Breaking

Showing posts with label rozita che wan kahwin datuk. Show all posts
Showing posts with label rozita che wan kahwin datuk. Show all posts

September 24, 2012

11:07

Anak Datuk K Bengang Rozita Che Wan Kahwini Bapanya

Anak Datuk K Bengang Rozita Che Wan Kahwini Bapanya. Berikutan gosip perkahwinan Rozita Che Wan dan Datuk K menyebabkan anak Datuk K menyoal siasat Rozita Che Wan sendiri.Salah seorang anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K telah bertemu pelakon Rozita Che Wan secara peribadi untuk mengetahui adakah benar wanita itu mahu mengahwini bapanya.
Rozita, 38, berkata, dia terkejut apabila seorang lelaki datang menemuinya di sebuah majlis baru-baru ini bertanyakan kebenaran gosip berkenaan.
"Saya tidak mengenali Datuk K secara peribadi dan begitu juga anak beliau. Dia tiba-tiba menyapa saya di sebuah majlis tertutup dan bertanya mengenai perkara berkenaan," katanya kepada 
Rozita sebelum ini pernah dikaitkan dengan Datuk K dan mereka kononnya dikatakan telah berkahwin secara senyap.
Dalam pada itu, Rozita memohon semua media dan penulis blog di negara ini menghentikan spekulasi melibatkan dirinya dengan Datuk K kerana tidak mahu melukai hati penyanyi Siti Nurhaliza.

"Saya tidak mahu menyakiti hati Siti dengan cerita-cerita yang tidak benar sebegini tambahan pula saya memang tidak berminat dengan lelaki yang sudah berkahwin. Saya cuma akan berkawan dengan lelaki bujang atau pun duda yang tidak mempunyai anak kerana saya tidak mahu anak-anaknya menghadapi masalah dengan saya.
"Saya tertarik kepada lelaki yang baik, tidak ego dan dapat menjaga rumah tangga dengan sempurna walaupun dia tidak sekaya mana," katanya.
Tambah Rozita, paling penting lelaki yang ingin mendampinginya mestilah boleh menerima dua anak lelakinya yang telah meningkat usia remaja.
"Anak-anak tidak meletakkan kriteria calon suami saya kerana paling penting lelaki itu dapat mengembirakan saya dan menyayangi mereka seperti anak sendiri," ujarnya.

September 14, 2012

14:52

Rozita Che Wan Batal Kahwini Bob, Berkeras Mahu Lelaki Teruna


Rozita Che Wan Batal Kahwini Bob, Berkeras Mahu Lelaki Teruna. Amboyy demand sungguh makcik kita sorang ni, tak cukup dengan lelaki kaya, mahukan yang kacak dan muda lagi. Gosip perkahwinan Rozita Che Wan dan Bob, ahli perniagaan ternyata hanya sekadar gosip. Rozita menegaskan dia hanya mahukan lelaki bujang aje untuk dijadikan suami.
Demand sungguh RCW ni, umur makin bertambah lagi-lagi kalau perempuan makin berumur saham pun makin jatuh. Tak usahlah memilih sangat ye. Tapi kalau dah jodoh Che ta dengan lelaki bujang teruna baguslah.
che ta
Namun hari ini RCW tampil di Kosmo memberitahu yang dirinya masih belum mempunyai calon suami. Gosipnya dengan lelaki bernama Bob adalah palsu semata-mata. Ini bermakna peluang untuk anda yang mengidamkan RCW masih terbuka luas. Namun anda perlu ada kriteria di bawah seperti yang dimahukan oleh Rozita Che Wan:-
Macam mana hendak kahwin jika calon pun belum ada. Hendak cari lelaki berduit memang senang, tetapi hendak cari lelaki yang baik, susah. Saya mahukan lelaki yang fleksibel dan tidak suka lelaki yang keras kepala. Saya juga tidak suka dengan lelaki yang sudah berkahwin.

September 2, 2012

18:53

Rozita Che Wan Kahwin Ahli Perniagaan November Ini


Rozita Che Wan Kahwin Ahli Perniagaan November Ini. Gosip mula bertebaran mengatakan Rozita Che Wan Kahwin Ahli Perniagaan. Ini bukan pertama kali gossip timbul berkaitan Rozita Che Wan yang dikatakan akan berkahwin. 
Terbaru, Harian Metro hari ini melaporkan yang pelakon sensasi ini dikatakan sudah bersetuju untuk menamatkan zaman solonya pada November 2012 ini.
Jejaka bertuah yang berjaya menawan hati Rozita Che Wan ini dikhabarkan bernama Bob, seorang ahli perniagaan yang menetap & mempunyai empayar sendiri di Johor.
Mereka dikhabarkan sudah lama berkenalan dan Bob sendiri sudah lama melamar Rozita Che Wan namun kini baru aktress ini bersetuju untuk terus berkahwin.
Kalau benarlah seperti yang dikhabarkan, nampaknya tercapai impian Rozita Che Wan untuk mengahwini seorang jejaka yang berharta. Sebelum ni Rozita menetapkan syarat mahukan lelaki muda kacak dan berharta. Adakah Bob memenuhi kriteria lelaki idamannya tu? Kita tungu dan lihat.

