Breaking

Showing posts with label gaya artis bertudung. Show all posts
Showing posts with label gaya artis bertudung. Show all posts

August 12, 2012

22:03

Giliran Ayu Raudhah Bertudung (Gambar)





Ayu Raudhah Berhijab. ALHAMDULILLAH, langit Ramadan sentiasa memberikan rahmat serta berkat buat muslimin dan muslimat.
Dalam enak melayari Ramadan yang terasa cepat benar berjalan, ramai yang tahu tentang berita penghijrahan beberapa artis tempatan.
Gambar Shila Amzah bertudung yang tersebar luas kini menjadi topik perbincangan di internet. Shila yang bermata bulat kelihatan cantik mengenakan tudung. Manis, pasti abang Sharnaaz makin sayang.
Diva dapat cerita juga yang Nurul Syuhada Nurul Ain, pengacara yang manis berlesung pipit dan bijak berbicara juga tampil bertudung dalam program Malaysia Hari Ini (MHI). Diva tak sempat tengok program itu.
Terbaharu, dengar cerita pelakon dan isteri Zaquan Adha iaitu Ayu Raudhah pun sudah mengenakan hijab. Teman Diva memberitahu yang Ayu minta dia sediakan tudung untuk tujuan fotografi kerana dia kini berhijab. Syukurlah Ayu Raudah berhijab sudah kini
Semoga ramai lagi yang berhijab dan jalankan tanggungjawab sebagai muslimat dengan lemah lembut dan cara yang benar.
@: Adiknya Ayu Raudhah sudah berhijab. Akaknya Che tah (Rozita Che wan) bila lagi nak berhirah, usia makin bertambah tapi kain bajunya makin kurang

August 1, 2012

10:08

(3 GAMBAR) Sharifah Aleya Bertudung Sejak 1 Ramadan

sharifah aleya bertudung


 Sharifah Aleya Bertudung Sejak 1 Ramadan. Mengulas isu itu,  "Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai penghijrahan saya kerana bagi saya ianya sangat peribadi untuk dikongsi. Namun, sejak 1 ramadan lalu, saya sudah mula bertudung dan InsyaAllah ianya akan berkekalan hingga akhirnya.
"Alhamdulillah juga kerana sejak saya bertudung, ramai yang telah mendoakan yang terbaik untuk saya termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka banyak memberikan sokongan," katanya 
Menurut Sharifah Aleya, tiada apa yang perlu diulas kerana apa yang dilakukan itu adalah datang dari dirinya sendiri.
Selain mahu membuka satu lambaran yang baru, ramadan ini juga merupakan ramadan pertama Aleya tanpa suami serta bergelar ibu tunggal kepada kepada 2 orang anak kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena yang masing-masing berusia 3 tahun.
Sungguh pun begitu, keadaan tersebut langsung tidak memberi kesan yang begitu mendalam terhadap pelakon Idola dan Man Laksa ini kerana dia akui kehidupannya kini lebih gembira apabila dikelilingi orang tersayang seperti keluarga dan rakan-rakannya.
"Ramadan adalah bulan yang sangat tenang dan senyap kerana pada bulan inilah masa untuk kita melakukan muhasabah diri terhadap apa yang telah kita lakukan sepanjang bulan-bulan yang lalu.
"Ramadan ini juga akan membuat saya rasa boring dan keseorangan jika tiada keluarga dan rakan-rakan di samping saya. Oleh itu sepanjang ramadan ini, saya banyak menghabiskan masa bersama mereka.
"Saya akan bersama mereka setiap kali saya berbuka supaya saya tidak rasa keseorangan," luahnya yang mengaku masih menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas suami, Muhammad Ashraf Aasimuddin.
Aleya dijangka akan berpeluang bercuti raya pada 1 Aidilfitri sahaja kerana bakal bertugas sebagai penyampai radio pada raya kedua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us