Breaking

Showing posts with label Gambar Elyana Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Gambar Elyana Kahwin. Show all posts

November 22, 2010

15:44

(Gambar) Majlis Perkahwinan Elyana Dan Khairul Persis Pasangan Diraja

Salam semua, sebelum ni me dah share gambar majlis akad nikah Elyana Dan Khairul yang diijabkabulkan pada Jumaat lalu. Pada keesokan harinya pula pasangan pengantin baru, Erneelya Elyana Emrizal dan Khairul Anuar Hussin telah diraikan dalam majlis resepsi yang diadakan pada Sabtu, 20 November di Dutches Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 







Elyana mengenakan busana kuning 'champage' rekaan Zery Zamy. Busana berkonsepkan Vintej Inggeris dan berperincikan perak itu menjadikan Elyana dan Khairul persis pasangan pengantin diraja. Khairul pula tampak segak berbaju Melayu moden.

Untuk acara memotong kek Elyana mengenakan pakaian bercirikan Inggeris klasik yang dinamakan ‘The White Love’, rekaan Hazwani Osman. Khairul pula memakai suit putih juga daripada pereka yang sama. Persalinan kedua ini digayakan 

@: owh suke tengok baju Elyana, memang seswai :D

November 20, 2010

11:29

(Gambar) Majlis Akad Nikah Elyana Dan Khairul

ASalam semua, semalam penyanyi dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal, 23, atau Elyana selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Khairul Anuar Husin, 36, di Duchess Place, Jalan Ampang pada pukul 9.40 malam, Jumaat 19 November. Suami Elyana, Khairul adelah pemilik restoran Jepun di Bangsar.











Elyana tampil langsing dan anggun dengan busana berbentuk kurung moden biru Tiffany dengan kilauan lebih 3000 swarozki yang diuliskan di atas busana istimewa yang diilhamkan khas Hatta Dolmat dari Hatta Dolmat Couture.




Sebanyak tujuh dulang hantaran bagi pihak lelaki dan tujuh dulang juga dibalas pihak perempuan. Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000. Hantaran dari pihak lelaki termasuklah setepak sireh, sebentuk cincin berlian Estrella, seutas jam tangan Cerruti, sepasang beg dan dompet Louis Vuitton, set harumanLovely Sarah Jessica Parker dan manisan berbentuk coklat.

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan sireh junjung, sebentuk cincin Estrella, seutas jam tangan Tag Heuer, sepatu Lacoste, dompet Louis Vuitton, set haruman Bulgari dan buah-buahan. Majlis persandingan akan diadakan pada hari ni, Sabtu pukul 12 tengah hari. 
tahniah :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us