Breaking

Showing posts with label mohon pinjaman ptptn. Show all posts
Showing posts with label mohon pinjaman ptptn. Show all posts

June 30, 2012

08:24

PTPTN lupus pinjaman RM475juta tukar kepada biasiswa


TEMERLOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman pendidikan sebanyak RM475.046 juta kepada 16,959 graduan yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama sehingga 31 Mei lepas.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said (gambar) berkata, daripada jumlah itu, seramai 12,529 pelajar dikecualikan daripada membayar balik pinjaman bernilai RM359.26 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa.
Katanya, seramai 4,430 bekas pelajar tahun 2005, 2006 dan 2007 yang lulus cemerlang dengan mendapat Ijazah Sarjana Kelas Pertama turut menikmati pengecualian itu yang membabitkan peruntukan RM116.2 juta.
"Sebelum ini graduan cemerlang ini tidak mendapat pengecualian tersebut tetapi kerajaan baru-baru ini bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada membayar balik pinjaman," katanya.

June 18, 2011

15:48

PTPTN Henti Pinjaman Pelajar PNGK 2.0 Ke Bawah

Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan pinjaman pelajar yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah adalah wajar, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ini katanya bagi mengelakkan ketirisan wang pembayar cukai.
"Sesiapa sahaja yang pencapaian PNGK mereka 2.0 ke bawah baik dihentikan pinjaman itu dan pelajar yang kurang komited patut menghentikan pengajian serta memilih untuk belajar semula dalam bidang yang bukan bercorak akademik," katanya kepada pemberita, di sini, Sabtu.
Beliau berkata dengan gred serendah itu, pelajar terbabit akan sukar memperolehi pekerjaan sekali gus menimbulkan masalah dalam pembayaran balik pinjaman PTPTN.
Khaled diminta mengulas kenyataan Anggota Lembaga Pengarah PTPTN Datuk Tajul Urus Md Zin yang dilapor berkata agensi itu tidak akan berkompromi dengan pelajar yang gagal mencatat keputusan memuaskan dan akan menghentikan pinjaman mereka yang mendapat PNGK 2.0 ke bawah secara automatik. -BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us