Breaking

Showing posts with label cheritera |ambooyats|. Show all posts
Showing posts with label cheritera |ambooyats|. Show all posts

October 5, 2012

20:25

Working VS Blogging

Salam semua, alhamdulillah follower dan readers blog ni dah pun makin bertambah berbanding masa mula-mula berblog dahulu agaknya dalam 3 tahun lepas. Admin mula membuka blog dan menulis secara suka-suka time second year di universiti. Skang dah pun tamat belajar dan bakal konvo bulan oktober ni. Syukur sangat dapat juga menamatkan pengajian, tak terasa sangat 4 tahun rasa sekejap je.

Alhamdullilah admin pun dah dapat tawaran kerja. So lepas ni kena bergelumang dengan kerja dan mungkin blog akan terabai sedikit. Tapi admin tetap akan meluangkan masa untuk blog ni. So kepada readers n followers harap korang terus support blog ambooyat.com ni ye...:)

teruskan menempah n shopping online di ambooyats blogshop ye

October 2, 2010

19:00

jangan stress wahai si ibu

cerita benar ni mengisahkan seorang ibu,


biasalah ibu semua hal keluarga dia yang fikir
semua beban keluarga dia yang tanggung
semua masalah anak2 dia yang kena selesaikan

di hujung usia makin banyak pula masalah menimpa si ibu ini
stress si ibu memikirkan
tak cukup masalah kewangan
si ayah pula berura-ura nak kawin lagi
anak bongsu perempuan kesayangan pula kerap tak pulang umah

walaupun nampak tenang di luar
jauh di sudut hatinya tiada siapa yang tahu.
akibat stress yang tak tertanggung si ibu jatuh sakit
tak mampu lagi bergerak aktif seperti dulu
ubat dan mesin dialisis diusung kesana kemari

si ibu semakin stress dengan keadaan dirinya
apa taknya selera makan tak macam dulu
nak bergerak pun perlu bantuan orang lain

suatu hari..
si ibu tiba2 rebah dari kerusi
bertambah malang buat si ibu rupanya di serang stroke
sebelah badan langsung tak berfungsi lagi
bertambah-tambah stress si ibu

kini..
si ibu hanya mampu menghabiskan sisa hidup di atas tilam
terlantar sambil ditemani sisa2 stress di kepalanya.

p/s:sebab tu lah dalam hidup ni setiap masalah perlu dikongsi untuk mengurangkan beban yang ditanggung.
kalau disimpan,sendiri juga yang merana.
STRESS=STROKE
inilah hakikat.so tamo stress2 ya
hepiiiiii :)

September 17, 2010

08:00

Tudung Siti Nurhaliza Macam Makhluk Asing

korang penah nampak tak makhluk asing pakai tudung?

tak pun tudung yang designnya cam makhluk asing?

ataupun makhluk asing tu sendiri bebentuk tudung?

aku sendiri pun tak penah nampak lagi, ntah wujud ke tak makluk asing tu

sebab pa aku citer pasal mende ni, tengo keyword kat bawah ni


maybe ni sebab entry Tudung Siti yang aku penah post before ni

so far tudung paling pelik yang aku nengok CT penah pakai cam ni ha



dah macam tudung saji pun ada

September 16, 2010

13:28

RIBUT Dan Sekolah Hamil di Jasin

Adakah itu sebagai amaran dari-Nya?


Ribut di Jasin , Melaka berlaku pada 14 Ogos 2010, dalam bulan Ramadhan yang menyebabkan 3 orang maut dan 18 orang lagi cedera. kejadian berlaku di bazaar ramadhan, Stadium Jasin.



Hari ni pula sebuah Sekolah Harapan dibina di Jasin untuk pelajar-pelajar hamil

mungkin sekarang mereka hanya melihat kesan jangka pendek pembinaan sekolah berkenaan iaitu membendung masalah pembuangan bayi

namun bagaimana dengan kesan pada masa yang akan datang?

mungkin lebih ramai anak-anak haram yang akan dibenihkan
mungkin lebih ramai anak-anak muda bergelumang maksiat
mungkin juga lebih ramai pelajar yang rosak
mungkin, dan mungkin

dan hanya kerna DIA yang maha mengetahui
ribut yang diturunkan sudah menjadi amaran awal agar kita lebih berjaga2
dan melakukan sesuatu dengan berfikir lebih panjang

August 28, 2010

21:12

Pesta Yenna Yenni

mggu depan dah stat mid term
tapi baru skang nak mula stdy

ingat malam ni boleh fokus lebih
banyak betul benda nak ingat neh

tapi ada pulak pesta yenna yenni kat sekolah tamil sebelah ni
adoiiiii........bising arrr!!


tengok dari blok ak nampak bayang je
tapi bunyi muzik bukan main lagi
exceed ceiling limit!

