tablet murah
08:49
Tablet Google Nexus 7 – Spesifikasi, Harga Di Malaysia
Tablet Android pertama Google dinamakan Nexus 7 kini diperkenalkan secara rasmi oleh Hugo Barra, Pengarah Pengurusan Produk di Google pada 27 Jun 2012 ketika persidangan rasmi Google Input Output. Nexus 7 akan dijual mulai pertengahan Julai 2012 pada harga $199 Dolar Amerika (RM597 di Malaysia) untuk model 8GB manakala $249 Dolar Amerika (RM747) untuk model dengan memori dalaman 16GB.
Spesifikasi, Nexus 7
- memiliki Wifi,
- membawakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean,
- nipis 10.45mm, berat 34kg, skrin 7 inci,
- resolusi maksima 1280×800 piksel dengan densiti piksel sebanyak 216ppl setiap satu,
- RAM 1GB, cip pemproses berkepantasan 1.3Ghz berciri quad core (empat teras),
- pemacu grafik dari jenama Nvidia, kamera depan dengan lensa 1.3Mp,
- palam MicroUSB dan kuasa bateri 4325miliamph untuk penggunaan berterusan dalam 5-7 jam sekali cas.