Breaking

December 30, 2012

13:30

RUMPAI LAUT KERING SABAH (PURE COLLAGEN)...TEMPAH SEKARANG!!!!!!!!



RUMPAI LAUT KERING SABAH.(PURE COLLAGEN SEMULA JADI) TERKENAL UNTUK KECANTIKKAN KULIT DAN UBAT DIET SEMULA JADI! 100% SEMULA JADI! TANPA BAHAN KIMIA..... * PERNAH DISIARKAN DALAM RANCANGAN NONA AT TV3 20 MEI 2012. DIKENALI SEBAGAI “SARANG BURUNG LAUT” OLEH MASYARAKAT CINA. 

HARGA TERMURAH DI PASARAN MALAYSIA!!!!

GRED AA (PUTIH)

RM 24 : PAKET MINI (200G)
(Termasuk Poslaju)


RM50: PAKET MAXI (500G)
(Termasuk Poslaju)


GRED AAA (VIOLET)

RM 29 : PAKET MINI (200G)
(Termasuk postage)


RM59: PAKET MAXI (500G)
(Termasuk postage)

FLAT RATE SEMENANJUNG, SABAH & SARAWAK

UNTUNG HARGA BORONG SILA EMAIL ambooyats@yahoo.com
ATAU blogshop RUMPAI LAUT KERING SABAH

~ COLLAGEN dengan 10 kali ganda lebih hebat khasiatnya dari sarang burung layang-layang yang berharga ratusan ringgit utk 1 hidangan...
~ KALSIUM - 37 lebih tinggi dari hati ikan
~ PH - bernilai 7,6.

  • Mencerah, menegang, melembab dan menghaluskan struktur kulit.
  • Me cerahkan pigment, parut dan kegelapan kulit.
  • Mencegah dan mengurangkan kedutan(awet muda).
  • Menganjalkan kulit, punggung & payudara.
  • Mencegah dari keguguran rambut, kuku rapuh & rambut putus.
  • Mmenguatkan dan menjadikan rambut, kuku lebih bersinar.
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak/kering/jerawat & pelbagai masalah kulit. . Meningkatkan sistem imunisasi badan dan melaraskan berat badan.
  • Membantu badan(perlu minum banyak air masak), antibakteria dan memudahkan pembuangan air besar(sembelit).
  • Mengawal tekanan darah dan hypotension.
  • Menormalkan fungsi kelenjar tiroid dan menghapuskan neftritis, arritis, basal.
  • Baik jg utk mereka yg mengidap sakit tulang belakang & sengal2 badan kerana ia mampu mengisi rawan antara sendi,menguatkan tulang sendi & legimen.
  • Melembutkan tapak tangan dan merawat tumit kaki yg merekah.
  • Mengangkat kembali kulit yg kendur dan mengeleber.
  • Kulit kelihatan kemerahan, tegang & glowing.
  • Menghilangkan black circle dan eyebag.
  • Mengetat, menguat & menganjalkan vigina

Penyediaan sebagai minuman:
1. Basuh rumpai laut, ramas-ramas seperti basuh beras 5 - 6 kali.
2. Basuh rumpai laut yg telah di rendam semalaman.
3. Buang air rendaman tadi & basuh sekali lagi 5 - 6 kali ; toskan.
4. Campur dengan 2 liter air kosong ke dlm periuk utk direbus.
5. Masak dengan api yg perlahan dlm 30 - 45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampur dengan gula batu/merah @ ginseng.
** Diminum 2-3 kali sehari(pagi sebelum gosok gigi, malam sebelum tidur).

Cara membuat masker muka:
1. Selepas rumpai laut di rebus, tapiskan dahulu... sisa tapisan itulah digunakan utk buat masker... tunggu hingga sejuk...

2.cuci muka dahulu.

3. sapukan pada muka & leher(rasa sejuk & lembab)
4. Tunggu hingga masker kering @ dalam 1/2 jam.
5. Basuh dgn air suam hingga bersih.
6. Lapkan muka... Anda akan rasa kulit lembab,licin, gebu, cerah & tegang walaupun hanya dengan pemakaian masker yg pertama kali.

