pilih nama anak
08:56
Que Haidar, Linda Bakal Sambut Anak Perempuan
Penampilan terbaharu isteri kepada pelakon Que Haidar itu, dia kini sedang sarat mengandung tujuh bulan.
Kata Linda tahap kesihatannya kini kurang menentu. Dia tidak sedap badan ekoran beberapa kali terjatuh di atas pentas sewaktu hadir memantau perkembangan produksinya sepanjang tiga minggu latihan dijalankan sebelum ia dipentaskan selama tiga malam berturut-turut pada minggu lalu.
Bagaimanapun, Linda yang tidak lokek menguntum senyum masih sudi meluangkan sedikit masa untuk ditemu bual.
“Pembawaan bayi kali ini paling memenatkan! Penat yang lain macam berbanding sewaktu mengandungkan Qhalif dan Ratu dulu,” ujar Linda membuka cerita.
Berbicara lebih lanjut mengenai usia kandungannya yang kini hampir mencecah usia tujuh bulan, kata Linda dia dijangka melahirkan bayi yang sudah disahkan jantinanya perempuan itu pada 1 Mei ini.