Miera Liyana Bersyukur Putus Hubungan Dengan Shah Jazle. Nampaknya Miera Liyana tidak menyimpan sebarang dendam dengan bekas kekasihnya yang kini suidah memiliki pengganti iaitu Redzwani Puteri.
Masa bercinta dengan dia (Shahrizal Jaszle) saya rasakan dia adalah segala-galanya sehingga saya lupa tentang perkara lain namun kekecohan dalam perhubungan kami akhirnya memberi saya hikmah yang cukup besar. Saya mengakui sebagai seorang yang masih muda, saya tidak sepatutnya meletakkan soal hati dan perasaan cinta sebagai keutamaan kerana masih banyak perkara yang boleh saya lakukan selain terlalu memikirkan soal berkenaan.
Yang paling penting, Miera Liyana tidak ada menyimpan perasaan dendam terhadap Shah Jaszle. Kata Miera kepada wartawan Mstar Online:-
Saya harus berterima kasih kepada dia kerana berjaya buat saya sedar bahawa cinta bukan segala-galanya dan saya kini gembira dengan kehidupan sekarang. Saya tiada apa-apa perasaan dendam atau marah kepada Shahrizal kerana hubungan kami telah pun menjadi sejarah dan apa juga keputusan yang dia buat adalah untuk masa depannya. Saya doakan yang terbaik buat dia.
No comments:
Post a Comment