Breaking

Showing posts with label gambar tunang diana amir. Show all posts
Showing posts with label gambar tunang diana amir. Show all posts

September 25, 2012

12:25

Punca Diana Amir Rahsiakan Pertunangan Dengan Sir Habib


Punca Diana Amir Rahsiakan Pertunangan Dengan Sir Habib. Pelakon dan pengacara Diana Amir berkata keputusan merahsiakan majlis pertunangannya baru-baru ini adalah mengikut syariat Islam yang tidak mengesyorkannya untuk ia dihebohkan melainkan jika berkahwin.
Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 26, berkata, dia berharap semua pihak menghormati keputusan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi terhadap dia dan tunangnya Mohd Habib Bullah A. Rahman iaitu seorang petugas di Jabatan Sains Pentadbiran dan Pengajian PolisiUniversiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah dan sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana..
“Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan kita menghebohkan majlis bertunang atau fasa bercinta kerana ia adalah perjanjian awal antara pasangan kekasih. Lainlah kalau majlis perkahwinan, memang ia perlu dihebahkan untuk mengelakkan fitnah.
“Sebenarnya tada jaminan lagi saya pasti akan berkahwin dengan dia (Habib). Atas sebab itu, saya hanya adakan majlis secara tertutup untuk keluarga kedua-dua belah pihak sahaja,” katanya.
Mereka yang berkenalan menerusi seorang teman Diana kurang setahun yang lalu melangsungkan pertunangan di kediaman aktres itu di sini, pada baru-baru ini.
Tunang Diana Amir, Habib Bullah
“Saya kasihan kepada dia kerana latar belakang dan profesion dalam bidang pendidikan adalah bertentangan dengan dunia hiburan yang penuh kontroversi ini. Demi menghormati keselesaan dia dan keluarga, saya tidak mahu kecoh-kecoh mengenai majlis itu atau hubungan kami. Cukuplah mana yang sudah tahu, saya tidak menafikannya tapi tidak perlu saya hendak bercerita panjang lebar mengenai perkara ini,” luahnya.
“Pada peringkat ini, kami mahu lebih mengenali antara satu sama lain. Belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat, biarlah kami kukuhkan kewangan dahulu,” jelasnya.
“Tumpuan sekarang adalah pada komitmen sebagai penceramah motivasi dan pengacara. IInsya-Allah pada awal Oktober depan, saya akan terlibat dalam penggambaran sebuah telefilem untuk Astro Oasis,” kongsinya.

September 23, 2012

07:21

3 Gambar Pertunangan Diana Amir Dan Mohd Habib Bullah


Gambar Majlis Pertunangan Diana Amir dan Mohd Habib Bullah. Diana Amir telah selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang pensyarah UITM Merbok Kedah, Mohd Habib Bullah. Majlis mereka ni juga telah disiarkan secara langsung di rancangan hiburan Galaksi TV9. 

Mohd Habib Bullah, pensyarah UiTM Merbok Kedah (sains pentadbiran & pengajian polisi)

Gambar Pertunangan Diana Amir Dan Mohd Habib Bullah
Menurut sumber, Nama tunang Diana ialah En Mohd Habib Bullah A.Rahman. Beliau merupakan seorang lecturer di UiTM Merbok Kedah di Jabatan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Beliau juga merupakan pelajar aliran Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dari UiTM Shah Alam.



September 22, 2012

14:04

Diana Amir Sudah Bertunang, Gambar Tunang Diana Amir


Diana Amir Sudah Bertunang, Gambar Tunang Diana Amir. Walaupun sedaya upaya cuba merahsiakan pertunangannya, rancangan Galaksi TV9 semalam berjaya mendapatkan pengakuan Diana Amir tentang berita gembira tersebut. Diana Amir mengesahkan yang dirinya sudah pun bergelar tunangan orang. Lelaki yang berjaya mencuri hati Diana Amir itu ialah seorang pensyarah di sebuah universiti di utara.
Gambar Tunang Diana Amir
diana amir bertunang
Menurut info daripada pelajar-pelajar UiTM Merbok menerusi Twitter, tunang Diana Amir ini dikenali dengan nama Sir Habib
Tahniah diucapkan kepada Diana Amir atas berita gembira ini. Status Diana Amir di Twitter berkenaan pertunangannya
gambar tunang diana amir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us