Breaking

Showing posts with label filem drama. Show all posts
Showing posts with label filem drama. Show all posts

September 30, 2012

12:16

Sinopsis Drama Darjat TV3, Slot Akasia Terbaru TV3


WANG & HARTA MENJADI PAKSI CINTA DALAM DARJAT
Apalah erti budi kalau ingin dihargai, apalah erti pengorbanan kalau inginkan balasan, apalah erti sahabat sejati kalau tiada keikhlasan di hati. Istimewa buat peminat drama TV3, dua buah slot popular iaituSlot Akasia dan Azalea tampil dengan drama baru iaitu DARJAT.

Slot Azalea pula akan menyajikan drama berjudul ‘Darjat’ bermula 4 Oktober 2012 ini. Drama yang menampilkan Syazwan Zulkifli, Talha Harith dan Ika Nabila sebagai tunggak utama di bawah arahan M.Nazir Juhan atau lebih dikenali sebagai Jet Lee dan skrip oleh Mufid Shuhaimi Bahaudin ini mengisahkan tentang hubungan cinta si enggang yang ingin terbang seiring dengan si pipit. Berjayakah Haziq, seorang pemuda miskin untuk mengahwini gadis impiannya, Karina yang datang dari keluarga mewah?
Sinopsis Pelakon Drama Julia TV3
Sinopsis Drama Darjat
Drama DARJAT berkisar tentang Haziq (Syazwan Zulkifli) yang merupakan remaja yang menghadapi dilema kehidupan yang menuntut pengorbanannya sebagai seorang anak. Haziq yang berasal dari sebuah keluarga yang susah terpaksa menyara keluarganya dengan membawa teksi.

Berbeza dengan Karina (Ika Nabila) yang merupakan anak orang kaya kepada Mansor dan Rosmah. Walaupun berada dalam keluarga yang berharta namun kehidupan Karina sentiasa dikawal oleh ayahnya. Dia hanya dibenarkan berkawan dengan orang kaya anak orang berada sahaja. Jadi tidak hairanlah mengapa Karina sering ditemani oleh Maria dan Tini sahaja.

Apabila Maria dan Tini keluar bersama buah hati mereka, Karina berasa amat bosan dan ketika mereka menonton wayang beramai-ramai, Karina membuat keputusan untuk pulang sendirian menaiki teksi. Sewaktu perjalanan pulang, beberapa orang lelaki yang di ketuai oleh Ghaz (Talha Harith) mahu menculik Karina dan kebetulan ketika itu Haziq berada di situ. Lantas Haziq menghulurkan bantuan dan kemudiannya berlakulah pertempuran di antara Haziq dan Ghaz.

Karina berasa terhutang budi dengan Haziq dan meminta ayahnya mengambil Haziq sebagai pemandu peribadinya. Tambahan pula Haziq merupakan rakan Karina ketika di sekolah dahulu. Mansor walaupun terkenal dengan sikap kedekutnya terpaksa akur dengan kehendak Karina demi keselamatan anaknya. Maka bermulalah tugas baru Haziq sebagai pemandu peribadi Karina.

Pertemuan demi pertemuan, akhirnya Haziq dan Karina dilamun cinta. Namun cinta mereka tidak direstui oleh Mansor kerana Haziq tidak setaraf dengan keluarga mereka. Di rumah Karina dikurung di dalam biliknya kerana Mansor tidak mahu anak gadisnya bertemu dengan Haziq. Mansor telah memasang hajat untuk mengahwinkan Karina dengan Ghaz. Tetapi mengapa Ghaz, yang pernah cuba menculik Karina sebelum ini? Siapakah Ghaz sebenarnya? Adakah kuasa cinta sejati Haziq cukup untuk membebaskan Karina daripada cengkaman bapanya? Untuk mengetahui apa yang bakal berlaku seterusnya jangan lupa untuk membuat temu janji anda bersama drama terbitan Primeworks Studios ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang hanya di TV3!

