Breaking

Showing posts with label harga tiket big bang malaysia. Show all posts
Showing posts with label harga tiket big bang malaysia. Show all posts

July 28, 2012

00:02

Tiket Konsert Big Bang Di Stadium Merdeka, KL 27 Oktober 2012




SELEPAS berjaya menjual tiket konsert secara dalam talian dalam masa 30 saat di Indonesia, kumpulan sensasi dari Korea Selatan, Big Bang yang dianggotai oleh G-Dragon, Taeyang, TOP, Seungri dan Daesung bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada 27 Oktober ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sempena dengan konsert jelajah Big Bang Alive Galaxy Tour 2012.
Pastinya kedatangan mereka ke Malaysia dinanti-nantikan peminat apabila dikhabarkan kos produksi untuk konsert mereka di Kuala Lumpur menelan belanja sehingga RM4 juta. Sebanyak RM3 juta dilaburkan hanya kepada pentas semata-mata. Benar atau tidak, hanya penganjur yang membawa mereka iaitu Running Into The Sun yang mengetahuinya.
Bagi memastikan kualiti konsert jelajah kali ini, konsert Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 telah bekerjasama dengan tenaga produksi yang pernah bekerja untuk penghibur antarabangsa seperti pengarah kreatif, Laurieann Gibson yang bekerja untuk konsert Lady Gaga, Beyonce, Janet Jackson dan Katy Perry.
Bukan itu sahaja, pereka cahaya lampu, Leroy Bennett yang pernah bekerjasama dengan Madonna, Paul McCartney, dan Eagles serta jurutera bunyi, Ken Van Druten yang mendapat kepercayaan Eminem, Jay-Z dan Linkin Park turut terlibat dalam konsert Big Bang di Malaysia.
Menurut pihak penganjur, peminat yang ingin mendapatkan tiket konsert harus bersedia apabila kaunter penjualan tiket dibuka pada 28 Julai ini di pusat beli-belah Fahrenheit88, Kuala Lumpur bermula pukul 10.30 sehingga 6 petang.
"Sebanyak 12,000 tiket akan dijual pada 28 Julai ini. Peminat Big Bang, pastikan anda mendapatkan tiket kerana persembahan mereka berbaloi untuk ditonton," kata wakil penganjur.
Selain membeli tiket secara manual yang mula dijual pada harga RM98 sehingga RM688, peminat boleh dapatkan tiket secara dalam talian bermula pukul 12 tengah hari dengan melayari laman web www.ticketcharge.com.my. Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut anda boleh layari laman web pihak penganjur, www.runningintothesun.com.
Kumpulan Big Bang yang ditubuhkan pada tahun 2006 telah melahirkan lima buah album dan kini popular dengan lagu Blue serta Fantastic Baby .

July 11, 2012

14:57

Harga Tiket Konsert Big Bang RM98, Mulai Dijual 28 Julai Ini


Khas buat peminat sejati Big Bang!!! dan Korean artist. Tiket konsert Big Bang sempena BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 akan mula dijual pada 28 Julai 2012 tepat jam 10.30 pagi. 
ticket big bang konsert
Harga Tiket Konsert Big Bang RM98, Mulai Dijual 28 Julai Ini. Tiket konsert Big Bang di Singapura telah habis dijual dalam masa 10 minit sahaja. Kemungkinan besar perkara yang sama akan turut berlaku di Malaysia ini. Tiket dijual bermula dengan harga RM98 sehingga RM688. 
ticket big bang konsert
Tiket konsert Big Bang yang akan diadakan pada 27 Oktober 2012 di Stadium Merdeka ini boleh dibeli secara online di AirAsia RedTix dan Ticketcharge
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us