August 23, 2010

18:10

Apa Punya Mimpi Daa....

salam semua,

tadi kitorang nye kuliah satu je sampai tegari pastu terus balik

mase kat klas tadi cam biasa lah lecturer tu bagi lecture tapi ade selingan siket

tips memilih pasangan a.k.a suami hahak

so kalo pompuan ni nak kena cari suami 5-10 tahun lagi tua dari die

sebabnya pompuan lagi cepat matang dari lelaki dan cepat menopause

tahap optimum reproduktif pompuan pada umur 30 tahun

manakala lelaki pulak 40tahun (so tak heran lah ramai lelaki rase kembali muda pada umur ni)

untuk pasangan yang sama umur, bile dah capai usia 40tahun nanti mesti pompuan nampak lagi tua

tapi kalo yang pandai jaga kecantikan n kesihatan tu takde masalah kut,

so nak dijadikan cite balik kelas tadi aku pun terus memanjakan mata

boleh2 pulak aku mimpi dapat husbond yang.......

arghhh tidaaaaak!!

p/s: tak patot betul mimpi nih, kot ye pun bagi lah y hensem siket :D

August 22, 2010

22:48

Penemuan Terbaru!! MATA PADA OTAK

tadi aku g bilik sorang budak ni

ade hal siket nak bincang gan die

bile masuk je bilik tu mata aku pun melilau2 tengok pe y ada dalam bilik tu

yela macam korang g umah orang mesti sebok nak tahu keadaan dalam rumah tu kan

pastu aku tenampak tulisan besau2 kat board yang die tampal

aku pun baca lah

[STUDY DENGAN MATA HATI BUKAN MATA KEPALA LUTUT!]

oikk...bemotivasi sungguh budak ni

hahak..tapi rasa lawak lak cam dua2 mata tu tak leh pakai

aku nak guna mata otak leh tak???hmmmm

toink! toink!

August 21, 2010

19:38

GEMUK TAK CANTIK KE?

eee....gemuknye
eee....chubbynye
eee....sihatnye

macam2 eee... la kan
bukan takat orang lain y kata tapi kekadang empunya diri pun tak sonok bile badan dah GEMs<<(sedap siket sebut, pekataan asal gemok)
pasal tu la segala macam produk tuk kuruskan badan ade di jual
dari mesin, alat senaman, suplemen, jus kurus, teh kurus bagai

tapi betul ke gemuk ni tak cantik?
meh tengok kat bawah ni

mase CT tengah selim melim

gambar Siti Nurhaliza lagi! huhuk saje nak wat model tuk ambooyats@blog.
dan tengok pulak gambar kat bawah ni

bile badan CT dah stat GEMs

dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aiyoook...ni dah overdose hee

heee...so dah ada jawapan tak?
korang judge sendiri lah yek
y penting CT mantain comey :D

August 18, 2010

18:39

Rezeki Buffered di Bulan Ramadhan

weeee~~~~
dalam bulan pose ni mr.nuff bemurah hati bagi buffered bederet-deret
ala bukan blog ni je, blog lain pun banyak y post pasal mende ni kan...kan


bile BW blog ke blog tu memang macam2 jenis blog kite jumpa
ade y menarik, sempoi, ada style penulisan sendiri, memang sonok lah baca

tapi....

ada sestgh blogger y suke persoalkan dalam blog dorang

perlu ke nak tayang buffered blog korang segala?
nak jugak ke ko tujuk cek nuff y dah cash out tu?macam ko sorang je y ado?

