Breaking

January 27, 2012

January 20, 2012

January 18, 2012

14:36

(Gambar) Kaer Bertunang Dengan Gadis Brunei

Kaer Bertunang Dengan Gadis Brunei?

ouh..gosip betiup saup2 kedengaran katanya Kaer Bertunang Dengan Gadis Brunei...betul ke???



menurut sumber (murai.com) bintang Akademi Fantasia 2 (AF2) itu sudahpun bertunang dengan seorang gadis yang berasal dari Brunei. Khabarnya, gadis berkenaan juga bukanlah datang dari kalangan orang yang biasa kerana diberi tahu gadis tersebut adalah golongan berada di Brunei.

Majlis pertunangan itu juga dikhabarkan diadakan secara senyap-senyap dan hanya dihadiri oleh jemputan terpilih saja dan berlangsung tiga bulan lepas.


14:31

Azwan Ali Ditahan kes Ugut Bunuh Ummi Hafilda

Azwan Ali Ditahan Berikutan Kes Ugut Bunuh

Azwan Ali, 46, kini ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap adiknya sendiri, Ummi Hafilda Ali.

Azwan yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya melalui laman sosial, Twitter. Penahanan Azwan dibuat setelah Ummi Hafilda membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).

"Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.

January 9, 2012

19:18

Anwar Ibrahim Bebas Kes Liwat, Jadi PM tak lama lagi?


Liwat II: Mahkamah Tetapkan Anwar Tidak Bersalah
Mahkamah Tinggi di sini membuat keputusan tidak bersalah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan di sini pagi ini.
Hakim mahkamah, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan barisan pembelaan, mahkamah tidak dapat menjamin seratus peratus intergriti bekas DNA yang digunakan di dalam kes.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us