Breaking

February 26, 2016

10:47

Food Review: The Manhattan Fish Market No Quality Control!

Salam Jumaat. Semalam gajian so me bawakla my parents dinner di Fish Manhattan branch Vivacity, Kuching. As i tried before, me order mediterranean baked fish. Dengan service yang lambat, sayur brokoli and carrot pula dipotong besar gedabak dengan kerasnya, ikan yang masih mentah merah-merah lagi boleh nampak. Flavour resepi yang tak in sangat hmmm...so so dissapointing.


Bapa dah start complain sayur yang mentah. Mama pun tak habis makan. Not as same as im tried at Fish Manhattan branch IOI mall, much better. And bapa decided tu lah last die masuk kedai tu, and i maybe think the same :(

February 24, 2016

15:58

Pes Tom Yam Sarawak Sedap!

Pertama kali mencuba pes tom yam Sarawak dah mula jatuh hati. Rasa udang yang kaw-kaw ditambah dengan manis-manis pedas sangatlah menyelerakan.
At first try, buat tomyam ayam dan sayur seperti biasa.
Kemudian try buat nasi goreng tom yam. Rasanya memang menyelerakan
Dan last sekali buat bihun goreng tomyam. Ditambah dengan gorengan rangup kepak ayam menaikkan lagi selera makan.
15:35

Tawaran Biasiswa Pengajian Lepasan SPM, Degree, Master dan PhD 2016/2019

Sangat heaven bila pembelajaran ditanggung sepenuhnya melalui biasiswa. Tak perlu nak fikir untuk buat pinjaman bank dan pembayaran semula pinjaman pendidikan. Tak dinafikan biasiswa yang diberi melebihi keperluan sara hidup di kampus. Berikut adalah senarai biasiswa yang boleh dipohon untuk penyambungan pengajian.

Nama Biasiswa 

[10 Januari 2016] Biasiswa Kadet ALAM 

[22 Januari 2016] Biasiswa Merdeka Khazanah - Oxford Center for Islamic Studies 

[29 Januari 2016] Biasiswa Latihan Perguruan MONBUKAGAKUSHO (MEXT) Jepun 2016 

[5 Februari 2016] Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (Pengajian Tinggi) 2016 

[10 Februari 2016] Biasiswa SHELL Malaysia (Dalam dan Luar Negara) 2016 

[26 Februari 2016] Biasiswa Peneraju Tunas Potensi 2016 

[29 Februari 2016] Biasiswa MyBrainSc KPT 2016/2017 

[6 March 2016] Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto (Masters) 2017 

[20 Mac 2016] Biasiswa Maybank 2016 

[31 March 2016] Biasiswa PAM Feruni Ceramiche 2016 

[31 March 2016] Biasiswa PAM Inovar 2016 

Senarai biasiswa lepasan SPM:
 Biasiswa-biasiswa lain:

15:03

Umur Sudah Mencapai Umur 30 Tahun. Apa Yang Wanita Harus Lakukan.

Apakah yang seharusnya dilakukan mereka yang telah mencapai umur 30 agar dapat menikmati usia tua mereka. Bagi yang masih lagi single, sering kerja bertungkus-lumus, ada baiknya anda berehat sebentar dan baca 7 perkara yang perlu anda lakukan ketika usia menjengah 30 tahun.


1. Simpan Duit




Walaupun sedikit, simpanlah duit anda dan mulalah menabung untuk masa hadapan. Walaupun tidak untuk masa hadapan anda, mungkin anda perlukan disaat kecemasan. The most common way of money saving are:

  • ASB saving
  • Fix deposit Account (yang ni jarang dipraktikkan)
  • KWSP (jangan usik selagi belum betul-betul memerlukan)



2. Perbaiki hubungan keluarga

Walaupun masing-masing banyak yang sudah berkeluarga, anda harus tahu bagaimana untuk belajar mementingkan ikatan keluarga. Air dicincang tak akan putus, disaat ramai yang menentang mu, keluargalah yang selalu memberi sokongan walaupun sering berbeza pendapat. Jangan masa susah je ingat keluarga di kampung. Sekali-sekala belilah hadiah berharga untuk mereka, open table lebih-lebih lagi time puasa tu berbelanjalah buffet ramadan dsbg.


3. Stop makan makanan ringan





Masa ini dan seterusnya, anda tak perlulah menjadi seperti kanak-kanak dengan makan makanan yang tidak berfaedah. Jika di umur ini, anda masih lagi sihat, anda harus kekalkan kesihatan sehingga usia tua. Pilihlah makanan hi-fibre, cut your carbo intake. 


4. Beli rumah


Sebaik usia ini kedudukan kewangan anda bertambah stabil.Rancang untuk membeli kediaman sendiri. Besar kemungkinan hutang anda akan habis dibayar pada usia 50 tahun. Terpulang dengan selera masing-masing nak rumah lot atau apartment. Apa yang penting you must have your own property.

