Breaking

Showing posts with label gambar lisa surihani. Show all posts
Showing posts with label gambar lisa surihani. Show all posts

August 16, 2012

18:55

Badan Gemuk Tanda Bahagia, Kata Lisa Surihani

Pastinya setiap di antara kita yang sudah berkahwin akan merasa sedikit perbezaan apabila menyambut Ramadhan serta Syawal terutama di usia awal perkahwinan. Begitu juga dengan pasangan selebriti romantis Lisa Surihani Mohamed dan suami tersayang, Yusry Abdul Halim.

Ini merupakan tahun pertama mereka menyambut Ramadhan serta Syawal yang bakal menjelang tiba sebagai pasangan suami isteri. Lisa berkata, dia rasa bersyukur dan terharu apabila dapat menyambut Ramadhan serta membuat persiapan Syawal sebagai seorang isteri.

Mereka yang mendirikan rumahtangga pada 23 Februari lalu rasa gembira apabila dapat menyambut Ramadhan bersama-sama.


 
“Seronok dapat berbuka bersama suami dan keluarga. Tapi, kadang-kadang tu masing-masing sibuk dan saya pun selalu di lokasi penggambaran,” kata Lisa sewaktu ditemubual .

Menurutnya, dia juga masih sibuk menjalani penggambaran drama bersiri ‘Mana Hilangnya Juwita’.

Lisa turut menyatakan yang dia lebih bersederhana dalam membuat persiapan Syawal dan tahun ini berbeza dari tahun-tahun sebelum ini.

“Selalu persiapan raya hanya saya dan adik beradik.

“Tetapi kali ini sedikit berbeza sebab saya perlu membuat persiapan raya untuk suami dan keluarga mertua saya,” jelas Lisa.

Ujarnya lagi, dia lebih memfokuskan untuk membeli pakaian serta keperluan penting bagi sambutan Syawal berbanding sesetengah orang yang memilih untuk menukar langsir rumah dan sebagainya.

Lisa turut merasakan Syawal merupakan sesuatu yang amat istimewa bagi dirinya apabila mendengar takbir di pagi raya.

Selain itu, tambah menggembirakan apabila khabarnya Lisa dan suami akan menyambut Syawal di kediaman baru mereka.

“Insyaallah, kami akan menyambut Syawal di rumah baru yang kini sudah siap hampir 90 peratus,” katanya.

Pada masa yang sama, Lisa turut menafikan beberapa pihak mengatakan yang dia sedang mengandung.

“Orang nampak badan saya naik. Itu tandanya bahagia.

“Belum ada rezeki untuk mengandung. Ini semua rezeki Allah. Kami mampu berusaha dan berdoa,” jelas Lisa.
Lisa turut berterima kasih kepada peminat-peminat yang sentiasa mendoakan supaya dia hamil.

SUMBER: MyNewsHub

July 6, 2011

13:12

Lisa Surihani suka menyibuk majlis orang

kasehan kat Lisa Surihani bile dilabel suke menyibuk kat majlis orang. dia yang dilihat muncul pada beberapa majlis hiburan yang tiada kaitan dengannya dikatakan cuba menarik perhatian media.


namun menurut Lisa surihani,

"Setiap majlis kebiasaannya saya datang kerana dijemput dan ada juga majlis terbuka yang saya datang semata-mata untuk beri sokongan kepada kawan-kawan.
"Jika ada tuduhan mengatakan saya hendak menyibuk seperti yang diperkatakan, saya seorang yang sentiasa berfikiran positif dan bagi saya itu bukan perkara yang salah," katanya

dah dunia artis, benda kecik pun boleh jadi isu..sabor aje lah Lisa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us