hahak...jangan memain sebab aku memang penah jumpa killer question cam ni

dan bagi aku lah...semangat nak jawap ni

ye! memang perlu!
i.dah nama blog tu hak milik persendirian, biar je la nak post apa kat blog tu
ii.bukan kite je y sonok tengok buff kat blog sendiri, tapi yang baca tu pun tompang sonok. so makin semangat la diorang ni nak blogging
iii.macam tu gak gan cek y korang dapat. asalkan niat korang bukan nak menunjuk2, tapi berkongsi. sharing is caring
iv. kalo blog y personal life tu biasa die cite kisah happy, sedih dan memacamlah. so y ni juga a part of ur happy moment. tak salah pun nak berkongsi.

p/s: apelah y aku merepek pose2 ni, dah takde benda nak tulis tu y aku merepek sementara tunggu bebuka ni..heeee

August 14, 2010

20:16

Otakkkk!!

alhamdulillah, dah kenyang lepas bebuka,
tadi sempat lagi g bazaar 
nak cari makanan y boleh membuka selera
asyik2 makan kat cafe je..boring derr

tengah tawaf kat bazar tetiba teringin lak nak beli otak2
sebelum ni tak penah try pon sebab kat sabah memang jarang jumpa mahlok ni
so aku pun beli la dalam dua batang
member aku kata dalam tu isi ikan
so aku bayangkan lah ikan bakar y takde tulang
kalo kat sabah pangil pais kut..yeke?

otax-otax

mase bebuka tadi, bile tengok je isi dalamnya
adooiii...jauh panggang dari dapur gas
tapi aku try gak makan kut2 sedap..(saje nak sedapkn ati)
bile makan je...hmmmmm
bukan taste aku kut

pasni tanak beli lagi :(

August 10, 2010

17:49

Panduan Menjana Wang Untuk Blogger

Hi, salam semua

Ni baru balik dari kelas
dari pagi sampai ke petang...penaaatttt

okies..
semalam dah cite pasal kuda sesat kat times square
so ni nak sambung lagi cite masa jalan2 kat TS
bukan takat snap2 gamba kuda je tapi....
buku pon nak snap2 juga

bukan sesaja nak snap gamba buku ni
tapi memang buku ni agak menarik (for me la)
nak taw buku apa?

KEAJAIBAN BISNES INTERNET DALAM MASA 8 HARI

tu dia..muka depan

xtually buku ni bukan untuk bisnes internet semata-mata
tapi more to cemana nak bina blog yang menarik dan dapatkan duit dari blog!
memang buku ni sangat sesuai untuk bloggers sebab korang jarang jumpa tips2 y ada dalam buku ni kat mana2. sebab korang lebih prefer cari kat tenet je kan, senang lagi FREE. (ak pon slalu je wat heee)
kalau yang nak buka bisnes online rasanya memang korang patut beli la buku ni

banyak info dalam ni y bukan tuk kegunaan blog je,
tapi boleh aplikasi untuk bende lain
nak taw tak bape arge buku ni

ye! RM29.90

dan tuk pengetahuan korang aku tak beli pun buku ni..heeeee
kedai tu memang kasi kite bace, so bace je la..(selamat duit aku :D)
mane2 part y aku rase menarik tu sempat jugalah aku snap2

korang nak taw tak kandungan dalam buku ni y sempat ak snap
ke korang nak beli sendiri buku ni?

p/s: kalo ada mase aku cite lagi yee...:)

August 8, 2010

10:42

!!!......!!!

Salam pagi,

cuti hujung minggu ni tak rasa cuti pun
apa taknya banyak keje yang nak kena siapkan
kalau umah dekat memang konfem2 dah aku balik
rindu pula kat family
ni nak balik kena seberang laut dulu
adoooi...tak sanggup

sebab dah rindu sangat kat family xpecially my Mum
so nak buat entry keibuan sket...hahak
korang sayang tak mak korang
mesti sayang kan

sape yang tak sayang mak die
meh bace kat bawah ni

klik utk tumbesaran

haah! betapa BESAR pengorbanan ibu tuk anaknya
ade hati nak menci2 pulak
moral of d'story : SAYANGI IBU ANDA :)

khas untuk my Mum

mama,


dirimu tiada penggantinya,
kasihmu sukar ku cari merata
pengorbananmu tak ternilai dek harga
mama cukup membuatku bahagia


tanpamu aku tak mampu berdiri
tanpamu tak bermakna hidup ini
kerna mama amat kusayangi
tiada tukar ganti

sayang mama~~~<3

August 3, 2010

13:44

Maintain Buffered WalaupunTrafik Ciput!