Penonton yang terlepas menyaksikan ‘JULIA’ & ‘DARJAT’ boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Sinopsis Pelakon Drama Julia TV3
Syazwan Zulkifli
Sinopsis Pelakon Drama Julia TV3
Ika Nabila
Sinopsis Pelakon Drama Julia TV3
Talha Harith

September 25, 2012

15:53

DOWNLOAD Drama Adam Dan Hawa Full Episod


DOWNLOAD DRAMA ADAM DAN HAWA ASTRO MUSTIKA HD. Bagi peminat drama bersiri Adam dan Hawa, korang boleh download drama kegemaran korang di link bawah ni

 

DOWNLOAD Drama Adam Dan Hawa Full Episod

July 23, 2012

14:17

DOWNLOAD PEREMPUAN NERAKA | Watch Online, Youtube

Cerekarama di TV3 bertajuk PEREMPUAN NERAKA ditayangkan dua hari yang lepas. memang layan habis cerita ni. dengan jalan penceritaan yang menarik dan berjaya membawa penonton menghayati cerekarama Perempuan Neraka berkenaan. Sebab apa me kata macam ni, me mula-mula ingatkan yang Fida tu betul-betul ada skandal/isteri Fizz Fairus. dah sampai ending baru tahu Fida tu siapa. Tapi part Intan balik ke rumah pusaka tu macam kurang menarik endingnya



Mengisahkan Intan, isteri kepada Hasyim yang sentiasa mengongkong hidupnya dan berbelanja di luar kemampuan sehingga menyebabkan Hasyim tertekan dan kesihatannya turut terjejas.

PELAKON & OST PEREMPUAN NERAKA TV3
Antara barisan pelakon utama di dalam drama perempuan neraka ini ialah Fizz Fairus, Aeril Zafrel, Sherie Merlis dan Ika AF





June 20, 2012

14:00

Lagu Tema OST Dejavu Di Kinabalu Butterfly- Melly Goeslow ft Andika Pratama


Jum layan lagu tema OST Drama Devaju Di Kinabalu yang bertajuk Butterfly oleh Melly Goeslow ft Andika Pratama.

LIRIK LAGU Butterfly – Melly Goeslow ft Andika Pratama

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up false me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

Repeat reff

Sinopsis Drama Deejavu di Kinabalu

June 19, 2012

13:36

Drama Deejavu Di Kinabalu, Sinopsis, Gambar, Video



DEJAVU DI KINABALU, dah pun bermula semalam,   18 Jun 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Aqasha (Ammar Zulkarnain), Tiz Zaqyah (Dalilah Nadira), Nazim Othman (Bazli Aiman), Aishah Ilias (Inara), Meor Ariff (Zahir), Sharifah Nadia Yusnita (Yusra), Rebecca Nur Islam (Dalilah Uzma), Fadhilah Mansor (Suria), Aida Khaleeda (Fazeera), Dato’ Aziz Singah (Khairudin), Dian P. Ramlee (Norseha) dan Khaty Azean (Marisa).

Gambar sewaktu penggambaran 



Sinopsis Deejavu Di Kinabalu

Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.
Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya.
Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.
Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.
Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

June 15, 2012

19:12

Izara Aishah Bakal Kembali Dalam Drama Naziha | Sinopsis Drama Naziha Slot Zehra TV3

Izara Aishah Kembali Dalam Drama Naziha Selepas Fenomena Vanilla Coklat

Bermula 15 Jun 2012, melalui slot Zehra di TV3, sebuah drama bersiri berjudul Naziha akan mengambil tempat menggantikan tayangan drama Bunga Bunga Syurga.
Naziha menampilkan barisan pelakon seperti Izara Aishah, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Zain Saidin, Amar Baharin, Nik Zaris Nellydya, Nadia Kesumawati dan Mustapha Kamal.
Drama bersiri 13 episod ini merupakan terbitan dari OrangeTree Production dan sentuhan skrip Zarihah Hassan.

Sinopsis Drama Naziha Slot Zehra TV3

Drama Naziha mengisahkan Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha. Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.
Pada satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun.
Semakin lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan di antara Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana sebuah fitnah.
Farouk telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menakluknya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian?
Adakah Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang baru yang akan menyelamatkannya dari kekejaman Farouk?

April 7, 2012

08:55

Review Filem: Titanic 3D


Filem keluaran 1997, Titanic telah ditayangkan semula dalam versi 3D mulai semalam. Filem ini ialah merupakan filem termahal pernah dihasilkan di dunia, dengan kos sebanyak USD 200 juta (lebih kurang RM 600 juta) dan diarahkan oleh pengarah tersohor, James Cameron.

