Breaking

Showing posts with label anak sasha elite. Show all posts
Showing posts with label anak sasha elite. Show all posts

July 12, 2012

19:14

Zain Saidin Terkejut Kakanya, Shasha Bercerai


Zain rapat dengan anak saudaranya, Adam.Zain rapat dengan anak saudaranya, Adam.
Pelakon sitkom, Oh My English! Zain Saidin terkejut mendapat tahu kakaknya, Shasha, 35, dan suaminya, Salyo Priyanto Notosoemarsono, 36, bercerai talak satu. 

Zain mendakwa, dia hanya dimaklumkan berita perpisahan Sasha apabila dihubungi wartawan HIP, semalam



"Saya sibuk di lokasi menyebabkan banyak perkara terlepas pandang. Kes perceraian Shasha saya tahu daripada media dan bukan diberitahu kakak atau ahli keluarga lain. 
"Mungkin dia tidak mahu saya risau. Sebagai adik, saya tumpang sedih dan simpati dengan nasib yang menimpanya. Saya hairan kerana sebelum ini mereka (Shasha dan Salyo) tidak pernah bergaduh besar," katanya. 

Kelmarin, bekas anggota Elite itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur selepas lima tahun berumah tangga. 

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia tiga tahun. 

Shasha tak cerita 
"Shasha tidak pernah meluahkan apa-apa. 

Lagi pun, kebiasannya, kami lebih selesa bercerita dengan ibu dan ayah jika ada masalah," katanya yang mengakui kurang rapat dengan kakaknya itu. 

Namun, bagi Zain, apa yang lebih penting ialah soal kebajikan satu-satunya anak buahnya, Adam Aryasenna. 

Tetapi Zain yakin kakaknya mampu menghadapi dugaan kerana dia seorang wanita tabah. 

"Sebenarnya, saya tidak mahu ambil tahu perkara ini kerana ia bukan perkara menggembirakan. Tetapi selepas ini, mungkin saya akan duduk bersama Shasha dan mendengar masalahnya. 

"Hubungan saya dan Adam sangat rapat. Semoga Shasha tabah melalui semua ini. Saya pasti tumpuannya sekarang ialah anaknya kerana Shasha begitu menyayangi Adam," katanya. 

Hubungan baik 

Menyifatkan bekas abang iparnya seorang yang baik, Zain mengakui, sepanjang lima tahun menjadi ahli keluarga, dia sendiri tidak mempunyai masalah dengan Salyo. 

"Bukan saja mereka tidak pernah gaduh besar, hubungan mereka pun nampak baik saja. Tetapi tidak tahulah jika ada perkara lain yang berlaku tanpa pengetahuan saya. 

"Saya harap orang tidak sampai terfikir Salyo memukul Shasha kerana itu tidak pernah berlaku. Malah saya tidak terfikir dia curang," katanya. 

Sementara itu, usaha HIP mendapatkan penjelasan Shasha gagal apabila pelakon itu tidak menjawab panggilan atau membalas mesej yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

July 10, 2012

22:29

Sasha (Elite) Sah Cerai Talak Satu



KUALA LUMPUR: Ikatan perkahwinan selama lima tahun antara bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin dan Salyo Priyanto terlerai selepas mereka sah bercerai pada Selasa.
Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini, selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.
Lafaz dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.
Sasha dan Saylo dilihat menitiskan air mata sejurus lafaz cerai dibuat.
Pasangan terbabit mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Sebelum itu, ketika ditanya Sahiful Azli mengenai alasan plaintif (Sasha) ingin memohon cerai daripada suaminya, Sasha enggan mendedahkan sebab di dalam kamar sebaliknya meminta kebenaran mahkamah untuk memberikan nota sebab-sebab penceraian kepada hakim.
Pihak plaintif dan defendan (Salyo) juga memberitahu mahkamah mereka telah berusaha menyelamatkan keadaan rumah tangga mereka dan mengambil keputusan untuk bercerai kerana ia paling sesuai buat mereka.
"Berat hati saya untuk melafazkan cerai tetapi mungkin ini adalah yang terbaik buat kami berdua dan semoga kami berdua mendapat pengajaran dan hidayah daripada keputusan ini," kata Salyo.
Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan Salyo untuk membayar edah sebanyak RM300 selama tiga bulan kepada Sasha dan pihak defendan bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.
Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.
Sebelum perkahwinan itu, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us