Breaking

Showing posts with label mtv world stage. Show all posts
Showing posts with label mtv world stage. Show all posts

July 15, 2012

08:16

MTV World Stage 2012, Justin Bieber Mesra Peminat




PETALING JAYA: Penyanyi antarabangsa Justin Bieber dilihat lebih mesra peminat dan kerap berkomunikasi ketika mengadakan persembahan pada rakaman konsert MTV World Stage Live In Malaysia 2012 di Surf Beach Sunway Lagoon, Bandar Sunway, di sini, malam Sabtu.
Bieber yang tampil berbaju hitam dan seluar merah muncul pada sekitar pukul 6.35 petang, menerusi lagu keramatnya, Baby, di hadapan 15,000 penonton.
Pada persembahan yang berlangsung hampir 45 minit, Bieber tidak henti-henti memuji para peminat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepadanya.
Selain Baby, Bieber turut membawakan lagu-lagu popularnya, Never Say Never, One Time, Around The World, As Long As You Love Me, Die In My Arm, Be Alright dan lagu baru Boyfriend.
Selain itu, penyanyi berkumpulan dari Korea, KARA, Mizz Nina dan Jay Park turut menjayakan konsert tersebut.
Persembahan KARA juga berjaya membuatkan penonton remaja teruja dengan persembahan mereka.
Antara lagu yang dibawakan ialah Step, Jumping, Lupin, Let It Go, Hunny dan Mister.
Mizz Nina juga tidak kurang hebatnya yang tampil dengan lagu-lagu daripada album terbarunya, Take Over.
Konsert MTV World Stage 2012 telah pun dijalankan dengan penuh meriah, walaupun ramai yang pulang selepas persembahan Bieber.
Konsert tersebut dihoskan oleh dua VJ yang terkenal, VJ Rich dan VJ Holly.

July 13, 2012

18:47

(4 Gambar) FOTO Justin Bieber Dan Selena Gomez Di Wangsa Walk

Gambar Justin Bieber Dan Selena Gomez Di Wangsa Walk. Kehadiran Justin Bieber dan Selena Gomez adalah sempena acara esok iaitu MTV World Stage 2012 yang akan berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 14 Julai ini.
Antara artis luar negara yang turut memeriahkan MTV World Stage 2012 ialah Kara, dan Jay Park.

Awal tengah hari ini, heboh peminat di Twitter tentang sekeping gambar yang menunjukkan Justin Bieber bersama kekasih Selena Gomez berada di sebuah kompleks membeli belah.
Pasangan ini di’lihat berjalan berpimpinan tangan di Wangsa Walk dan kehadiran Justin Bieber ini pastinya satu kejutan buat pengunjung pusat membeli belah itu.



#01 Justin Bieber & Selena Gomez - Wangsa Walk - ROTIKAYA


Selena Gomez sempat lagi shopping
#02 Justin Bieber & Selena Gomez - Wangsa Walk - ROTIKAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us