** ~~ PERHATIAN: IBU COLLAGENT YG TELAH DI MASAK HENDAKLAH DI SIMPAN DALAM PETI AIS UTK MENGAJA KESEGARANNYA...


TESTIMONI COLLAGEN










08:36

Mila AF Bercuti Di Johor & Singapura (7 Gambar)


Mila Jirin, juara Akademi Fantasia musim ke-5 telah bercuti bersama keluarga di Johor Bahru & Singapura. Dia telah memuat naik beberapa keping gambar di beberapa lokasi percutian seperti Lotus Desaru Beach Resort melalui laman Instagram-nye. Gambar penuh percutian Mila...layannnnn

08:26

10 Gambar Mesra Misha Omar Dan Tunangnya, Firos

Misha Omar telah bertunang dengan seorang juruterbang bernama Firos Ezzwan Rossly pada 22 Februari 2012. Mengikut perancangan selepas membuat press conference, mereka akan bernikah pada sekitar tahun ini. Tahun 2012 sudah sampai ke penghujung, adakah mereka menunda majlis perkahwinan mereka?
misha-omar01

Lagi gambar kemesraan Misha dan Firos selepas ini.

misha-omar02
misha-omar03
misha-omar04
misha-omar05
misha-omar06
misha-omar07
misha-omar08
misha-omar09
misha-omar10
08:14

Neelofa- Suka Atau Benci Itu Hak Mereka


Boleh dikatakan tahun 2012 adalah tahun penuh kontroversi buat si cantik manis Neelofa.Kontroversinya bersama Anzalnagosip percintaannya dengan Hans Isaac dan macam-macam lagi cerita tentang dirinya telah timbul sepanjang tahun ini.
lofa
Namun Neelofa menganggap semua kontroversi itu tidak begitu memberi kesan daripada segi kariernya. Bagi Neelofa, peminat mempunyai hak untuk membenci, menyukai atau memuja dirinya. Kata Neelofa kepada Kosmo:-
Kini apabila ada terbaca tentang diri sendiri dalam akhbar dan sebagainya, memang geram pada mulanya. Namun setelah itu saya fikir jika mereka suka saya, memuja saya ataupun membenci saya, ia adalah hak mereka. Ini kerana jika Allah sudah tetapkan rezeki saya, ia tetap ada dan sama sahaja. Melainkan saya sendiri yang buat perangai, itu memang seperti mencari nahas sendiri. Namun, mungkin dari segi karier tidak begitu memberi kesan. Bagaimanapun dari segi persepsi orang terhadap saya, memang mereka akan punya tanggapan serong terhadap diri
lofa
Yang menariknya, kontroversi yang melanda Neelofa membuatkan dirinya mahu bekerja lebih keras untuk keluar daripada kepompong isu tersebut. Kiranya kontroversi menjadi pembakar semangat buat Neelofa untuk lebih menonjolkan bakatnya. Namun Neelofa menerangkan kebanyakan kontroversi yang melanda dirinya adalah berpunca daripada orang ketiga.
Memang tidak dinafikan sejak awal terlibat dalam industri seni hiburan tanah air, kontroversi tentang saya kelihatan seperti tidak putus-putus. Ada sahaja cerita yang akan keluar tentang diri saya dan kebanyakannya cerita daripada pihak ketiga. Bagaimanapun, kontroversi yang selalu melanda diri saya ini bukannya daripada diri sendiri, namun ia tentang ramai orang yang bercerita tentang itu dan ini. Saya perlu katakan, perkara ini bukan diminta tetapi ia hadir secara tidak disangka.
lofa

December 29, 2012

20:31

Kontrak 45,000 Kakitangan Kerajaan Disambung 6 Bulan Lagi – Cuepacs

Kontrak 45,000 Kakitangan Disambung 6 Bulan Lagi – Cuepacs | Cuepacs menerusi Presidennya, Datuk Omar Osman, mengumumkan kontrak 45,000 kakitangan awam yang berstatus perkhidmatan kontrak akan disambung enam bulan lagi. Jelasnya, kontrak kakitangan berkenaan akan diperbaharui mulai 1 Januari 2013 sehingga hujung bulan Jun 2013 nanti.
cuepacs

“Kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kebenaran ini, kesemua mereka akan mendapat surat penyambungan tidak lama lagi,” katanya sebagaimana laporan Sinar Harian.