Pada asalnya, ramai yang menjangkakan filem ini akan gagal membuat kutipan yang baik. Ternyata jangkaan mereka meleset bila filem ini berjaya mendapat kutipan melebihi USD 1 bilion ( lebih kurang RM 3 bilion) setelah selesai tayangan di seluruh dunia (tidak termasuk hasil jualan DVD dan cenderamata). Ia juga telah meletakkan hero dan heroinnya iaitu Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet dam senarai pelakon A-List di Hollywood.

Kini setelah 15 tahun, James Cameron telah berhasil membawa kembali Titanic ke layar perak, tapi kali ini dalam bentuk 3D. Jadi apakah kelainannya?
Kos untuk menukar filem Titanic yang asal kepada format 3D memakan belanja USD 18 juta, dan mengambil masa 60 bulan untuk disiapkan dengan sepenuhnya. Untuk menyaksikan format 3D ini, anda akan dibekalkan dengan cermin mata 3D oleh pihak pawagam.
Hasilnya memang menakjubkan.
Kami menyaksikan Titanic sewaktu ia mula ditayangkan pada 1997 dua kali di pawagam dan sudah menonton DVDnya mungkin 20 kali, dengan kali terakhir pada tahun 2004. Bezanya menonton dalam versi 3D ialah anda merasakan bukan menonton, tetapi seolah-olah pelakon-pelakon utama filem ini iaitu Leonardo DiCaprio, Kate Winslet, Billy Zane dan lain-lain lagi benar-benar berada di hadapan anda.
Yang berbeza sudah tentu ialah dimensi pada gambar, di mana kita boleh ‘merasakan’ jarak antara semua permukaan dalam filem, seolah-olah ia ‘timbul’. Objek yang berada dekat terasa lebih ‘menonjol’ dan memberikan kedalaman sudut pada filem ini yang tidak dapat kita rasakan waktu menonton filem ini sebelum ini. Sebagai contoh, kami boleh merasakan kedalaman laut sewaktu kamera memfokuskan pada sisi kapal.
Dari segi lain tidak banyak berubah, tetapi James mengambil langkah bijak menggunakan kecanggihan teknologi masa kini untuk melakukan beberapa pembetulan pada filem ini, terutamanya pada langit malam di kawasan perairan di mana RMS Titanic telah tenggelam 100 tahun dahulu, yang kini menampilkan bagaimana langit sebenarnya kelihatan malam itu dengan menunjukkan langit malam dengan buruj yang tepat selepas mendapat teguran dari seorang ahli astrofizik.
Kami mendapati sisi romantik filem ini klise, dengan skrip seperti dari novel cinta picisan Mills and Boon , tetapi itu boleh dimaafkan kerana apa yang menjadikan filem ini cemerlang ialah penekanan pada fakta dari sebesar sehingga sekecil perkara, serta adegan dramatik saat kemusnahan dan tenggelamnya RMS Titanic dan hakikat tentang diskriminasi terhadap golongan kurang berada dalam menyelamatkan nyawa penumpang oleh pegawai syarikat perkapalan di saat-saat kecemasan. Perasaan panik yang diwujudkan dari kecemasan ini memang realistik.
Sebagai kesimpulannya sudah tentu kami mengesyorkan filem ini ditonton oleh semua pihak untuk mengalami sendiri drama tenggelamnya RMS Titanic dalam format tiga dimensi dengan impak realisme yang kekal dalam ingatan. Skor akhir ialah 5 dari 5 bintang.
sumber: Here

March 18, 2012

11:22

7 Petala Cinta | Sinopsis, Trailer, OST, Review


7 petala cinta 
SINOPSIS 7 PETALA CINTA
7 petala cinta 
Hamka yang merupakan seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar telah ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.
Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.

