Breaking

December 24, 2010

13:20

AutoPing Entri di BlogLarian FB

sekarang BlogLarian dah ada facebook! siap boleh AutoPing entry lagi...so kalo nak BlogLarian autoping post terkini blog korang, korang cume perlu...



  1. Pastikan blog anda sudah tersenarai di BlogLarian..DAH
  2. 'Like' BlogLarian FB...DAH
  3. Buat satu en3 bertajuk ' AutoPing Entri di BlogLarian FB' dan letakkan banner di atas dalam en3 anda..DAH
  4. Letak no rumah anda dalam BlogLarian...RUMAH NO 120
  5. Kongsikan keburukan atau kebaikan BlogLarian yang telah anda rasai 
kebaikan: 
-senang nak blogwalkin mudah ag cepat
-boleh bukak banyak2 blog dalam satu page, jimat tabs uhuh

keburukan
-page loading sangaaat lambat :( tapi yang skang better than sebelum ni la



  1. Komen di en3 ini berdasarkan format berikut.
    1. no. rumah
    2. nama Blog 
    3. link en3 anda
  2. Penyertaan di buka hingga  24/12/10
kalau korang nak tahu lagi silelah ke Furdunesia@nline
12:16

Maher Zain Kembali Ke Malaysia 26 Disember Ini!

Pasti ramai peminat Maher Zain yang tak sabar nak menyaksikan persembahannya secara live. me pun suke dengar lagu die, memang sedap dan mengasyikan. Maher Zain akan menghiburkan para peminatnya selama 3 malam berturut-turut di The Summit Hotel, Subang Jaya pada 26, 27, 28 Disember 2010. kepada korang yang tak nak terlepas konsert Maher Zain kali ni tak perlu risau, ada tiga malam tuuuu..

konsert maher zain 26 disember

@: tiket paling mahal me penah beli tiket teater kat istana budaya, maybe lpas ni tiket konsert Maher Zain kut..uhuh
11:57

Mawi Dan Ekin Ambil Anak Angkat?

Usia perkahwinan Asmawi Ani atau Mawi dan isterinya, Nora'asikin Rahmat atau Ekin dah masuk dua tahun pada 20 Dec lepas. tapi nampaknya pasangan ni belum lagi dikurniakan cahaya mata, mungkin belum rezeki mereka. usia pun muda lagi, tak perlu nak risaulah.


menurut Ekin;

"Siapa yang tidak impikan peluang untuk bergelar ibu dan bapa. Begitu juga dengan saya dan Mawi.
"Oleh itu, kami meletakkan tempoh masa enam tahun untuk dapat anak, kalau masih tak berhasil juga mungkin ambil anak angkat dulu,".


@: walopon amek anak angkat tapi tak same cam anak sendiri kan? 

December 20, 2010

20:21

(Gambar) Eksklusif Majlis Resepsi Marion Rose Caunter & SM Nasaruddin Di Mandarin Oriental


Majlis Resepsi pengacara E! News Asia, Marion Rose Caunter dan jutawan SM Nasaruddin SM Nasimuddin berlangsung pada, 17 Disember di Mandarin Oriental.  Majlis yang berkonsepkan fusion itu turut dihadiri mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan isteri.


Majlis resepsi 17 Disember yang berkonsepkan "fusion"

Pengiring pengantin antaranya kakak Marion, Stephanie.

Meja utama majlis resepsi 17 Disember

Upacara memotong kek setinggi 5 tingkat oleh pasangan pengantin

Ucapan oleh pasangan pengantin

Persembahan oleh Ning Baizura dan Sean Ghazi

Antara tetamu jemputan, Andy Estranged


Penyanyi Sean Ghazi khabarnya diterbangkan khas oleh pengantin dari Amerika Syarikat semata-mata untuk majlis tersebut. Majlis berkonsepkan fusion dengan tatarias dilakukan perunding majlis perkahwinan terkenal, Razak dilihat cukup klasik dan sangat mewah bersesuaian dengan taraf pengantin lelaki yang merupakan antara salah seorang pewaris syarikat automobil terkenal di Malaysia.

