Breaking

Showing posts with label jawapan ustaz azhar idrus. Show all posts
Showing posts with label jawapan ustaz azhar idrus. Show all posts

August 14, 2012

23:13

VIDEO Ustaz Azhar Idrus Tegur Abby Abadi, Hanya Ulama Layak Persoal Hukum Islam



Ustaz Azhar Idrus Tegur Abby Abadi. Jangan ambil pusing sangat dengan video yang di’ambil dari sudut yang jauh, kata kata Ustaz Azhar Idrus dalam satu majlis keagamaan baru baru ini lebih penting.
Hujung minggu lalu, Ustaz Azhar Idrus tampil bersama Abby Abadi, Faizal Tahir & Man Raja Lawak dalam satu majlis ilmu yang mengambil tempat di Shah Alam.
Salah satu soalan yang di’ajukan kepada Ustaz Azhar Idrus melalui Abby Abadi adalah berkaitan fenomena penghijrahan selebriti hari ini & ilmu agama mereka.
Menurut penceramah agama popular ini, penghijrahan mereka sesuatu yang baik dan menjadi kemestian untuk umat Islam lain untuk suka dengan perubahan yang mereka ambil.
“Dia (artis) tidak tahu tetapi hendak menceritakan soal hukum (Islam), disitu tidak boleh. Imam pun tidak layak, bilal pun tidak layak — hanya ulama sahaja yang boleh,” ujar beliau.
Beliau turut menegur perbuatan sesetengah artis berhijrah yang menghentam artis lain yang belum berhijrah dan Abby Abadi lantas memotong jawapan Ustaz Azhar Idrus kerana ‘terasa’.
SUMBER :ROTIKAYA.COM


August 1, 2012

11:34

INFO: Ustaz Azhar Idrus Jawab Tentang Wujudnya Dinosaur


Ustaz Azhar Idrus Jawab Tentang Wujudnya Dinosaur. Apabila ditanya dengan alim ulama, pastinya mereka selalu membrikan jawapan yang membuat kita berfikir kembali. Ada yang bertanyakah persolan ini kepada Ustaz Azhar Idrus, adakah dinosaur ini wujud? Mari kita lihat apa Ustaz Azhar Idrus jawab.
Benar juga bukan? kalau dinosaur itu tidak wujud masakan kita boleh jumpa fosil atau tulang-tulang dinosaur tersebut. Tapi kenapa fosil dinosaur ini hanya dijumpai di sesetengah tempat saja ye? kenapa fosil yang lain menjadi petroleum? Ada yang berpendapat dinasour yang menjadi petroleum atau bahan mentah kepada kita sekarang ialah kerana dinosaur itu mendiami kawasan-kawasan tanah rendah.. Apabila tanah rendah itu mula ditenggelami air, bangkai/tulang dinosaur ini telah menjadi mendap. Tekanan yang disebabkan oleh paras air yang tinggi menyebabkan tulang/fosil dinosaur ini menjadi petroleum.
Cerita di bawah ni mungkin tiada kaitan dengan Dinasour, tapi nak share bahawa alim ulama akan menjawab soalan dengan jawapan yang membuat si penyoal berfikir kembali;
Ada sorang pemuda yang tidak percaya akan keujudan Tuhan (Atheist) telah bertanya kepada banyak ketua2 ugama ditempatnya iaitu paderi kristian, tok sami hindu dan buddha dan juga ustaz2 namun jawapan yg diberi masih tidak memuaskan hatinya.

Pada satu hari dia telah bertanyakan soalan yg sama kepada teman sekerjanya yg muslim, tetapi temannya itu mengajak pemuda tersebut berjumpa dengan tok guru beliau iaitu seorang ustaz dan juga imam ditempatnya dan pemuda itu bersetuju.

Sampai ke hari yang dijanjikan teman beliau membawanya berjumpa dgn ustaz tersebut. Bila bersemuka je dgn ustaz tu pemuda atheist tersebut terus menanyakan seolan yg selama ini menjadi persoalan bagi dirinya. Tidak semena-mena ustaz itu terus menampar muka pemuda itu dengan kuat sekali. Lalu pemuda tu bertanya apasal ko tampar aku sedangkan aku tak salah apa2 pun. Ustaz tu cakap tulah jawapan kepada persoalan ko selama ini. Pemuda itu tak faham akan jawapan yg dimaksudkan ustaz tersebut. Kemudian ustaz tu tanya apa yang pemuda tu rasa bila kena tampar dan pemuda tu jawab sakit lah, ustaz tu tanya lagi boleh tak ko tunjukkan kan macamana rupa sakit tu secara fizikal. Dengan nada sedikit marah sebab dah la sakit kena lempang pas tu soalan pulak tak masuk akal, dia menjawab sakit mana ada rupa yang ada rasa je.

Last sekalai ustaz tu terangkan begitulah Allah, kalau nak bukti akan fizikal Allah mmg sapa pun tak boleh buktikan tetapi kita percaya akan keujudan Allah melalui rasa dan pancaindera yang lain. Dan ustaz tu explain lebih lanjut lagi dengan mengemukakan dalil2 aqli dan naqli sehingga akhirnya pemuda tersebut masuk islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us