hi, salam semua

hari ni aku betul2 xde mood
rasa banyak sangat masalah yang nak cover
lepas habis kelas tadi terus nak balik bilik
even petang ni ade kelas agi
dapat rehat kejap kt bilik pun oklah

ok bebalik pada tajuk entry
mesti korang dah baca kan Ambooyats@blog y kononya bernilai 7juta kat SINI
der!...walhal ranking kat Alexa je kut hahak
so nampak sangatla xde trafik kat blog ni n memang jarang sangat nak update

ni trafik terkini Ambooyats@blog untuk hari ni
cedeh :(

hahak..dah nampak kan keciputan trafik blog ni
tapi still maintain Buffered earing


tu dia,

so nak taw tak cemana Ambooyats@blog nak maintain buffered
walaupon trafik blog sangat hampeh

so kene tunggu...

kite sambung ke next entry k
dah nak g kelas da ni
nak kena siap dulu
tunggu taw
daaa.....

p/s: nantikan entry Maintain Buffered WalaupunTrafik Ciput! 2

July 30, 2010

12:10

Arwah Muncul Kerna Hajat Yang...


semalam aku bermimpi
didatangi sesorang yang amat ku kenali
yang telah lama meninggalkan kehidupan duniawi
namun wajahnya tak seceria dahulu
tak seperti ketika bertandang ke rumah keluargku

beban yang dipikul jelah kelihatan dari garis wajahnya
seperti ada sesuatu yang belum sempat dilakukannya
seperti ada hajat yang tak tertunai semasa hidupnya
aku keliru namun sedaya upaya cuba untuk membantu
tapi beliau tidak menjelaskan apakah tujuan sebenarnya
dalam ketidakpastian aku tetap melayan kerenahnya yang pasti dalam kebuntuan pertolongan

deringan telefon mengejutkan tidurku
beliau terus lenyap dari benak mimpi
tanpa meninggalkan sebarang pesanan

ya Allah baru ku tersedar semalam adalah malam Jumaat
aku lupa msedekahkan Yaasin buat saudaraku yang telah tiada seperti malam2 sebelumnya
tapi aku pasti bukan kerna itu beliau menganggu mimpi malamku
pasti ada sesuatu yang lebih berat ingin disampaikannya

buat beliau sedekahkan Al-fatihah...

July 25, 2010

20:29

entry dari Blog ɥɐdɯɐS

since cuti sem 3 bulan lepas jarang sangat kut nak update blog
dah masuk sem baru ni pun aku blur2 lagi nak tulis ape kat blog ni
nak kata tak online memang tiap hari buka blog ni
tapi idea2 tu masih kering

kadang2 terasa cam sampah lak blog ni
ngeh2 camna blog tu leh jadi sampah ek??

macam tak seswai je gamba superhero ni

Ni just from my view
1.tulisan yang takde kualiti
setiap orang ada cara penulisannya tersendiri. tak kisah lah cara penulisan formal, lawak, gile2 yang penting die dapat sampaikan mesej tu kat pembaca. kalo jalan citer mendatar je takde klimaks tak sedap nak baca samelah macam tengok movie.

2. entry copy paste
ni paling tak best asyik nak cari jalan mudah je. sebab tu la muncul mr/mrs copycat nih.tapi bagi aku tak salah nak copy tapi kena pandai olah sket2. aku pun selalu gak cilok gambar mr.google tp so far takde pula die bising.

3. lama gile tak update
kalo seminggu dua tak update ok lagi kut, tapi kalo dah berbulan2 (macam blog ni) say bye lah to ur readers :(.

4. blog tak menarik
kalau sebut pasal blog mesti kata cantik / tak. tak penah lagi orang sebut blog tampan. ye lah bukan kah seindah2 ciptaanNya adalah wanita (amin...) jadi sesuatu keindahan tu dikaitkan gan kecantikan. kalo bukak blog tu nampak cantik, kemas mesti sonok nak baca. tapi kalo serabut, iklan terabur, nak buka full page pun lama gile terus hilang mood nak baca.

nampaknya blog ni ada semua ciri2 kat atas tu..
tak pe kalo kat tv ade rancangan from zero to hero
ak pla nak buat blog ni from sampah to ????