Biru dan putih merupakan konsep majlis resepsi 18 Disember

SM Nasaruddin mengenakan baju Melayu bersongket putih dan Marion gaun berpotongan kebaya putih

sumber: gua.com

18:32

Produk Kecantikan Terbaru Safi Balqis Perfect 10

Salam semua, tengah belek2 akhbar Kosmo! tadi, me terbaca iklan pasal produk terbaru keluaran Safi iaitu Safi Balqis Perfect 10. pompuan memang pantang sikit gan produk kecantikan ni, selagi kulit muke tak secerah dan seputih bedak sejuk, selagi tu nak try macam2 produk muka. memang dah jadi mind set owang kite yang kata putih tu cantek. tapi kalo omputeh nak pulak kulit gelap sampai sanggup berjemur tengari.

Safi Balqis Perfect 10 diformulasi dengan Nano Biowhite. me saja buat entry pasal ni kut2 ade yang dah penah try boleh share testimoni kat sini. kut2 lah berkesan me nak gak cube heeee....



10 manfaat produk Safi Balqis Perfect 10 yang boleh didapati sekitar harga RM6.50 hingga RM25.90 :



  • 1. Memudarkan pigmentasi
  • 2. Menyamaratakan tona kulit
  • 3. Melindungi dari sinar UV
  • 4. Mencerahkan kulit
  • 5. Melindungi dari radikal bebas
  • 6. Meningkatkan keelastikan kulit
  • 7. Menghidratkan kulit
  • 8. Mengekalkan lembapan
  • 9. Menghaluskan kulit
  • 10. Melembutkan kulit
10 rangkaian produk SAFI BALQIS PERFECT 10:

1) Pembersih Muka SAFI BALQIS Perfect 10
(50 g – RM6.50 / 100 g – RM10.90)
Kulit yang kusam serta tona yang tidak sekata membuat wajah kelihatan tidak bermaya. Pembersih Muka SAFI BALQIS Perfect 10 mencerah sambil membersih dengan lembut tanpa menghakis lembapan semula jadi kulit.



2) Pembersih Muka Kawalan Minyak SAFI BALQIS Perfect 10
(50 g – RM6.50 / 100 g – RM10.90)
Kulit berminyak mudah dijangkiti bakteria dan kotoran. Pembersih Wajah Kawalan Minyak SAFI BALQIS Perfect 10 membantu mencegah bakteria punca wajah mudah berjerawat serta mencerah dan menyamaratakan tona kulit.



3) Skrub Aprikot SAFI BALQIS Perfect 10 (100 g – RM11.40)
Sel kulit mati dan kotoran akan menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kini Skrub Aprikot SAFI BALQIS Perfect 10 membantu menanggalkan sel kulit mati dan kotoran di samping mencerahkan kulit.



4) Penyegar SAFI BALQIS Perfect 10 (100 ml – RM8.20)
Gunakan penyegar sebagai persediaan untuk kulit wajah menerima rawatan seterusnya. Penyegar SAFI BALQIS Perfect 10 tanpa alkohol dan tidak melekit mencerah sambil mengetatkan pori pada wajah.


5) Serum SAFI BALQIS Perfect 10 (20 ml – RM25.90)
Penggunaan serum penting kerana molekulnya mampu meresap lebih jauh ke dalam sel kulit dengan pantas. Serum SAFI BALQIS Perfect 10 bertindak lebih efektif untuk mencerahkan kulit. Belailah kulit anda dengan penjagaan yang intensif.



6) Krim Pelembap Siang SPF 15 SAFI BALQIS Perfect 10 (45 g – RM18.50)
Setiap hari kulit kita terdedah kepada sinaran UV yang menjadi punca kulit gelap. Kini Krim Pelembap Siang SPF 15 SAFI BALQIS Perfect 10 mengandungi perlindungan UV ekstra, bertindak melindungi kulit dengan lebih efektif.



7) Krim Pelembap Malam SAFI BALQIS Perfect 10 (45 g – RM18.50)
Waktu malam kulit kita paling reseptif untuk memperbaiki kerosakan yang dialami pada waktu siang. Kini Krim Pelembap Malam SAFI BALQIS Perfect 10 membantu proses pencerahan sel-sel kulit dengan lebih intensif.



8)Krim Kontur Mata SAFI BALQIS Perfect 10 (15 g – RM12.90)
Struktur kulit di sekitar mata amat halus dan sensitif serta mudah terjejas akibat sinar UV. Kini Krim Kontur Mata SAFI BALQIS Perfect 10 mengurangkan lingkaran gelap dengan formula ringan dan cepat meresap tanpa menyebabkan pembentukan bintik minyak di bawah mata.



