CURANG DENGAN ISTERI, HAFIDZ ROSHDI GUNA TAKTIK PENYONDOL UNTUK TARIK PERHATIAN NETIZEN
Baru-baru ini, satu Malaysia digemparkan dengan satu lagi kes curang yang dilakukan oleh pelakon, Hafidz Roshdi terhadap isterinya, Nurul Shuhada.
Susulan sudah terbongkar rahsia yang disimpan, netizen tidak melepaskan peluang untuk melemparkan kecaman serta mengikuti perkembangan kisah ini hinggakan ketika Hafidz melakukan live di TikTok, berpuluh-puluh ribu penonton diraih olehnya.
Sememangnya perkara itu membuatkan Hafidz teruja tetapi tidak terkejut jika kesemua yang menonton itu hanya mahukan penjelasan darinya.
Sama sekali tidak nampak takut setelah ‘kantoi’ berlaku curang, pelakon itu sempat gelak ketawa sambil memandang ke arah belakang kamera dimana kedengaran suara isterinya bersama anak-anak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen syak segala isu curang yang berlaku ini adalah sekadar marketing sahaja.
Bagaimanapun, persoalan sama ada isu curang ini prank ataupun tidak masih belum dapat diketahui kerana Hafidz tidak memberi sebarang penjelasan mengenainya.
Sekadar info, sebelum ini, isteri Hafidz Roshdi iaitu Shuhada ada memuat naik status di Instagram Story seakan-akan kecewa kerana rumah tangga diganggu oleh ‘penyondol’.