gambar anak mawi ekin
12:01
Mawi Teruja Nak Tahu Jantina Anak, Ekin Mengandung 4 Bulan
Penyanyi Asmawi Ani (Mawi) dan pasangannya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin mengakui tidak sabar untuk mengetahui jantina anak dalam kandungannya yang kini berusia kira-kira empat bulan.
“Setiap kali buat pemeriksaan saya tak sabar untuk mengetahui jantina anak saya tetapi buat masa ini belum nampak apa-apa lagi kerana masih terlalu awal.
“Kalau boleh saya mahu bayi lelaki kerana adik beradik saya semua perempuan tetapi Mawi mahu anak perempuan kerana keluarga dia ramai lelaki. kata Ekin
