Breaking

Showing posts with label nurul syuhada bertudung. Show all posts
Showing posts with label nurul syuhada bertudung. Show all posts

September 7, 2012

07:58

Nurul Syuhada Letak Jawatan TV3 Kerana Bertudung


Nurul Syuhada Letak Jawatan TV3 Kerana Bertudung. Setelah menarik perhaian peminatnya dengan imej bertudung, Nurul Syuhadah kini mengejutkan peminatnya dengan keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai pengacara TV3. 
Personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menjelaskan peletakan jawatannya sebagai wartawan penyiaran di stesen televisyen itu bukan kerana imejnya yang sudah berhijab.
Nurul Syuhada, 28, sebaliknya berkata, keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi tumpuan kepada perkara lain serta berhasrat menyambung pelajarannya pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam.
“Peletakan jawatan saya tiada kena mengena dengan perubahan saya sekarang sebaliknya pihak pengurusan TV3 juga menyambut baik penghijrahan itu.
"Lagipun sepanjang enam tahun bersama TV3, mereka sentiasa menyokong saya,” katanya 
Peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa Jumaat (hari ini).
Dalam pada itu, Nurul yang juara Malaysian Top Host memberitahu dia juga akan melepaskan tugasnya sebagai pengacara Majalah Tiga dan hanya akan berkhidmat secara sambilan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI).
Nurul memberitahu dia sedih dengan keputusan itu tetapi mempunyai perancangan lain selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga termasuklah memikirkan hasrat menimang cahaya mata
"Sedih memanglah kerana terpaksa tinggalkan kerjaya yang amat saya cintai. Tetapi saya anggap ini sebagai satu perubahan dalam hidup untuk menjadi seorang yang lebih baik," katanya.
Pada 2 September lalu, Nurul dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dikritik kerana ulasannya dengan menyebut bandar Bintulu, Sarawak yang akan menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan sebagai bandar daif sebelum ini.
Ulasan itu dibuat ketika beliau mengadakan lintas langsung sempena perarakan Hari Kemerdekaan ke 55 pada 31 Ogos lalu.
Dalam permohonan maaf itu Nurul tidak bermaksud menghina bandar tersebut sebaliknya ia telah disalah tafsir oleh orang ramai.
Nurul yang telah berkahwin dengan Raja Amir Syah Raja Azwa, 30, pada 16 Julai 2011, memulakan tugasnya di TV3 sebagai pengacara Nona.

August 9, 2012

16:02

3 GAMBAR Nurul Syuhada Nurul Ain Bertudung Di MHI

Tampil Bertudung Untuk MHI, Giliran Nurul Syuhada Kini Berhijrah?


Alhamdulillah semkain ramai artis wanita yang bertudung di bulan mulia Ramadhan ini. Terbaru Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) Nurul Syuhada Nurul Ain tampil bertudung dalam program MHI pagi tadi. Ternyata kemunculan Nurul Syuhada dengan imej bertudung mengejutkan ramai peminatnya di Twitter
Nurul Syuhada di’lihat manis bertudung ketika muncul dalam program MHI pagi ini dan rata rata mereka di Twitter menerima penghijrahan pengacara ini dengan baik.
Rakan sekerja Nurul Syuhada di TV3, Jay Amalina menerusi akaun Twitter beliau menulis “Oh, the MHI host Nurul Syuhada sekarang berimej baru. She looks prettier. Alhamdulillah.”
Beberapa respons peminat di Twitter yang menyambut baik penghijrahan Nurul Syuhada ini boleh anda baca selepas ini & tahniah Nurul Syuhada di’atas imej baru ini.
GAMBAR Nurul Syuhada Nurul Ain Bertudung Di MHI.Layan....
#04 Tampil Bertudung Di MHI, Nurul Syuhada Nurul Ain Telah Berhijrah?
#05 Tampil Bertudung Di MHI, Nurul Syuhada Nurul Ain Telah Berhijrah?

Antara komen peminat Nurul Syuhada di Twitter
#03 Tampil Bertudung Di MHI, Nurul Syuhada Nurul Ain Telah Berhijrah?
#02 Tampil Bertudung Di MHI, Nurul Syuhada Nurul Ain Telah Berhijrah?
#01 Tampil Bertudung Di MHI, Nurul Syuhada Nurul Ain Telah Berhijrah?

Kredit:Rotikaya.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us