Breaking

Showing posts with label artis korea. Show all posts
Showing posts with label artis korea. Show all posts

January 30, 2021

09:34

 Artis popular Negara Korea Selatan BTS dan Lee Min Ho. Namun antara kedua-dua artis ini, peminat tidak dapat menentukan mana satu yang lebih popular.


                                                                    Lee min ho

BTS


KERAJAAN Korea Selatan baru-baru ini telah mengeluarkan keputusan hasil kajian senarai selebriti tempatan yang paling berharga dan disayangi oleh peminat seluruh dunia. Menerusi kajian yang dibuat oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan, BTS telah dipilih sebagai penyanyi K-Pop paling diminati manakala Lee Min Ho mengungguli senarai pelakon paling disayangi peminat global. 

Kajian itu dijalankan dengan melibatkan seramai 8,500 responden dari 18 negara luar termasuk penduduk di Amerika Syarikat, China dan Jepun. ADVERTISING X Survey atas talian (online) itu berlangsung dari 24 September hingga 4 November lalu yang turut meminta responden menjawab soalan berkaitan seni dan kebudayaan Korea Selatan. Hasil daripada kajian itu, sebanyak 22 peratus responden memilih BTS sebagai penyanyi kegemaran mereka manakala Lee Min Ho meraih sebanyak 9.6 peratus bagi kategori pelakon. 

 Filem Parasite yang mencipta sejarah sebagai Filem Terbaik Oscar pada tahun lalu turut dipilih sebagai filem Korea paling diminati oleh masyarakat global. BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook kini tampil dengan album terbaharu mereka, BE yang dilancarkan pada November lalu. Lee Min Ho, 34, pula dilaporkan bakal tampil dengan drama bersiri terbaharu berjudul Pachinko.

April 1, 2012

08:21

Penampilan terkini Rain bergelar tentera selebriti Seoul


SEJAK menyertai program kerahan tenaga, berita mengenai penyanyi Rain terhenti serta-merta sehingga membuatkan ramai peminatnya rindu.
Namun, baru-baru ini dia kembali ke pentas nyanyian buat pertama kalinya. Menurut soompi.com, Rain yang kini bergelar tentera selebriti muncul dalam Seoul Peace Music Festival 2012 yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan pada minggu lalu.
Itu bukan penampilan pertamanya sejak berada dalam kem apabila Rain terlebih dahulu tampil menerusi Vietnam Friendship Concert pada dua minggu lepas.
Konsert terbaharunya merupakan pertemuan pertamanya dengan peminat di negara asal penyanyi tersebut.
Rain yang popular menerusi drama bersiri Full House itu masih kelihatan masih mesra dengan peminatnya walaupun sudah lama tidak mengadakan konsert.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us