5. Dekatkan diri dengan agama
Yang ni of-courselah penting. Kita tak mampu menjangkakan bahawa kita akan hidup lama. Kembali ke pangkal jalan dan Pencipta kerana ajal dan maut mungkin menerjah sebelum usia 50 tahun. Get ready for your Hajj saving or at least plan for early umrah. Insyallah


6. Tingkatkan tahap pendidikan
Bagi yang degree holder, tak salah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi Master dan PhD. Almaklumlah banyak biasiswa melanjutkan pelajaran yang ditawarkan sekarang antranya;

  • MyBrain
  • Hadiah Latihan Persekutuan (bagi kakitangan kerajaan)
  • Industry scholarship
7. Pamper yourself
Sayangilah diri anda sepenuhnya. Bagi wanita ofcourse kecantikan itu sangat penting. Manjakan diri anda dengan massage and spa, beauty supplement and exercise.
14:38

Jom Tukar Smartphone Samsung Galaxy S7 dan Samsung Galaxy S7 Edge.

Pihak Samsung pada hari ini telah mengumumkan 2 telefon pintar flagship terbaru mereka di MWC 2016 yang berlangsung di Barcelona iaitu Samsung Galaxy S7 dan Samsung Galaxy S7 Edge.
Samsung Galaxy S7 menampilkan rekaan bingkai logam serta kaca di bahagian belakang manakala rekaan skrin yang melengkung di tepi menjadi identiti buat siri Samsung Galaxy Edge.
samsung-galaxy-s7-s7-edge-4
Meskipun rekaan Samsung Galaxy S7 ini dikatakan mirip dengan Samsung Galaxy S6, pihak Samsung nampaknya telah membuat satu penambahbaikan dimana Samsung telah mengurangkan masalah ketebalan kamera yang timbul berbanding model sebelum ini.
samsung-galaxy-s7-hands-on-sean-okane9_2040.0
Samsung juga nampaknya telah mengembalikan dua ciri-ciri yang disukai pengguna iaitu fungsi kalis air dan slot untuk memori MicroSD seperti mana yang dilakukan pada Samsung Galaxy S5.
Samsung Galaxy S7 hadir dalam dua variasi – iaitu menggunakan cip lapan teras ataupun menggunakan cip empat-teras, dimana salah satunya adalah cip Exynos, dan satu lagi adalah cip Snapdragon.
Galaxy S7 menawarkan peningkatan kuasa pemprosesan lebih 30% berbanding dengan Galaxy S6, dan sokongan grafik yang ditingkatkan lebih 60% berbanding Galaxy S6.
samsung-galaxy-s7-s7-edge-2
Kamera pada Samsung Galaxy S7 menjadi topik utama perbincangan apabila pihak Samsung mengumukan kedua dua telefon pintar terbaru mereka akan menggunakan lensa f/1.7 dimana membantu lebih banyak pencahayaan semasa mengambil gambar.
Bukan itu sahaja, Samsung memperkenalkan sensor dwi-pixel beserta kamera 12 megapixel bagi membantu sesuatu gambar dapat difokuskan dengan serta-merta.
Beberapa ciri-ciri baru turut disertakan pada Galaxy S7, termasuk salah satunya adalah rakaman gambar panorama yang turut menyertakan animasi gerakan berbanding sebelum ini yang terhad kepada gambar panorama statik sahaja.
samsung-galaxy-s7-s7-edge-5
Untuk kamera hadapan, Samsung menyertakan kamera 5 megapixel dengan lensa yang sama untuk membolehkan anda merakamkan gambarselfie yang cantik walaupun ketika hari gelap.
Jika sebelum ini anda seorang yang risau apabila telefon pintar anda menjadi panas lebih lebih lagi ketika bermain game, kini anda tidak perlu risau lagi dengan adanya fungsi terbaru daripada Samsung ini. Samsung turut menyertakan sokongan penyejukan berasaskan air untuk mengelak Galaxy S7 menjadi panas.
samsung-galaxy-s7-s7-edge-1
Kedua-dua telefon pintar ini menjalankan sistem operasi Android yang terbaru iaitu Android 6.0 (Marshmallow) dan dijangka akan mendapatkan sokongan Android versi terbaru nanti.
Samsung Galaxy S7 dan Samsung Galaxy S7 Edge dijangka akan mula dijual di Malaysia seawal 18 Mac 2016 ini manakala untuk pra-tempahan bermula pada 7 Mac sehingga 11 Mac melalui laman rasmi mereka.-the vocket
12:16

Wangian Tahan Lebih Lama. Long Lasting Perfume | Cuba Petua Ini!

Salam Tengahari. Hari Rabu yang indah dengan titisan hujan yang turun membasahi dedaun hijau mari kita kongsikan satu tips untuk para wanita di luar sana. Bosan wangian anda cepat pudar baunya bila menjelang tengah hari?

Jangan gusar, sebenarnya ada petua yang anda boleh amalkan agar wangian bertahan lebih lama daripada biasa.

