Breaking

August 1, 2015

09:27

AYAM GORENG BEREMPAH - Resepi Mudah dan Lengkap

Bulan puasa yang lalu tekak ni teringin nak makan yang sedap aje. Antara menu yang menjadi pilihan di bazaar adalah Ayam Goreng Berempah.

Ayam Goreng berempah kalau makan dengan nasi putih panas-panas perghh memang tak pandang kiri kanan dah. Kena lagi gorengan rempah yang crispy dan garing memang terbaik lah.

Jum admin kongsikan resepi Ayam goreng berempah.


Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 1/2 ekor ayam-potong ikut suka, dibersihkan dan toskan..
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 sudu besar serbuk kari daging*
  • 1/2 sudu besar serbuk cili*
  • 5 batang serai-dihiris kasar*
  • 1 sudu besar biji ketumbar *
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 /2 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar lada hitam*(kisar halus bahan beranda*)
  • Garam secukup rasa dan sedikit gula
  • 2 tangkai daun kari Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara

  1. 1.Gaulkan ayam dengan bahan2 kisar,
  2. 2.Garam dan gula..Perap selama 1-2 jam.
  3. 3.Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga separuh masak, Taburkan daun kari dan goreng hingga ayam betul2 masak.
  4. 4.Angkat ayam dan tapis serdak...sedia untuk dihidangkan...
09:15

Sandwich Telur Menu Sarapan Ringkas Dan Mengenyangkan - Resepi Bajet

Salam pagi sabtu. Malam semalam rajin pula buka peti ais dan tengok apa yang ada. Ada la telur dan mayonis, terus rasa nak makan Sandwich telur atau egg sandwich. Nak sediakan mudah saja, tengok bahan-bahan apa yang sedia ada di rumah.

Bahan-Bahan
Telur rebus - 3 biji
Mayonis (prefer lady's choice)
Garam dan Black pappers
Roti
Hirisan tomato (kebetulan ada dalam fridge)

Cara Menyediakan:
Telur yang telah dibersihkan kulitnya, dilenyek di dalam bekas @ mangkuk yang sesuai.
Setelah sudah agak halus, campurkan 2 sudu mayonis @ secukup yang anda suka

Tambah secubit garam dan lada hitam secukup rasa. Kemudian gaul rata. Ambik 2 keping roti dan letak inti tersebut, boleh la tambah tomato slices or apa-apa vegie yang ada di rumah. Dan hasilnya...

08:24

Harga Terkini Minyak Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Turun 10 Sen Bagi Ogos

Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter.
“Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Ogos ini,” kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.
Makluman ini sekali gus menafikan penyebaran tidak bertanggungjawap di media sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter.
Dakwaan itu menggunakan “Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan” sebagai sumber maklumat tersebut. – BERNAMA
08:21

GAMBAR Kad Kahwin Kali Ketiga Abby Abadi Dan Jai


SELEBRITI Abby Abadi akhirnya membuat pengumuman bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan pilihan hati yang dikenali sebagai Jai Ezzany pada 14 Ogos ini.
Abby memberitahu perkhabaran gembira itu menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

Abby mengalami dua kegagalan dalam perkahwinan sebelum ini bersama aktor Norman Hakim dan Noor Farhan Che Bakar.
Hasil perkahwinan dengan Norman Hakim, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Tahniah buat Abby dan Jai! Semoga mahligai yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin. – MYNEWSHUB.CC
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us