Beliau mendapat keputusan itu dalam minggu ini dan pengumuman itu akan memberi harapan baru kepada 45,000 kakitangan kerajaan yang bimbang dengan masa depan mereka ekoran kontrak bakal ditamatkan pada hujung tahun ini.
20:24

Tarikh Gaji 2013- Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2013

Tarikh Gaji 2013- Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam, Gaji Kakitangan Awam 2013 | Berikut merupakan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam bagi tahun 2013. Bagi mereka yang mahu merancang program tahun hadapan, jadual pembayaran gaji penjawat awam 2013 ini sudah tentu akan banyak membantu anda dari segi perancangan kewangan.

jadi korang tak perlu nak speku ngan member kerja bila nak masuk gaji, lihat saja jadual tarikh gaji 2013 dibawah

20:06

Adik Elfira Loy Bertudung Kerana Mimpi Kiamat


GAMBAR Adik Elfira Loy Bertudung Kerana Mimpi Kiamat. Tindakan adik kepada pelakon, Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy, 16, pada sidang media drama terbaru Debunga Lalang, mencuri tumpuan kerana ramai kerana dia hadir dengan gaya bertudung.
Ezlisa Loy
Anak ketiga daripada empat adik beradik ini memberitahu sebenarnya niat mahu berhijab sudah timbul sejak tahun lalu lagi.
Namun hasrat itu hanya dilaksana sejak awal bulan ini selepas mengalami satu mimpi yang cukup mengerunkan dirinya.
“Baru-baru ni saya mimpi tentang hari Kiamat. Dalam mimpi tu, saya dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada batu bulat-bulat jatuh dari langit.
“Saya sangat takut. Saya terus cari mama. Tapi mama tak ada. Ahli keluarga yang lain juga tidak ada. Saya takut sangat.
“”Kemudian saya tersedar. Saya terus lari ke arah mama dan menangis. Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi hari Kiamat,” katanya yang dipetik melalu Malaysiadigest, di sini, hari ini.
Sebenarnya, sebelum ini sudah beberapa kali dia mimpi perkara yang sama, tetapi kali terakhir mimpi itu, dia tidak dapat mencari ibunya. Itu yang membuatkan dirinya berasa takut sangat.
Tambahnya, beberapa bulan sebelum itu, seorang rakannya yang menuntut di sekolah agama sering bercerita kepadanya tentang kisah-kisah nabi.
Sejak peristiwa itu ia bagai satu hidayah buatnya lalu dia nekad mahu serius berhijab.
Sungguhpun begitu, kata Ezlisa dalam pada perlahan-lahan mengubah penampilan dia memastikan kewajipan utama sebagai muslimah dilaksanakan dengan baik terlebih dalu misalnya memastikan solat lima waktu sempurna.
Dalam perkembangan lain, Ezlisa bakal muncul dalam Debunga Lalang menerusi Slot Akasia TV3, mulai 2 Januari 2013, jam 4 petang.
Selesai penggambaran tersebut dia akan memperlahankan karier lakonan buat seketika kerana mahu menumpukan pada pelajaran dan peperiksaan SPM.-mynewshub
19:40

Inilah Wajah Isteri PSY Oppa Gangnam Style (2 gambar)

Inilah Wajah Isteri PSY Oppa Gangnam Style (2 gambar).Tahukah anda Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang (34) sudah berkahwin? Berliau bernikah dengan Yoo Hye-yeon pada tahun 2006 dan mempunyai dua orang anak kembar perempuan. Tahukah anda Psy mendapat royalti sebanyak USD 8 Juta hasil dari berbillion video Gangnam beliau di Youtube. Paling lol ialang Psy datang dari keluarga super kaya dan sebenarnya tak memerlukan langsung kareer sebagai seorang pemuzik. Lucky guy! 