Sebelum itu, pastikan jangan sesekali meletakkan minyak wangi di tempat yang panas seperti tepi tingkap atau di bawah lampu. Simpanlah di dalam almari ataupun dalam suhu bilik, sudah memadai.






Selepas itu, barulah aplikasikan petua ini. Sapukan jeli petroleum pada titik nadi seperti pergelangan tangan, leher, pelipat siku dan sebagainya.


Kemudian, barulah disembutkan wangian anda. Meskipun kelihatan agar janggal, namun ia membantu mengekalkan wangian itu lebih lama kerana keadaan kulit yang lembap. 




Lembapan ini membantu 'mengunci' pewangi yang anda gunakan. Namun, jangan gunakan losyen kerana wangian losyen akan bercampur dengan wangian anda itu. Mudah bukan. Selamat mencuba! 

February 22, 2016

15:38

Resepi Bread Butter Pudding. Jangan Bazir Roti Paun Yang Hampir Expired!

Bila ternampak roti paun a.k.a bread yang hampir expired, mulalah terbayang-bayang nak buat something. Memandangkan bahan-bahan asas tak banyak kat rumah, me hanya gunakan apa yang ada saja.

Bahan-bahan:

1. telur 2 bijik
2.roti 6-8 keping ( i guna brand gardenia, lembut gittew)
3.butter - 4 sudu (cairkan)
4.kismis -ikut suka
5.susu cair - 2 tin (boleh guna susu full cream)
6.esen vanila
7.tepung custard
8.gula (1/2 cawan) - ikut le nak manis mana.
Cara-cara:

1.sapu butter kat mangkuk/loyang pembakar/bekas pembakar
2. pecahkan telur dalam mangkuk, kacau(pukul) then masukkan susu cair, gula, butter cair tadi, esen vanila (kacau sebati)
3. susun roti yang dicarik-carik dalam bekas pembakar. Kemudian tuangkan bahan campuran yang semangkuk tadi. Biarkan tenggelam, tekan2 sket pakai garfu. Taburkan kismis diatasnya.
4. Bakar pudding selama 30-40 minit dalam suhu 160 darjah. (bergantung pada oven).
**me terus buh gula sebab malas nak buat gravy custard. Tapi kalo nak buat boleh juga. Cara-caranya
Masukkan susu, gula, kacau dengan api kecil. Jangan mendidih ya. Then agak-agak gula dah sebati (tahap kemanisan ikut citarasa korang ye) , bancuh tepung custard 1 sudu setengah dgn sedikit air dan masukkan sikit-sikit dalam susu tadi. kacau-kacau. Hingga sebati, agak likat.
15:08

GAMBAR ANAK KEMBAR EINA AZMAN, KARL KAREEF & ARIANNA AUBREY

Pelakon Eina Azman telah pun memberikan nama kepada bayi kembarnya yang selamat dilahirkan pada Jumaat lalu.
Karl Kareef  Arianna Aubrey Nama Kembar Eina Azman
Nama bayi kembar sepasang itu didedahkan melalui foto yang dimuat naik oleh aktres Rebecca Nur Al Islam di akaun Instagramnya ketika melawat isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden itu.

Menerusi foto tersebut, jelas kelihatan nama kembar itu pada tag yang ditampal di baby coat masing-masing.

Eina telah memilih nama yang cukup cantik iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey.

Selain Rebecca, seorang lagi saudara terdekat Eina turut memuat naik foto kembar comel itu beserta nama mereka.

“Just became an uncle, baby twins! Welcome to the #family!”
 tulisnya.

Tahniah diucapkan kepada Eina Azman dan suami.







14:54

Resepi Biskut Cerelac Mudah Dan Sedap

Dah hampir dua tahun berturut-turut tiap kali menjelang musim raya me akan buat biskut cerelac ni untuk hidangan keluarga dan tetamu yang datang. Mudah, cepat dan sedap!
RESEPI BISKUT CERELAC

Bahan-bahan

1 kg tepung gandum
1 bungkus tepung kanji (starch/tepung ubi kayu) = 400g
1 cwn setengah gula halus
1 buku butter = 250g
500gm minyak masak sapi
Susu Nespray
Cerelac- perisa madu

Untuk salut luar biskut:  1 cawan Nestum Beras Cerelac (tin warna biru) + 1/2 cawan susu nespray (gaulkan)

Cara-cara:

- Campurkan minyak sapi dan butter dan gula halus dan pukul hingga kembang.
- Ayak tepung gandum dan tepung kanji
- Masukkan tepung yg telah diayak dan gaulkan ke dalam minyak sapi dan butter tadi, gaul hingga lembut.
- Canai dan terap dgn acuan yg dikendendaki (biasa kat Sabah guna acuan bentuk bunga tuh)
- Bakar dalam over macam biskut biasa
- Bila dah masak, gaulkan biskut dengan Nestum cerelac beras + susu nespray itu tadi.  SIAPPP!!!

P/s:  - Bila adunan terlalu keras tambahkan minyak sapi, kalau terlalu lembut tambahkan tepung.
        - Kalau nak sedap guna pure ghee ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us