Breaking

Showing posts with label gambar ratu cantik. Show all posts
Showing posts with label gambar ratu cantik. Show all posts

April 4, 2012

09:01

Lelaki tukar jantina jadi peserta Ratu Cantik Universe


talackova (kanan) bergambar pada satu pertandingan ratu cantik untuk golongan transeksual di Pattaya pada tahun 2010.
NEW YORK - Organisasi Ratu Cantik Universe yang beribu pejabat di sini mengumumkan kelmarin, seorang lelaki yang telah menjalani pembedahan untuk menjadi wanita, Jenna Talackova mungkin dibenarkan menjadi peserta.
Penyertaan Talackova, 23, sebelum ini dibatalkan oleh pihak penganjur Ratu Cantik Universe Kanada pada bulan lalu kerana dia didapati dilahirkan sebagai lelaki.
Pertandingan Ratu Cantik Universe di Kanada akan diadakan pada bulan depan.
Pengumuman itu dibuat di laman web Ratu Cantik Universe di Kanada.
Talackova dari Vancouver menjalani pembedahan penukaran jantina empat tahun lalu.
Pengguguran Talackova menyebabkan dia menerima simpati meluas dan mencetuskan persoalan sama ada pihak penganjur berhak mengklasifikasinya sebagai wanita.
Pertukaran jantinanya bukan menjadi satu rahsia lagi kerana dia pernah bertanding pada pertandingan ratu cantik untuk golongan transeksual di Pattaya, Thailand pada tahun 2010.
Dalam satu temu bual sempena pertandingan itu, Talackova menyatakan, dia menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan sejak berusia empat tahun, menjalani terapi hormon pada usia 14 tahun dan menukar jantina ketika berumur 19 tahun

March 17, 2012

11:05

Ratu Cantik Botak Kepala

 

Amerika Syarikat (AS) – Ratu Cantik Chugiak-Eagle, Debbe Ebben telah membotakkan kepalanya bagi memperoleh sumbangan untuk digunakan dalam penyelidikan penyakit kanser.
Dia setakat ini berjaya memperoleh sumbangan lebih AS$4,000 (RM12,235) selepas membotakkan kepalanya pada minggu lalu.
Ebben yang berusia 23 tahun melakukan perbuatan itu bagi membantu penyelidikan penyakit kanser dalam kalangan kanak-kanak.
Menurutnya, dia berasa gembira kerana membotakkan kepala itu untuk tujuan kebajikan.
Ebben berkata, peluangnya untuk memenangi pertandingan Ratu Cantik Alaska pada Jun depan tidak terjejas walaupun dia tidak mempunyai rambut.
Para peserta pertandingan itu dikehendaki melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat menyebabkan dia memilih untuk membotakkan kepala untuk tujuan amal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us