Laporan asal BlogWiki
17:14

Penyanyi Sara Suami yang Dimaksudkan Ialah Noraniza Idris

Penyanyi Sara Suami yang Dimaksudkan Ialah Noraniza Idris.  tiga tahun menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal, penyanyi Noraniza Idris akhirnya telah mendirikan rumah tangga dengan seorang bilal yang berasal dari Singapura, Jeffri Hudi, 53, pada 29 September 2011.


Lebih setahun menjalani kehidupan bahagia tanpa sebarang kontroversi, tiba-tiba ada khabar angin yang mendakwa peranan mencari rezeki telah digalas oleh Noraniza kerana suaminya didakwa tidak bekerja.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan yang ditemui sewaktu majlis pelancaran pertandingan tarian Akar Kita Zapin 2012 di Panggung Bandaraya DBKL, Kuala Lumpur kelihatan tenang apabila diajukan pertanyaan mengenai cerita tersebut.

"Sepanjang berumah tangga dengan bekas suami dahulu sudah bermacam-macam cerita yang ditimbulkan mengenai perkahwinan saya. Jadi, saya tidak terkejut sekiranya masih ada yang memperkatakan tentang kehidupan rumah tangga saya.

"Mungkin cerita sebegini timbul apabila orang melihat saya yang lebih banyak menonjol, tetapi hakikatnya saya tidaklah menyara keluarga seperti yang diperkatakan sesetengah pihak," ujar penyanyi berusia 44 tahun itu.
Menurut Noraniza, buat masa ini suaminya menjalani perniagaan sendiri iaitu menjadi pembekal barang-barang runcit, selain menjadi bilal bebas di sebuah masjid di Seri Kembangan, Selangor.

Ujarnya, memandangkan suaminya merupakan seorang warganegara Singapura, mereka juga kini sedang berusaha membuat permohonan agar Jeffri mendapat kerakyatan Malaysia supaya lebih mudah menjalankan segala urusan di sini.
"Sudah tentu orang tidak melihat apa yang suami saya telah lakukan kerana cerita mengenai kegiatannya tidak dikongsikan memandangkan dia bukanlah seorang artis seperti saya. "Lagipun, saya tidak kisah apa yang orang hendak kata mengenai rumah tangga kami. Lebih penting saya rasa lebih gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang," jelasnya.

NORANIZA  mengakui tidak terkejut mendengar pelbagai cerita negatif tentang suaminya ini.
Pada masa yang sama, Noraniza meluahkan rasa syukurnya kerana usaha yang dilakukan untuk terus memperjuangkan etnik kreatif turut mendapat sokongan suami.

Ujarnya, biarpun suaminya itu merupakan seorang bilal, tetapi dia beruntung kerana mendapat restu suami dalam melakukan pekerjaan sekarang dan menganggap ia merupakan perkara yang paling penting sekiranya mahu berjaya. 
"Walaupun suami merestui apa yang saya lakukan sekarang ini, dia juga ada meminta supaya saya kurangkan kegiatan seni. Namun begitu, saya meminta kepadanya supaya memberi sedikit lagi masa untuk mengejar impian saya," ujarnya.


16:47

Resepi Durian Crepe Sedap Dan Mudah

Resepi Durian Crepe Sedap. Sebut saja durian crepe pasti ramai dah terbayang crepe gebu yang dipenuhi dengan whipping cream dan isi durian. Durian Crepe yang disejukkan menambah lagi keenakan rasanya. Bukan susah nak buat Durian Crepe, jum sama-sama try resepi ni

Bahan-bahan Durian Crepe ( 30 bantal )

  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
  • Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara buat durian crepe

  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us