March 30, 2012

23:29

Rozita Che Wan Pilih Lelaki Sederhana, Bukan Datuk K



PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan berkata dia rela berkahwin dengan mana-mana lelaki yang tidak berharta asalkan individu berkenaan menghargai dan menyayanginya sepenuh hati.
Rozita,39, berkata, harta serta kesenangan hidup boleh dicari bersama-sama tetapi kasih sayang yang sejati dan kekal itu sukar untuk ditemui.
“Saya tidak kisah kalau lelaki yang saya temui itu lelaki biasa yang tak ada harta kerana harta kita sama-sama boleh cari. Saya mahu lelaki itu menghargai saya dan boleh bagi sokongan kepada saya. Itu yang penting kalau nak kahwin,” katanya 
Rozita diminta mengulas mengenai laporan Harian Metro pada Jumaat yang melaporkan fitnah terbaru kononnya pelakon itu hendak berkahwin Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga isteri penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
Dalam laporan itu Rozita menepis tuduhan tersebut selain menganggap ia bukan sesuatu yang remeh tetapi sangat mengaibkan.
Rozita berkata, jika dia bertemu dengan lelaki yang mempunyai banyak harta dan kaya raya tetapi tidak menghargai dirinya, hubungan itu tidak mempunyai apa-apa erti.
Katanya, dalam sesebuah kehidupan, sokongan moral daripada seorang suami untuk isterinya adalah perkara yang lebih penting daripada menilai melalui harta.
“Kepada saya, kasih sayang itu sebenarnya akan membuatkan kita bersemangat untuk berjaya. Ia amat penting. Lelaki yang kaya boleh pikat kita dengan duit dan cinta itu tidak ada apa-apa makna bagi mereka. Saya tak mahu lelaki seperti itu dan juga yang panas baran,” katanya.
Bercerita mengenai dakwaan dia diminati VIP, Rozita memberitahu, golongan itu sebenarnya lebih cenderung mencari wanita-wanita muda berbanding dirinya, seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak.

March 27, 2012

07:50

Rozita Mahu Kahwin Datuk Punca Anak Lari Rumah



Pelakon Rozita Che Wan hanya ketawa apabila timbul tuduhan anaknya, Aniq Ezra Azuar Effendy,14, lari dari rumah kerana merajuk selepas dia dikatakan membuat keputusan untuk menjadi isteri kepada seorang bergelar Datuk.
Rozita,39, berkata, dia menganggap gosip terbaru itu sebagai sesuatu perkara lucu yang sering dilaluinya sejak menjadi seorang selebriti.
“Haa... haa... kalau betul saya nak kahwin Datuk, mestilah anak saya suka. Datuk mestilah kaya,” jawab Rozita 
Pada 17 Mac lalu Rozita membuat laporan polis selepas anak keduanya itu didapati hilang dari rumah dan ditemui beberapa jam kemudian di rumah rakannya di Subang Jaya dekat sini tidak jauh dari rumah mereka.
Semasa memberi keterangan kepada pihak polis, Aniq Ezra dikatakan merajuk kerana berkecil hati dengan sikap Rozita yang dilihat terlalu melebih-lebihkan abangya iaitu Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.
Rozita menambah dia tidak ambil pusing dengan gosip itu kerana tuduhan tersebut dianggapnya sebagai sesuatu perkara yang remeh.
Kata Rozita sebelum ini dia pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan individu dan VIP tertentu tetapi perkara tersebut ternyata tidak benar.
Malah dia juga turut menghadapi tuduhan kerana dikatakan meletakkan bayaran tinggi untuk sesebuah tawaran berlakon selain isu persaraannya dalam dunia seni yang ditarik balik.
“Saya sudah melalui macam-macam kontroversi tetapi itu semua tidak menjejaskan kedudukan saya pun. Sama juga dengan isu terbaru ini (kahwin Datuk),” katanya.
Dalam pada itu ditanya mengenai sebuah ruang pojok dalam akhbar mingguan Ahad lalu memuji kelangsingannya Rozita berkata, dia menjaga kesihatan untuk memastikan tubuh badan menjadi sihat.
Selain menikmati nasi hanya dua kali sehari, Rozita juga aktif bersuka dan sering bermain futsal serta badminton setiap kali mempunyai kelapangan.
“Saya elak mengambil minuman bergas kerana takut perut kembung. Saya pun kuat juga bersukan. Kalau balik rumah pukul 12 malam, saya pergi main futsal dulu sampai pukul 2 pagi. Lepas tu baru tidur,” jelasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us