Breaking

Showing posts with label gambar kahwin scha awal. Show all posts
Showing posts with label gambar kahwin scha awal. Show all posts

March 28, 2012

08:01

Majlis Pernikahan Awal Dan Scha 4 Mei, Live Di Astro Ria

gambar pernikahan awal dan scha
Pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya akan diijabkabulkan pada 4 Mei di Pullman Putrajaya manakala majlis persandingan pula pada 6 Mei di PICC, Putrajaya. Khas buat peminat Scha ataupun Awal, ada berita baik buat anda semua. Majlis pernikahan mereka akan disiarkan secara langsung di Astro Ria. Boleh lah tengok kemeriahan majlis kedua-dua artis pujaan ramai ini

March 25, 2012

18:01

Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya Live Dalam Propaganza

Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya Secara Terbuka 

Pengacara, Awal Ashaari telah membuat kejutan dengan melamar kekasihnya Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri secara langsung dalam set Propaganza yang bersiaran di Astro Ria tengah hari tadi.
Ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.
Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya Di Set Propaganza 
Scha yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.
Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.
Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini.
Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya Di Set Propaganza 
Pasangan selebriti tersebut muncul dalam program hiburan itu sebagai tetamu jemputan.
Dikemudikan oleh Reza Mohamad dan Marsha Londoh, Propaganza merupakan program hiburan yang memaparkan pelbagai cerita menarik mengenai selebriti tanah air.
Propaganza bersiaran setiap Ahad di Astro Ria (saluran 104) jam 12 tengah hari bermula sejak 18 Mac lalu.

March 15, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us