Breaking

January 31, 2021

10:12

DRAMA MELASTIK KE HATIMU, ANDI BERNADEE DAN JANNA NICK BERLAGAK KAYU

 Penyanyi Andi Bernadee yang kini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan nampaknya semakin ‘mendunia’ apabila dia muncul dalam lakonan drama berjudul Melastik Ke Hatimu yang juga bergandingan bersama pelakon hebat, Janna Nick.

Andi BernadeeSumber : Instagram Andi Bernadee  

Memegang watak utama dalam drama tersebut pastinya bukan mudah bagi pelakon baru sepertinya apabila ada suara-suara yang tidak enak mula bertebaran mengenai mutu lakonan penyanyi lagu Penat itu

Menurut netizen, Andi tidak layak membawa watak utama dalam drama tersebut kerana lakonannya dalam naskah tersebut seperti agak kaku dan ‘kayu’. Malah ada juga yang tampil memberi pendapat bahawa ada ramai lagi pelakon lain yang lebih layak membawa peranan tersebut.

Meskipun begitu, ada juga peminat Andi tampil mempertahankan penyanyi itu dan beranggapan bahawa ini merupakan pengalaman baru buatnya untuk menjadi seorang pelakon yang hebat sebaris dengan bintang-bintang popular lain.

Belajar dari pengalaman, ada benarnya yang diperkatakan netizen apabila seseorang perlu bermula daripada bawah sebelum bersinar di kemudian hari. Pengalaman yang dikutip pastinya berbaloi untuk dijadikan contoh kelak.Apa-apa pun, all the best diucapkan buat Andi Bernadee!

Nota Kaki: Lakonan kadang nampak kayu untuk mendalami permulaan drama yang tidak terlalu berat dan jalan cerita yang kurang kompleks. terlalu beremosi kang penonton tak selesa juga macam kebanyakan drama tv sekarang yang terlalu dibuat-buat reaksinya dan langsung tidak natural seperti drama awal tahun 2000.

Skop drama sekarang juga banyak yang mencilok atau meniru drama sebelum2 ini langsung tiada kelainan dan keunikan tersendiri. Anda boleh nilai dan komen lanjut di ruangan komen. 

SUMBER : Kosmo Online
09:57

NEELOFA NIKAH DENGAN PU RIZ, TARIKH KAHWIN BAKAL DIUMUM NANTI

Selepas heboh mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan berantakan, usahawan muda itu menjelaskan bahawa kedua pihak keluarga mereka sedang mencari jalan penyelesaian untuk kemelut tersebut. 



 Terbaru, Neelofa menjelaskan bahawa dia dan Haris diduga seperti orang lain yang kini berada dalam fasa pertunangan. Malah hubungan nampaknya kini sudah pun diperbaiki. “Apa yang boleh saya katakan hubungan kami sekarang lebih baik dan lebih positif. Untuk berkongsi perkara lebih serius, saya akan kongsi nanti.” neelofa dan pu riz berbaik Tak segan untuk akui bahawa terdapat sedikit salah faham dan masalah dalam hubungan mereka, Neelofa mengatakan bahawa mereka berjaya menempuhinya atas bantuan keluarga. “Tipu la tak ada pahit manis atau naik turun dalam hubungan. 



Saya merasai benda yang sama, ada masa, ada salah faham. Kami berdua berjaya mengatasi dengan bantuan keluarga. Alhamdulillah, semua makin baik dan positif.” Bukan itu sahaja, khabarnya hubungan ahli keluarga wanita itu dan juga Haris juga sudah kian pulih daripada sebelumnya. “Alhamdulillah perlahan-lahan selepas kami berbincang dan berkomunikasi. Hubungan makin baik dan pulih. Kami pun bagi masa, tidak memaksa semua orang untuk faham dan menerima. Saya bersyukur sangat.” neelofa dan pu riz berbaik.



 Malah Neelofa menimbulkan rasa teruja orang ramai apabila berkongsi bahawa dia akan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai maklumat perkahwinannya dalam masa terdekat nanti. Biasalah hubungan pasang dan surut, yang penting dah berbaik kan? SUMBER : Gempak
09:50

AYDA JEBAT BOLEH SAING MIRA FILZAH, PASANGAN BARU KAHWIN YANG ROMANTIK

Bahagia sungguh melihatkan pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada awal Januari lalu apabila mereka berdua tidak lokek berkongsikan momen-momen istimewa di media sosial terutamanya Instagram untuk tatapan peminat. 



 Sering memuat naik video dan foto bahagia bersama, Ayda semalam ada mengemas kini akaun Instagramnya dan turut mendedahkan perangai pelik suaminya itu iaitu Nabil Mahir. Kata Ayda, Nabil suka menghidu ketiaknya di masa lapang. Wah, betul-betul pelik ni! Jika sebelum ini penyanyi lagu Pencuri Hati itu ada memberitahu bahawa Nabil gemar mencium pipinya untuk tempoh yang lama, nampaknya perkongsiannya kali ini ternyata mencuri perhatian netizen.



