Breaking

Showing posts with label hadiah juara mari menari. Show all posts
Showing posts with label hadiah juara mari menari. Show all posts

July 18, 2011

20:16

Pasangan Sarah Juara Mari Menari 2, Menang RM150 000


Tahniah kepada pasangan Sarah Juara Mari Menari musim kedua. Sarah Diana Michele Durai, 32, dan adiknya Shazrul Hudson Ashley Durai, 18, yang berasal dari Sabah ni mendapat 56 peratus undian penonton menewaskan pasangan Nita yang hanya di tempat kedua.
Selaku juara, pasangan Sarah membawa pulang hadiah wang tunai RM150 ribu, pakej percutian empat hari tiga malam di Hard Rock Bali, pakej penerbangan tajaan Mustwin Sdn Bhd dan trofi.

December 19, 2010

06:25

Pasangan Razif Juara Mari Menari Musim Pertama


Malam kemuncak Mari Menari menyaksikan pasangan Razif menepati ramalan apabila dinobat sebagai juara musim pertama program itu yang berlangsung di Studio 1, Astro, di sini, Sabtu.
Sementara pasangan Ariz yang mendapat 48 peratus menyusul di tempat kedua. 
Dua pasangan yang kurang bernasib baik iaitu Zul (19 peratus) dan Fahmi (14 peratus) masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.

Selaku juara, pasangan Razif membawa pulang sebuah kondominium mewah The Haven di Ipoh, Perak yang bernilai RM350,000 dan percutian ke Bali tajaan Hard Rock Bali.

Kemuncak Mari Menari diserikan dengan persembahan pembukaan oleh empat penasihat iaitu Erra Fazira, Lisdawati, Zulhuzaimy dan Ferhad.
Turut memeriahkan acara, penyanyi Indonesia Ahmad Dhani dan bintang AF8 Adira masing-masing tampil dengan lagu Sedang Ingin Bercinta dan Ilusi.
@: menari je leh dapat kondo, tahniah dah rezeki pasangan Razif
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us