Breaking

February 13, 2011

11:07

oh! Hari Valentine

esok, 14 Februari iaitu Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih. tipolah kalo ade couple yang tak nak celebrate hari ni lebih2 lagi yang pompuan. time ni lah nak minta hadiah bunge, bear2 comel bile dapat adiah tu rasa lebih disayangi katanya. 


biasanye benda yang tak disuruh tu kite suke buat kan. tahu tak kenapa hukum bagi umat Islam menyambut perayaan ini adalah haram. jum baca sejarahnye dulu



SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Ø Pendapat pertama 
Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua 
mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat ketiga. 
Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. 
Menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.



@: kepada uoll yang takde masalah nak celebrate boleh usya2 gift sempena Valenine's day kat SINI

February 12, 2011

19:32

Ally Iskandar Dah Bertunang, Tahniah!

takde ujan takde ribut tup tup Ally Iskandar dah pun bertunang semalam. dan gadis pilihanya mestilah gadis melayu yang juge Naib Juara Gadis Melayu musim pertama, Nur Aisyah Zainal.



kredit foto: Rotikaya


@: tahniah ye...nanti kawen leh wat liputan live kat tv3
13:08

Siti Saerah Dah Beranak? Bayi Pramatang kut~

wah dah mula nak bergosip pulek eeheh..sumber dari GUA mgatakan Siti Saerah dah selamat melahirkan anak walaupon baru saja empat bulan mendirikan rumahtangga dengan pasangannya, Saiful Anuar.

gambar pernikahan siti saerah

komen kakak Siti saerah; Saida dan Siti nurhaliza


“Mana dengar cerita ni? Pada mulut Ida, dia sudah pun bernikah dan yang penting dia dah selamat jadi isteri orang. Ida malas nak komen benda-benda macam ini. Ida cuma doakan, dia bahagia dengan suami hingga ke akhir hayat.” jelas Saida.
"Kini Saerah sudah memiliki kehidupannya sendiri. Kita biarkan dia dengan kehidupannya. Kita harus mendoakan yang terbaik buat Saerah dan suaminya." kata Siti

@: tak baek sangke buruk taw, dah name pun gosip ntah betul ntah idak

February 11, 2011

17:05

Hosni Mubarak Akhirnya Letak Jawatan

Salam semua, pasti ramai yang tahu pasal pergolakan di Mesir. actually me tak follow sangat berita ni, mula2 tu ingatkan huru-hara disebabkan banduan terlepas...tapi bila dah tiap malam kuar kat tv barula tahu rupanya dorang ni nak gulingkan Presiden Hosni Mubarak.

dan semalam beliau dah mengumumkan....


Presiden Hosni Mubarak pada Khamis mengumumkan akan menyerahkan kuasanya kepada Naib Presiden, Omar Suleiman dan mengarahkan pindaan perlembagaan. Namun perubahan kuasa itu masih mengekalkan gelarannya sebagai Presiden-mStar

@: nak juga gelaran presiden, bagi can la kat owg lain

February 6, 2011

February 4, 2011

15:51

....

kembali dari alam ghaib...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us