Nampaknya Ayda Jebat boleh juad deadoran lepasni, tapi pembelinya pula golongan lelaki. Alahai pelik sangat tu.

Kredit: Beautifulnara.com

January 30, 2021

18:18

UJIAN COVID-19 FASA 3 KINI BERMULA DI MALAYSIA, SUKARELAWAN BAKAL TERIMA SUNTIKAN HARI INI

Bagi mengekang penularan COVID-19, kumpulan pertama sukarelawan negara untuk kajian klinikal fasa tiga vaksin Covid-19 akan menerima suntikan mereka di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah, pada Sabtu.



Ia melibatkan 62 individu pelbagai latar belakang yang menerima suntikan bermula hari ini dan hari seterusnya mengikut jadual. Proses yang dilakukan dalam masa kurang lima minit adalah mudah tetapi ketua pusat itu Dr S.L. Vijaya Kumar berkata, para sukarelawan harus kembali dalam dua minggu untuk melakukan suntikan, perjumpaan susulan dalam enam minggu seterusnya dan wawancara telefon akan dilakukan dalam jangka waktu setahun. "Semua sukarelawan berusia lebih 18 tahun, subjek sihat tanpa penyakit serius dan telah menjalani ujian kesihatan termasuk ujian Covid-19 sebelum dibenarkan untuk mengikuti percubaan. "Sebahagian sukarelawan akan menerima vaksin secara rawak dan selebihnya akan mendapat plasebo. "Hasil ujian fasa satu dan fasa dua selamat tanpa kesan buruk dan kajian utama kami sekarang adalah untuk kesan buruk seperti alergi atau ruam," katanya. Dr Vijaya berkata, hospital itu adalah yang pertama di negara ini yang memulakan percubaan itu. 

Ujian klinikal akan dilakukan secara berperingkat di lapan hospital lain di bawah Kementerian Kesihatan. Hospital lain yang terlibat termasuklah Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Taiping, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Seberang Jaya, Hopsital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Umum Sarawak
09:34

 Artis popular Negara Korea Selatan BTS dan Lee Min Ho. Namun antara kedua-dua artis ini, peminat tidak dapat menentukan mana satu yang lebih popular.


                                                                    Lee min ho

BTS


KERAJAAN Korea Selatan baru-baru ini telah mengeluarkan keputusan hasil kajian senarai selebriti tempatan yang paling berharga dan disayangi oleh peminat seluruh dunia. Menerusi kajian yang dibuat oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan, BTS telah dipilih sebagai penyanyi K-Pop paling diminati manakala Lee Min Ho mengungguli senarai pelakon paling disayangi peminat global. 

Kajian itu dijalankan dengan melibatkan seramai 8,500 responden dari 18 negara luar termasuk penduduk di Amerika Syarikat, China dan Jepun. ADVERTISING X Survey atas talian (online) itu berlangsung dari 24 September hingga 4 November lalu yang turut meminta responden menjawab soalan berkaitan seni dan kebudayaan Korea Selatan. Hasil daripada kajian itu, sebanyak 22 peratus responden memilih BTS sebagai penyanyi kegemaran mereka manakala Lee Min Ho meraih sebanyak 9.6 peratus bagi kategori pelakon. 

 Filem Parasite yang mencipta sejarah sebagai Filem Terbaik Oscar pada tahun lalu turut dipilih sebagai filem Korea paling diminati oleh masyarakat global. BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook kini tampil dengan album terbaharu mereka, BE yang dilancarkan pada November lalu. Lee Min Ho, 34, pula dilaporkan bakal tampil dengan drama bersiri terbaharu berjudul Pachinko.

January 26, 2021

18:46

PERTAHANKAN HAK, SYUK CURANG ISTERI TETAP TABAH DAN SETIA

Baru-baru ini, penyampai radio, pengacara dan pelawak, Shuk Sahar sekali lagi dihimpit kontroversi apabila isteri, Rossalennah Natassyiah Asshafera mendedahkan kisah kecurangannya di Instagram. 

 Rossa sera nama singkatan instagram beliau turut berkongsi screenshot mesej sebagai bukti kecurangan suaminya Syuk bersama wanita yang dikenali sebagai Fara. Diharap kemelut rumahtangga ini dapat diselesaikan dengan baik dan bertindak dengan matang kerana memikirkan anak yang masih kecil. Jika jodoh masih panjang pasti menemui jalan penyelesaian.

Baru-baru ini kelihatan rosa.sera mengemaskini status laman instagramnya dengan gambar keluarga. Nampak bahagia sungguh.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us