocolate Ice Blended terus tak sedap. tapi mungkin ada juga yang gemarkan campuran Milk Tea, ikut selera masing-masing kan.

my favourite! nyum2 CHOCOLATE ICE BLENDED

kepada penggemar minuman ice blended rugi kalau korang tak try Coolblog Chocolate Ice Blended. rasa pearl pun sangat sedap okey



ABC dan Cendol pun ada di Cool Blog



comel dan ceria


kalo mengidam nakkan Coolblog boleh beli kat kiosk di TS, Lowyat, RnR pun ada jual taw, kalo kat sabah di Karamunsing

June 14, 2012

15:29

JJCM: Sweetchat, Times Square KL

hye korang...asyik bergossip jek skali skala nak juga tulis yang personol sket..Blog neh dah jadi rojak campor, apa taknya suma benda nak post kat cini.

kali ni nak citer pasal makanan pula..dah bertan2 makanan yang ditelan baru teringin nak share kat sini. layankan ajelah gamba2 ni yer..:)

Lokasi: Sweetchat, Times Square KL
Masa: dalam tegari kut
Mood: Blur2 sket tataw nak makan ape



my pebret.. spaghetti n choc. ice blended

ni ajelah dulu. to be continue...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us