Breaking

Showing posts with label anak rini af7. Show all posts
Showing posts with label anak rini af7. Show all posts

August 18, 2012

22:54

Anak Rini AF Meninggal Dunia, Al-Fatihah


Anak yang dikandungkan 9 bulan 9 hari disambut kelahirannya dengan penuh kesyukuran. Namun kegembiraan itu ternyata sekelip mata apabila anak Rini AF pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Setelah dimasukkan ke wad ICU akibat lemas, anak sulung perempuan Rini AF, Maryam Joanna telah disahkan meninggal dunia pada 16 Ogos.
Adakah ini disebabkan oleh kecuaian ibu sendiri, tidor terlalu lena dibuai mimpi hingga tak sedar anak jatuh tergolek bawah katil. Tapi tak patut salahkan sesiapa kerna ini semua takdir Allah :( kita hanya mampu mendoakan.
anak rini af meninggal dunia
Berita kematian ini telah disahkan oleh Isma AF yang telah melawat jenazah. Menurut Isma, Rini AF kelihatan tenang dan redha dengan pemergian anak sulungnya. Sesungguhnya ini merupakan satu dugaan dan cabaran yang pastinya sangat besar kepada Rini dan keluarga.
anak rini af meninggal dunia
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada anak Rini AF, Maryam Joanna. Semoga mereka akan ditemukan nanti di syurga kelak. Amin.

August 13, 2012

21:58

(Gambar) BAYI RINI AF7 KRITIKAL AKIBAT JATUH KATIL

2 hari Lahir, Bayi Perempuan Rini Kritikal


GAMBAR ANAK RINI AF7. Perasaan gembira menimang puteri sulung berubah menjadi sedih buat bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Rini apabila bayi perempuannya yang diberi nama Maryam Joanna dilaporkan jatuh katil pada 11 Ogos lalu.
Berita ini disahkan Rini yang tatkala ini baru saja pulih dari trauma selepas berdepan dengan insiden yang tragik itu.

"Saya selamat melahirkan anak saya, Maryam Joanna di Hospital Putrajaya pada jam 9.34 pagi Khamis lalu. Saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan kerana anak saya seberat 4.25 kg. Waktu itu, suami saya ada bersama saya tetapi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik pembedahan.
"Saya betul-betul sedih kerana anak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Kajang. Baby saya tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
"Ini semua kuasa Allah dan saya hanya mampu berdoa agar anak saya cepat sembuh dan selamat. Apatah lagi, hanya tinggal beberapa hari saja nak menyambut Syawal. Saya harap, semua doakan yang terbaik untuk anak saya. Saya juga akan lakukan yang terbaik untuk anak saya itu," katanya 

Menjelaskan lanjut kejadian yang menimpa anaknya itu, penyanyi lagu Apa Sebenarnya memberitahu anaknya itu lemas selepas terjatuh dari katil di rumahnya.
"Pada malam saya pulang ke rumah dari hospital (10 Ogos), saya menyusukan dia kemudian meletakkan dia di atas katil. Apabila bangun pagi, baru saya sedar anak saya sudah terjatuh di tilam yang berada di sebelah bawah.

"Waktu itu, saya dapati anak saya sudah lemas dan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, sekarang saya sudah okay walaupun sebelum ini saya seakan tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku.
"Saya memang sedih sebab dia adalah cahayamata pertama saya. Saya mengandungkan dia selama 10 bulan. Saya menjalani pembedahan apabila sudah cukup tarikh untuk dia dilahirkan," jelasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us