9) Krim Kecantikan SAFI BALQIS Perfect 10 (16 g – RM7.90)
Tona kulit yang tidak sekata menjejaskan penampilan. Krim Kecantikan SAFI BALQIS Perfect 10 mencerah sambil bertindak sebagai asas solekan di samping menutup noda dan cela dengan sempurna.


@: sape nak beli? uhuh me tak jual pon promote aje :D

18:04

Filem Aku Masih Dara Pancing Penonton Dengan Dialog Lucah! | Sinopsis & Trailer Aku Masih Dara

Filem Aku Masih Dara adalah satu lagi filem melayu yang cuba memancing penonton dengan aksi panas dan dialog-dialog lucah bagi menyedapkan cerita. Antara dialog yang ditonjolkan pengarah Ahmad Idham seperti "Aku sangap lubang", "group sex" dan "pakai tudung untuk cover love bite".



Komen pengarah Ahmad Idham;
"Saya sudah biasa dengan kritikan dan filem Aku Masih Dara dibuat untuk golongan remaja. Saya harus selami jiwa remaja jika mahu menarik perhatian mereka untuk menonton. Kita tak boleh menidakkan hakikat apa yang dipaparkan, itulah sebenarnya yang berlaku dalam realiti.

Trailer Aku Masih Dara 


Sinopsis Aku Masih Dara

Aku Masih Dara mengisahkan tiga sahabat baik, Aleesya (Yana Samsudin), Sofea (Raja Farah) dan Hani (Diana Amir) membesar dengan latar keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas boleh mengaji dan tahu sembahyang.

Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segala-galanya.

Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’.

Hani mendapat bekalan dadah daripada teman lelakinya, Zachery, yang merupakan ketua pengedar dadah di kawasan flat tempat tinggalnya. Perbezaan pandangan mereka tidak menghalang persahabatan mereka bertiga sehingga kemunculan Firdaus, sepupu Aleesya yang warak. Firdaus pentingkan hukum Tuhan dan beliau sedar, sebagai seorang Islam yang berpendidikan, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik saudara Islam yang terlencong.

Firdaus yang berasal dari kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus keusahawanan, dan menumpang di rumah bapa saudaranya yang juga bapa kepada Aleesya. Menyedari Aleesya hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduk Aleesya, menyebabkan Aleesya amat membenci Firdaus kerana terlalu ‘menjaga tepi kainnya’.

Namun, kehadiran Firdaus mulai mengubah diri Sofea yang mencari ketenangan. Sofea yang sudah puas hidup tanpa agama, menemui ketenangan apabila berkawan dengan Firdaus. Menerusi Firdaus, Sofea belajar tentang Islam dan mulai menyintai agama yang selama ini, sekadar status di kad pengenalannya. Kemesraan antara Firdaus dan Sofea, menyebabkan Sofea mula renggang dari Aleesya dan Hani.

Sofea yang mahu Aleesya berubah mulai dimusuhi Aleesya yang menyangka Sofea berlakon untuk meniduri Firdaus. Apabila Sofea mengikut Firdaus ke kampung, bagi mendalami Islam tanpa gangguan, Aleesya semakin liar dan mula hilang pertimbangan sehingga sanggup mengikut Hani ke dalam dunia ‘pil khayal dan parti seks bebas’. Semasa mengikuti sebuah parti seks yang dianjurkan oleh Zachery, Aleesya ‘hilang dara’, menyebabkan beliau tersedar dari kebodohannya.

Hani yang sudah lama ‘hilang dara’ cuba tenangkan Aleesya dan memberitahunya, pada zaman sekarang, dara tidak penting. Menyedari beliau bukan dara lagi, Aleesya yang hilang maruah, mengambil keputusan untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau meminta bantuan Firdaus untuk mendidiknya juga menyelamatkan maruahnya dengan cara menikahinya. Aleesya ditemani Hani, pergi ke kampung Firdaus.

