Breaking

Showing posts with label nasi hujan panas. Show all posts
Showing posts with label nasi hujan panas. Show all posts

August 5, 2012

07:00

Resepi Nasi Hujan Panas, ceria berwarna-warni

Resipi Berbuka GUA - Nasi Hujan Panas
Sesuai dihidangkan buat tetamu di Hari Raya, Nasi Hujan Panas ini pasti membuka selera sesiapa yang memandangnya. Nasi berwarna-warni dan aroma yang enak pasti membuat korang teringin menjamahnya. Jadi apa lagi, mari cuba sendiri Nasi Hujan Panas yang ceria berwarna-warni nie...:)

Ramuan:


2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 sudu besar serbuk pati ayam / 2 kiub
1 inci halia
3 cawan beras
2 cawan air
1cawan susu cair
2 helai daun pandan
3 pewarna (merah, kuning, hijau)
Beberapa biji kismis
Garam secukup rasa

Cara-cara:1. Basuh beras dan toskan 
2. Hiris mayang bawang merah, bawang putih dan halia
3. Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk



4. Tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau



5. Masukkan beras dan gaul rata
6. Masukkan pati ayam, air dan juga susu cair. Tabur garam secukup



7. Apabila mendidih, masukkan daun pandan, gaul rata selama seminit



8. Tutup api dan alihkan periuk nasi ke dalam ‘rice cooker’ dan biarkan masak
9. Apabila hampir masak, buatkan 3 lubang kecil pada nasi dan tuangkan beberapa titis pewarna pada setiap lubang



10. Setelah nasi betul-betul masak, gaulkan rata nasi



11. Hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang dan juga daun sup yang di cincang

Siap! Memang harum baunya. Lebih enak  sekiranya menggunakan beras basmathi. Amat sesuai disajikan ketika nasi masih panas. Selamat mencuba! 

March 16, 2012

09:42

Pemimpin parti pembangkang kebas nasi hujan panas


 
GEORGETWOWN: “Saya dan isteri terpaksa menanggung malu kepada rombongan pengantin perempuan yang tiba dari Terengganu, penduduk kampung serta jemputan,” kata Md Saad Hasan, 68, mengulas tindakan seorang lelaki yang dikatakan pemimpin parti pembangkang, melarikan satu periuk nasi majlis kenduri kahwin dua anak lelakinya di Kampung Pulau Betong, di sini, 4 Mac lalu.
Menurutnya, hingga kini penduduk kampung masih bercakap mengenai kegagalannya menyediakan sajian istimewa iaitu nasi hujan panas yang sepatutnya dihidangkan untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang tiba dengan sebuah bas.

Md Saad berkata, dia kesal dan kecewa dengan tindakan pemimpin parti pembangkang Kampung Terang yang sanggup melarikan periuk nasi ketika majlis kenduri itu tanpa berjumpa dengannya terlebih dulu.
“Saya difahamkan, mereka mengambil nasi terbabit untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk satu program anjuran kerajaan negeri di kampung ini.

“Mereka melarikan periuk berisi nasi itu menggunakan sebuah lori yang siap menunggu,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Warga emas itu berkata, ketika itu dia bersama isteri dan ahli keluarga lain sibuk melayan tetamu apabila dimaklumkan tukang masak bahawa satu periuk nasi dilarikan lelaki berkenaan.
“Keadaan menjadi kelam kabut dan saya serta isteri bergegas ke dapur. Keadaan menjadi kecoh kerana tiada nasi boleh diganti untuk dihidangkan kepada tetamu.

“Ketika itu juga rombongan keluarga pengantin perempuan terdiri daripada 50 orang tiba dengan sebuah bas dan saya kecewa apabila mereka terpaksa pulang dalam keadaan lapar,” katanya.
“Sikap pemimpin parti itu menunjukkan dia hanya mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain menyebabkan majlis kenduri yang dirancang dengan baik menjadi kelam kabut,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian bertemu dengan pemimpin berkenaan untuk meminta kepastian berhubung tindakannya melarikan periuk nasi itu.

“Ketika bertemu dengannya, dia meminta maaf dan mengakui kesalahannya kerana mendakwa nasi yang dimasak di lokasi mereka melakukan program ketika itu mentah, biarpun sudah dua kali masak.

“Dia mendakwa terpaksa mengambil nasi di rumah saya untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan lancar,” katanya.

Md Saad yang tidak berpuas hati dan rasa dirinya dimalukan pemimpin berkenaan membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau, kelmarin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us