Breaking

Showing posts with label cara diet. Show all posts
Showing posts with label cara diet. Show all posts

September 25, 2012

12:16

Setelah Gemuk, Lisa Surihani Cuba Diet Cara Kate Middleton


Aktres Lisa Surihani yang mengalami kenaikan berat badan sejak kebelakangan ini berhasrat untuk mengamalkan sistem diet Dukan Diet seperti dipraktikkan kebanyakan wanita Perancis dan isteri kepada Putera William iaitu Kate Middleton.
Lisa, 26, berkata, sejak mengalami kenaikan berat badan sebanyak 4 kilogram daripada berat ideal, dia berasa terpanggil untuk mencuba sistem diet yang diasaskan doktor dari Perancis, Pierre Dukan itu yang menekankan kepada pengambilan protein.
"Saya sudah selidik dan melakukan pembacaan di Internet dan buku-buku kesihatan.  Sistem diet Dukan ini bukan sahaja popular dan diamalkan di kalangan wanita-wanita Perancis, malah ia turut diamalkan Kate Middleton.Keberkesanan pelan itu menerusi kaedah pemakanan dan senaman yang sihat dan selamat membuatkan saya mahu mendalami sistem ini dan mencubanya," katanya 
Isteri kepada pengarah filem Yusry Abdul Halim ini berkata, perubahan pada fizikalnya tiada kaitan dengan dakwaan kononnya dia sedang berbadan dua.
"Perubahan ini tiada kena-mengena dengan dakwaan kononnya saya sedang mengandung dan mahu merahsiakannya. Mungkin saya bahagia dengan kehidupan sekarang, sebab itu badan naik sikit. Kalau saya mengandung pada masa akan datang, saya tidak akan buka cerita dulu melainkan apabila tiba masa yang sesuai untuk berkongsi," ujarnya.
Mengenai alam rumah tangga yang dilaluinya sejak 23 Februari lalu, Lisa berkata, dia berasa bahagia dengan perkembangan kehidupannya selepas bergelar isteri.
"Mungkin ia kedengaran klise tetapi terus-terang saya katakan, perkara terbaik sejak berkahwin adalah ketika saya pulang ke rumah dan dapat menghabiskan masa bersama Yusry. Hilang segala kepenatan bekerja di luar apabila kami dapat berbual dan berkongsi pendapat mengenai pelbagai hal.
"Sejak awal lagi, kami amalkan perbincangan dalam segenap keputusan yang hendak dibuat dan perkara itu menjadikan kami lebih mengenali antara satu sama lain," katanya.

June 19, 2011

08:06

Tip Kecantikan dari Sarimah Ibrahim

morning olls, pepagi lagi dah wat entry tips kann. eheh kali ni Sarimah pulek nak kongsi tips kecantikan jum teruskan bacer...
Pengacara The Biggest Loser, Sarimah Ibrahim berkongsi tip kecantikan di bengkel anjuran majalah Shape dengan kerjasama True Fitness, Sunway Giza, Kota Damansara, Sabtu.
“Saya suka makan nasi lebih-lebih dengan lauk ayam madu. Tetapi saya mengamalkan makan nasi selang sehari.“Selain itu, kurangkan makan di luar kerana kebiasaannya makanan di luar terlebih minyak. Jika makan nasi beriani, elakkan ambil lauk yang bersantan sebaliknya pilih yang bergoreng. Minuman pula, saya pilih air milo tanpa gula,” katanya semasa berkongsi tip tersebut.
Wanita kacukan Irish-Melayu ini juga melakukan senaman pilates untuk menguatkan otot-otot yang lemah serta menggunakan mesin senaman.
“Apabila mencuba pakaian yang direka oleh pereka fesyen, saya selalu berhadapan dengan masalah badan. Jadi, saya perlu selalu bersenam untuk mengekalkan kecantikan badan dan tidak mendatangkan masalah kepada pereka fesyen,” ujarnya.
Sebagai tambahan, Sarimah turut mengambil suplemen seperti vitamin B dan pil minyak ikan yang mendatangkan faedah kepada kulit.
Tip tambahan lain termasuklah makan banyak makanan berprotein, seimbangkan makanan berkarbohidrat untuk mengurangkan kadar gula dalam badan dan makan selepas bersenam.
@: tu ajork yer, kekadang tips ni kalo nak cakap tu memang senang, nak buat tu yang addoii
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us