Permintaan Aleesya menyebabkan Firdaus berada dalam dilemma, kerana Firdaus yang sudah tertarik pada Sofea, berjanji mahu mengahwini Sofea. Sofea pula memberitahu Firdaus bahawa walaupun dia hidup tanpa agama, dia masih dara kerana dia berpegang pada pegangan bahawa, ‘mahkotanya’ hanya untuk seorang lelaki yang boleh mendidiknya menjadi isteri yang baik





@: berjayakah Ahmad Idham memancing penonton dengan dialog lucahnya? tunggu dan lihat...

December 19, 2010

13:33

eh pelik!

Nafsu pelik suami yang lebih berselera melihat isteri disakiti dan beraksi ganas untuk mendapat rangsangan seks hampir menyebabkan penceraian. 

pix_middle

apa pendapat korang tentang seks ganas ni? ada yang kata sebab gemar menonton filem lucah ganas dan mungkin juge keturunan atau saka. bagi me pula dari individu tu sendiri yang tak leh nak control nafsu, agaknye lah.

sebat pasangan gune cemeti? pe kejadahnye

Wanita...
“Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi”


@: untuk berita penuh di Metro


09:36

Hanis Zalikha Atasi Siti Nurhaliza

Dalam Metro ahad ari ni, blogger dan model Hanis Zalikha dikatakan tersenarai pada kedudukan keenam carian Google di Malaysia hingga mengatasi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. me dah penah baca benda ni kat satu blog, mungkin wartawan pun bace blog nak dapatkan informasi eh?

HANIS... lebih popular kerana blog.

Hanis Zalikha, 20 adelah penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor. Hanis ni budak tajaan JPA taw. Die turut terbabit dalam bidang peragaan dan pernah juga memegang watak sampingan dalam filem, Momok The Movie.

katanya Hanis yang mempunyai 14,929 pengikut di blognya,
“Berbanding diri saya, memanglah tidak popular seperti penyanyi pujaan ramai itu tetapi terkejut dengan apa yang berlaku kerana sejak nama saya disenaraikan antara yang dicari dalam Google didapati blog saya kini dilayari lebih 16,000 pengunjung sehari berbanding sebelum ini hanyalah antara 7,000 hingga 8,000 orang sehari,”

10 individu paling dicari dalam Google Malaysia
  • 1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
  • 2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
  • 3. Luna Maya (artis Indonesia)
  • 4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
  • 5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
  • 6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
  • 7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
  • 8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
  • 9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
  • 10. Paul Tan (blogger)
06:25

Pasangan Razif Juara Mari Menari Musim Pertama


Malam kemuncak Mari Menari menyaksikan pasangan Razif menepati ramalan apabila dinobat sebagai juara musim pertama program itu yang berlangsung di Studio 1, Astro, di sini, Sabtu.
Sementara pasangan Ariz yang mendapat 48 peratus menyusul di tempat kedua. 
Dua pasangan yang kurang bernasib baik iaitu Zul (19 peratus) dan Fahmi (14 peratus) masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.

Selaku juara, pasangan Razif membawa pulang sebuah kondominium mewah The Haven di Ipoh, Perak yang bernilai RM350,000 dan percutian ke Bali tajaan Hard Rock Bali.

Kemuncak Mari Menari diserikan dengan persembahan pembukaan oleh empat penasihat iaitu Erra Fazira, Lisdawati, Zulhuzaimy dan Ferhad.
Turut memeriahkan acara, penyanyi Indonesia Ahmad Dhani dan bintang AF8 Adira masing-masing tampil dengan lagu Sedang Ingin Bercinta dan Ilusi.
@: menari je leh dapat kondo, tahniah dah rezeki pasangan Razif
01:57

Lady Gaga Menyanyi Di Pentas Tanpa Coli Dan Seluar Dalam

Lady Gaga yang  terkenal dengan imej dan fesyen pelik tampil tanpa memakai coli ketika membuat persembahan di 02 Arena, London. Penyanyi ni muncul di pentas dengan pakaian yang transparent dan tidak memakai coli.

Tanpa memakai seluar dalam, Lady Gaga hanya menutup bahagian alat sulitnya dengan dua lapis pita pelekat saja.
Sebelum ni, fesyen baju daging yang digayakannya pada acara Anugerah MTV telah dinobatkan sebagai fesyen paling menonjol untuk tahun 2010 oleh Time Magazine

@: pelik sungguh fesyen Lady Gaga ni, tapi ade juga artis m'sia yang nak tiru ek
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us