Breaking

Showing posts with label abby dan norman rujuk semula. Show all posts
Showing posts with label abby dan norman rujuk semula. Show all posts

August 15, 2012

01:26

NORMAN AJAK BALIK KUANTAN, ABBY JUAL MAHAL



Norman ajak Abby sambut Aidilfitri di Kuantan

WALAUPUN sudah tidak lagi mempunyai ikatan perhubungan suami isteri, Norman Hakim mengajak Abby Abadi untuk menyambut Aidilfitri bersama dia dan Memey serta anak-anak di Kuantan, Pahang. Namun Abby menolak dengan cara baik, mungkin bukan jual mahal tetapi memandangkan Norman dan Abby bukan lagi suami isteri jadi tak manis lah kalau Abby ikut serta.
        
Ajakan itu disahkan sendiri oleh Abby menerusi laman Twitternya.
        
Dia antara lain menulis, “En Norman Hakim tahun ini ambil anak-anak balik Kuantan dari 16 (Ogos) sampai (Hari) Raya pertama. Saya diajak, tapi memang... tidak apa kan? Buat ganggu sahaja, huhu sekarang dah sedih.”
        
Sebelum ini, umum mengetahui mengenai hubungan kurang baik dan mesra antara Abby dan Memey sejak tiga tahun lalu. Kedatangan Ramadan telah menjernihkan hubungan selebriti itu.

Memetik kenyataan Norman sebelum ini, “sekarang hubungan kedua Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu.”
        
“Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk tujuan mengambil dan menghantar anak dan komunikasi terbatas di antara kami bertiga,”
 katanya.
        
“Tetapi mungkin disebabkan berkat bulan Ramadan serta doa yang selama ini tidak putus-putus saya dan masyarakat sekeliling mendoakan, akhirnya tercapai juga impian itu," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 2008.
        
 Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan Norman dan Abby bakal merujuk tetapi perkara itu sekali gus disangkal oleh Abby, yang membuat penafian itu menerusi Twitter minggu lalu.

sumber: forum.cari

August 5, 2012

18:05

Abby Abadi Dan Norman Hakim Bakal Rujuk Semula?




Sebelum ini, keluar cerita bahawa hubungan Abby dengan bekas suaminya Norman Hakim dan juga Memey Suhaiza telahpun berbaik.Ini dikuatkan lagi dengan gambar mereka berbuka puasa bersama. Apabila ditanya berkenaan isu Abby Abadi Dan Norman Hakim Bakal Rujuk Semula? Memey menjawab

“Perkara ini kuasa Tuhan. Buat masa ini, masing-masing belum ada respons. Saya tak boleh cakap apa yang bakal berlaku pada masa depan,” kata Memey Suhaiza ketika diaju persoalan jika bekas isteri suaminya, Abby Abadi kembali semula ke pangkuan Norman Hakim.

“Anak juga terbuka mengenai soal itu dan bertanya bila mama (Abby) hendak berkahwin semula dengan papa mereka,” katanya yang menyerahkan kepada ketentuan takdir jika Abby dengan Norman rujuk semula selepas bercerai pada 18 Disember 2008. 
Hubungan Memey dan Abby kembali jernih selepas mereka meluangkan masa berbuka puasa bersama pada 1 Ogos lalu. 
Memey berkata, apa yang berlaku tidak dirancang dan dengan mengambil keberkatan Ramadan, mereka berbaik semula demi masa depan anak.

“Selepas menanti empat tahun, akhirnya kami berbaik semula. Mulanya, saya dengan abang (Norman) datang mengambil anak di rumah kak Abby dan pada masa itu saya mengambil kesempatan bersalam dengannya. Selepas bersalam, dia terus peluk saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us