Breaking

Showing posts with label neelofa seksi. Show all posts
Showing posts with label neelofa seksi. Show all posts

August 14, 2012

19:26

NEELOFA BERI KENYATAAN BALAS ISU LUPA DIRI!


Neelofa
NEELOFA BERI KENYATAAN BALAS ISU LUPA DIRI!. Yusof Haslam sebelum ini meneluarkan kenyataan bahawa Neelofa lupa diri apabila enggan hadir ke majlis promosi filem S.A.M. Berikut adalah kenyataan balas dari Neelofa.
Pelakon Neelofa menganggap teguran penerbit filem Datuk Yusof Haslam terhadapnya seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad lalu bukanlah satu isu besar sebaliknya ia adalah nasihat daripada bapa kepada seorang anak.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran yang diterima daripada orang yang berpengalaman seperti Yusof, lebih-lebih lagi hubungan mereka akrab seperti sebuah keluarga.
"Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat.
"Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle.
"Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga," katanya.
Datuk Yusof Haslam
Ahad lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan teguran Yusof terhadap sikap Neelofa yang dikatakan enggan memberi kerjasama mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production selain tidak hadir ke pelancaran filem itu.
Dalam artikel tersebut, Neelofa turut dikatakan tidak mengendahkan tawaran watak utama dalam sebuah filem baru terbitan produksi tersebut.
Dalam pada itu, tambah Neelofa, ketiadaannya ketika majlis pelancaran filem S.A.M pada 16 Julai lalu itu bukan sengaja dibuat-buat sebaliknya ketika itu dia berada di tanah suci Mekah menjalani penggambaran drama Kau Yang Terindah.
Sementara itu, Yusof berkata, dia tiada niat mahu memburukkan pelakon itu yang sudah pun dianggap seperti anak sendiri.
Sebaliknya kenyataan tersebut dibuat ketika beliau “berborak kosong” dengan wartawan akhbar berkenaan.
"Sebenarnya ia sekadar perbualan biasa antara saya dengan wartawan dan saya tak mahu perkara seperti itu diperbesarkan.
"Mengenai teguran tersebut, ia juga bukan niat saya untuk menjatuhkan atau memalukan Neelofa. Saya lihat dia mempunyai potensi besar untuk bergelar bintang. Apabila dilihat ada beberapa perkara yang tidak kena, saya tegurlah.
"Diharap, teguran itu diterima dengan positif. Sebagai orang muda, bukan sahaja Neelofa, sebaliknya semua artis perlu bersikap positif untuk menerima teguran dengan hati terbuka jika hendak berjaya,” katanya.

July 30, 2012

21:32

SERIUS MENONJOL! Dada Neelofa Kena Censored

Menurut Forum Cari, pelakon dan pengacara Neelofa yang muncul dalam rancangan GALAKSI telah di censored pada bahagian dadanya. Ini mungkin disebabkan pakaian Neelofa yang terlalu menjolok mata pada bahagian dadanya. Sesuai dengan bulan puasa, rancangan Galaksi yang menginterview Neelofa telah mencensored bahagian yang terdedah.

GAMBAR dibawah adalah pakaian yang dipakai oleh Neelofa semasa rancangan Galaksi berkenaan.




DAPATKAN KULIT SIHAT CANTIK SEPERTI NEELOFA

October 5, 2011

17:22

Kasut Berjenama "Neelofa" Harga RM150- RM300

Nampakny Neelofa dah mula mengembangkan bisnes kasutnya dengan penjenamaan semula kepada "Neelofa".



“Saya ceburi bidang ini kerana amat meminati kasut tinggi. Minat itu semakin membuak-buak apabila saya diwajibkan memakai kasut tinggi sepanjang pertandingan Dewi Remaja berlangsung,” ujar Neelofa, juara Dewi Remaja 2010.
“Namun, minat terhadap kasut tinggi agak terbatas kerana produk sebegini sangat sukar didapati dengan harga yang berpatutan. Kebiasaannya, kasut tinggi yang berkualiti bernilai antara RM300-RM500. Untuk menjimatkan kos, saya mula melayari laman web bagi mendapatkan kasut tinggi yang diinginkan. Daripada situ’lah, saya mendapat ilham untuk membuka bisnes kasut tinggi yang berkualiti pada harga yang amat berpatutan. Anggaran harga sepasang kasut berjenama “Neelofa” sekitar RM150-RM300,” kata Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor.
Neelofa turut menyatakan impiannya makin tercapai apabila dia dijanjikan geran permulaan bernilai RM200 ribu melalui program APEC Young Entrepreneurs’ Summit yang dilancarkan kelmarin.
“Anggaran kos bernilai RM500 000 diperlukan untuk memulakan perniagaan kasut ini bermula daripada proses rekaan, pengilangan sehinggalah kepada pemasaran. Namun, geran bernilai RM200 000 secara keseluruhannya akan saya gunakan untuk bajet promosi dan penjenamaan semula. Insyallah, geran ini dapat membantu meringankan beban saya untuk memajukan perniagaan,” ujar Neelofa yang baru berusia 22 tahun ini.

sumber; ohbulan!

July 10, 2011

21:03

Kisah Neelofa: Cantik, Seksi, Bijak, Popular, full package yaww!!

fuh! bila baca artikel harian Metro arini kemain lagi wartawan tu 'kipas' Neelofa. yang paling takleh blah antara artikel yang ditulis "hidupnya umpama alam fantasi, si puteri dilimpahi kemewahan dan kasih sayang tidak bertepi.' hiperbola sungguh bahasa yang digunakan, mungkin itu lah yang dikatakan bahasa sastera yang penuh nilai seni. tapi nak bersastera kena tengok tempat juga.

Foto

kalo korang berminat nak baca kisah Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor yang cantik, bijak, popular dan diulit kehidupan serba indah sila klik untuk teruskan membaca

July 7, 2011

April 16, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us