Breaking

Showing posts with label anne ngasri putus cinta. Show all posts
Showing posts with label anne ngasri putus cinta. Show all posts

September 30, 2012

September 28, 2012

10:33

Aliff Aziz Kongsi Kecewa Putus Cinta Di Twitter


Aliff Aziz Kongsi Kecewa Putus Cinta Di Twitter. Sinar Harian hari ini melaporkan yang Aliff Aziz masih gagal di’hubungi untuk mendapatkan kenyataan berhubung isu putus cinta dengan Anne Ngasri yang masih hangat di’perkatakan.
Syarikat Rakaman Arahkan Aliff Aziz Tutup Mulut Isu Putus Cinta
Sebaliknya Sony Music, syarikat rakaman naungan Aliff Aziz berkata penyanyi itu kini tidak di’benarkan menjawab sebarang panggilan telefon untuk memberikan sebarang kenyataan.
Oleh kerana sinonim dengan gelaran wartawan di Twitter, kami intai kenyataan Aliff Aziz beberapa hari lalu menerusi laman sosial tersebut untuk mendapatkan ‘kenyataan’.
Pada 21 September 2012, dua hari sebelum umum mengetahui akan kisah putus cinta beliau, Aliff Aziz menulis yang beliau merasa tertekan & berdoa semoga Tuhan sentiasa bersama.
“A very painful lesson learnt,” itu kenyataan Aliff Aziz sejurus satu Malaysia tahu yang hubungan cinta beliau & Anne Ngasri sudah menemui titik noktah.
#01 Aliff Aziz Diarah Tutup Mulut - ROTIKAYA
#02 Aliff Aziz Diarah Tutup Mulut - ROTIKAYA
#03 Aliff Aziz Diarah Tutup Mulut - ROTIKAYA

September 25, 2012

11:39

Penjelasan Anne Ngasri Putus Cinta Dengan Aliff Aziz


Anne Ngasri Dan Aliff Aziz Putus Cinta
anne ngasri aliff aziz putus
Bagi Anne, putusnya hubungan ini kerana sudah tiada jodoh antara dia dan Aliff dan bukannya kerana campur tangan daripada pihak keluarganya. Kata Anne panjang lebar kepada wartawan BiPop:-
Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini. Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling terhadap rakan media sebelum ini. Ia membabitkan diri saya dengan dia (Aliff) yang cukup peribadi.
Saya memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi punca perpisahan kami. Tak perlu diulas dan diungkit lagi. Biarlah hanya saya dan dia saja yang tahu. Mungkin saya nampak macam muda dek saiz badan tetapi saya perlu tegas dalam membuat keputusan ini. Saya ada tanggungjawab yakni tiga anak untuk diberi perhatian.
Saya tidak nampak hubungan kami selama ini akan ke arah yang diharapkan (berkahwin). Anggaplah tiada jodoh. Jadi biarlah kami kembali kepada landasan asal. Masing-masing boleh fokus kepada kehidupan dan kerjaya yang sudah dibina. Kami masih berkomunikasi dan kekal berkawan atas paksi profesional. Saya ada hantar SMS pada dia.
Saya banyak berdoa dan melakukan solat istiqarah untuk membulatkan hati dalam membuat keputusan ini. Lumrah dalam hidup ini ada pertemuan dan perpisahan. Ia ujian buat saya. Siapapun jodoh saya selepas ini, saya mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri dan tiga anak saya.
Saya perlu kuat dan kental untuk menerima keputusan ini. Saya hargai kasih sayang dan cintanya kepada saya selama ini. Tiada sekelumit rasa rugi. Tak perlu saya cerita keluh kesah berdepan dengan situasi ini. Ini dugaan kecil jika mahu dibandingkan saya pernah diceraikan ketika sedang mengandung pada usia 2 bulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us