OST & TRAILER 7 PETALA CINTA
7 Petala Cinta sudah mula ditayangkan di pawagam pada 15 Mac 2012 
11:00

Akan Datang Filem Madagascar 3: Europe's Most Wanted


PRODUKSI DreamWorks Animation telah melancarkan klip francais filem Madagascar 3: Europe's Most Wanted yang bakal mengegarkan pawagan untuk tayangan pada musim panas tahun ini.
Masih mengekalkan watak seperti Alez, Gloria dan Melman, siri terbaru itu adalah kesinambungan daripada dua episod terdahulu iaitu Madagascar pada 2005 diikutiMadagascar: Escape 2 Africa pada 2008 yang mendapat sambutan di seluruh dunia.
Pihak Dreamworks turut juga mendedahkan filem terbaru berjudul The Rise of the Guardians yang dijadualkan untuk tayangan pada akhir tahun ini.
Diadaptasi daripada bukul hasil tulisan William Joyce, filem itu mengisahkan mengenai roh jahat yang cuba mengambil alih pemerintahan dunia.
Watak-wtak seperti Santa, Easter Bunny, Sandman dan Jack Frost yang ditugaskan untuk melindungi kanak-kanak.
Diarahkan oleh Peter Ramsay, filem animasi itu turut menggunakan khidmat pelakon seperti Alec Baldwin, hugh Jackman dan Jude Law yang menyumbang suara mereka.
"Watak-watak yang dipamerkan dalam filem berkenaan telah dikenali oleh semua masyarakat dan kita pernah menontonnya. Ia adalah sebuah filem yang akan diminati oleh kanak-kanak," ujarnya

March 12, 2012

March 8, 2012

00:48

Sinopsis Bunga Bunga Syurga, OST Trailer | 9 Mac di Slot Zehra


Sebuah drama baru untuk slot Zehra bertajuk Bunga Bunga Syurga akan menemui anda Jumaat ini 9 Mac jam 9 malam. Antara pelakon yang membintangi drama Bunga bunga Syurga ialah Johan Asari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Eyka Farhana, Rozita Che Wan, Eizlan Yusof, Bea Ramesan, Eira Hazali,Amirul Danial dan Lazizah.

Sinopsis Bunga bunga Syurga

 Mengisahkan perjuangan seorang pemuda yang memberikan didikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan 3 orang anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudara mereka yang kejam, Baidah (lakonan Rozita Che Wan). Emilia 17, lakonan Eyka Farhana dan 2 orang adiknya Nadia dan Haziq terpaksa hidup dgn bapa saudara mereka Azmin (Hilal Azman) setelah ibu bapa mereka mati dibunuh secara misteri dan belum selesai kes tersebut. Baidah tidak sukakan 3 adik beradik tu tinggal di rumahnya, setelah Azmin lumpuh semua atas perbuatan jahat Baidah, pulanglah anak lelaki mereka dari Australia, Aiman (lakonan Johan Asari) . Kepulangan Aiman membawa sinar buat 3 anak yatim tersebut. Aiman banyak menimba ilmu agama semasa belajar di oversea, setelah pulang dia berusaha membawa keluar 3 beradik tu dari rumah ibunya. Aiman selalu membuat kelas tambahan mengajar al Quran. Aiman mendapat bantuan Hj Halim (lakonan Eizlan Yusof) untuk mendapatkan tauliah mengajar hafazan. Hj Halim ada seorang anak perempuan bernama Shaffiyah (lakonan Wawa zainal) . Shaffiyah diceritaka oleh Halim sebagai gadis baik dan pandai mengaji. Aiman terkejut melihat gambar Sofea atau Shaffiyah kerana wanita itu merupakan perempuan simpanan bapanya. Aiman tidak pernah menceritakan kisah Sofea kepada Halim dan mahu Sofea sendiri memberitahu tetang rahsia perbuatannya selama ini. Adakah Sofea akan kembali ke pangkal jalan dan berubah serta membuka rahsia selama ini kepada bapanya? Saksikan cerita Bunga Bunga Syurga di Zehra Tv3 9 Mac ni.

TRAILER



OST


Lirik Semua Isi Hatimu (Ning Baizura, Jacylyn victor, shilah hamzah)
Kau katakan padaku
Betapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini
Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaan ku untukmu
Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasakanku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku
Yang hanyalah teruntuk dirimu
Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasa aku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Cubalah tu cubalah tuk mengerti aku
Cubalah tuk merasa aku
seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Semua isi hatimu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us