Breaking

Showing posts with label Asian Wave 2012. Show all posts
Showing posts with label Asian Wave 2012. Show all posts

September 28, 2012

08:29

Shila Amzah Tak Layak Di Asian Wave 2012, Sepatutnya Hafiz AF?

Shila Amzah Tak Layak Di Asian Wave 2012, Sepatutnya Hafiz AF? Sudah menjadi juara pun masih ada yang mempertikaikan. Kasihan Shila Amzah
Shila Amzah: Tak Perlu Bandingkan Saya Dengan Hafiz


Meskipun sudah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, namun kredibiliti penyanyi, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, masih lagi dipertikaikan segelintir pihak yang berasakan bahawa juara Mania, Hafiz Suip sepatutnya layak ke sana dan seterusnya memenangi pertandingan berkenaan.

Begitupun, Shila Amzah yberkata, pertikaian tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana Shila memberitahu dia dan Hafiz mempunyai tahap pengalaman dan cara nyanyian yang berbeza.
"Bagus atau tidak bukan dinilai dari penjurian atau pengundian sahaja, bagi saya kemenangan saya ini adalah ketentuan dan rezeki daripadaNya. Malah saya rasa saya dan Hafiz tidak patut dibandingkan.

"Bagi saya kalau orang hendak bandingkan saya dengan seseorang itu, biarlah kami mempunyai persamaan. Malangnya saya dan Hafiz tidak mempunyai apa-apa persamaan pun dan hanya usia kami sahaja yang sama.
"Lainlah jika saya merupakan juara program realiti Akademi Fantasia sama dengannya, boleh juga dibandingkan. Saya dan dia punya tahap yang berbeza kerana saya sudah 12 tahun berada dalam industri, manakala dia hanya beberapa tahun dalam industri tetapi sudah mencipta kejayaannya tersendiri.
"Bukan sahaja dari segi pengalaman malah cara nyanyian dan jantina kami juga berbeza dan saya tidak rasa kami perlu dibandingkan kerana masing-masing punya keistimewaan tersendiri," katanya 

Shila yang baru sahaja pulang ke Malaysia pada 26 September lalu (semalam), telah membawa bersama trofi kemenangan dan wang dana yang masih belum dapat dipastikan jumlahnya.
Anak kepada peyanyi ND Lala ini berjaya mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang telah pun berlangsung di Shanghai, China pada 20 September lalu.

September 21, 2012

15:07

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012. 2 Video Nyanyian Shila Amzah

Tahniah! Shila Amzah Juara Asian Wave 2012 Seorang lagi penyanyi Malaysia berjaya bergelar yang terbaik di pentas antarabangsa. Shila Amzah telah berjaya menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di China.
Kemenangan Shila Amzah pada pertandingan malam tadi menepikan lima peserta peringkat akhir lain yang datang dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.
Pada malam persembahan akhir, Shila Amzah membawakan lagu Grenade (Bruno Mars), sebuah lagu Melayu nyanyian asal Jaclyn Victor, Gemilang & sebuah lagu Mandarin.
Tahniah buat Shila Amzah 
Video Shila Amzad di Asian Wave 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us