July 17, 2010

09:30

Jom sarapan dengan Oligo!

lalalal~~Oligo oligo...oligo cocoa. nyanyi jap iklan oligo yang kat tv tue
kalo sebelum ni bekfes gan Milo 3in1 tp arini nak try lak bekfes gan Oligo!
chocolate malt drink yang dicampur gan oligofruktos
tahu tak ape tu oligofruktos?
oligofruktos ni boleh membantu sistem pencernaan dan sumber diet yang baik
bukan tu je boleh mengantikan lemak/gula dan merendahkan kalori dalam makanan
rase oligo ni pun lebih sedap!
tmbah lagi gan kek lapis s'wak masam masam manis


memang sedap! kek ni beli masa nak balik hari tu
biasa makan kek lapis manis sangat..yang ni tak,
bukan senang nak buat kek lapis ni layer by layer
kene yang xpert gak baru jadi, kesabaran pun kene tinggi kot
tapi bab makan tu yang paling senang
k la nak sambung bekfes dulu :)

June 19, 2010

22:47

akhirnya~~~~~

akhirnya...dapat juga blog ni di update
hemmm....lebih sebulan kot aku tak jenguk blog ni
tapi yang terharu sangat ada juga yang sudi jenguk2 kat sini sambil klik2
tengkiu korang....

bukan sesaja malas nak update tapi tak leh nak connect tenet
kalo kat kolej senang siket ada wireless boleh gak online 24/7
ada gak plan nak beli bband siap survey harga bagai
tapi harga tak tentu, dekat KL rm198 kat sabah lak rm146 jek

hmm last2 tak juga beli, tompang bband akak je lah
tunggu owang bagi bband free baru beli
jimat siket..kalo boleh sume nak free hihik

April 17, 2010

19:54

nak mengintai |..Gatsby Deodorant Street Fair..|


tadi rase nak pegi pulak ke Gatsby Street Fair nih even tak join pon..huhuk saja nak melihat keadaan kat sna

lagipun tempat ny dekat je kat Berjaya Times Square antara tempat pebret aku mencuci mata..kalo kat TS ni aku paling shuke shopping kasut!

esok ad agenda lain pulak..nak window shopping gan my sis :)

kalo tak silap gak esok ad PC Fair kat KLCC start dari 16-18 April ni...banyak pula event yang menarik ye

tataw dah nak g mane (+_+)
18:15

Ku Ingin Terbang Lagi


yossh!! final exam untuk semester ni dah hampir tamat dan hanya tinggal beberapa paper lagi yang perlu digoreng.

goreng tu goreng gak tapi jangan sampai hangus sudeh..agak2 dah secukup rasa tu bolehlah nak amek hati lecturer tuk bagi markah lebih.

so cuti semester pun dah nak dekat tak sabar nak balik rumah..weeee~~~~

bile balik tu biasa naik flight Air Asia atau MAS, kalau tak MAS mesti Air Asia, kalau tak Air Asia mesti MAS. pendek kata antara dua ni lah

kalau yang lain-lain tu tak pernah try pula macam firefly ke ala yang dalam citer Awan Dania tu. tapi teringin gak kut2 la ada Scha kat dalam flight tu. nak2 ada Jehan (^O^) konfem xtido dalam flight punya.

nak citer sikit pasal Air Asia and MAS ni, just nak share from my view

yang bestnya Air Asia ni mestilah harge tiket murah. ada yang sampai RM 0 utk arge tiket n cuma perlu bayar cas2 tertentu so total RM 10++ jek. Murah kan! kalau MAS susah sikit kot nak dapat arge camtu

tapi yang bestnya MAS ni dapat makanan free. siap boleh pilih lagi ala pilih antara dua set jek. pastu mintak la pape pon nak air ke mesti diorang bagi yang penting FREE. kalo Air Asia sume kene bayar. penah skali tu beli maggi dalam bowl kne RM 7++ kut. then, mase nak balik raya tepakse la berbuke dlm flight oder set nasi+sate 3 cucuk RM 10++. cekik darah betul.

yang bestny lagi MAS ni flight attendant die sopan jek. memang korang akan dilayan dgn penuh kesopanan dan kesusilaan ar *cam rukun negara pulak ye* dah tu ensem2 pulak..huhuk sempat ag cuci mate

kali ni nak naek MAS ke Air Asia ek?? kne tanya my top sponsor dulu..hahak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us