Breaking

October 29, 2011

11:37

Neelofa Pengacara Baru Nona Bersama Fara Fauzana




Penyampai Hot FM, Fara Fauzana dan pelakon baru Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa sah akan mengalas tugas sebagai pengacara program popular Nona.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, dua pengacara baru itu bakal menggantikan Vanidah Imran bermula Januari tahun depan.
Ahmad Izham berkata, pemilihan Fara dan Neelofa adalah bagi memantapkan persembahan program itu yang turut akan mengalami perubahan daripada segi isi kandungannya.

October 27, 2011

10:31

Neelofa Berdebar Tunggu Tayangan 4 Filem




Pelakon jelita Noor Neelofa Mohd Noor, 22,mengakui berdebar menanti kemunculan empat buah filem lakonannya yang dijangkan ditayangkan tahun depan.
Tambah Dewi Remaja 2011 ini, biarpun sudah membuktikan bakat lakonan dalam beberapa buah drama tempatan, namun dia masih risau terhadap reaksi penonton terhadap kemunculannya di layar perak.
"Tahun ini merupakan tahun pertama sebagai artis, memang ramai yang mengenali saya melalui drama yang sudah keluar atau melalui berita-berita tentang saya.
"Sebab itu juga perasaan agak teruja dan gementar untuk menerima maklum balas penonton untuk filem-filem lakonan saya yang ditayangkan tahun depan," katanya ketika ditemui di majlis Malam Seribu Bintang Karyawan, di sini, Rabu lalu.

October 26, 2011

09:40

Gaddafi dikebumi secara rahsia di gurun



MISRATA 25 Okt. - Jenazah Muammar Gaddafi dikebumikan awal pagi ini dalam satu upacara ringkas di kawasan gurun yang dirahsiakan di Libya.
Ia sekali gus menamatkan spekulasi berhubung pengebumian bekas pemimpin Libya itu yang jenazahnya sebelum ini dijadikan 'bahan pameran' di sebuah bilik sejuk beku di Misrata.

09:20

Nasi Lemak 2.0 Berjaya Kutip RM7 Juta


Filem kontroversi, Nasi Lemak 2.0 berjaya meraih kutipan sebanyak RM7 juta sepanjang ia ditayangkan di pawagam sejak 8 September bulan lalu.
"Pada dasarnya saya memang menaruh harapan tinggi pada filem ini namun tidak menyangka sambutannya akan menjadi begitu baik sekali di kalangan penonton di Malaysia," ujarnya pada majlis meraikan kejayaan filem itu di sini, Isnin.

09:06

Najwa Latif Bakal Berduet Dengan Greyson di AIM 2011



Penyanyi muda, Najwa Latif, 16, yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku menjerit apabila mengetahui dia bakal berduet dengan penyanyi muda dari Amerika Syarikat, Greyson Chance di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 pada 12 November depan.
Menurut Najwa, setelah mengetahui berita tersebut menerusi rakannya pada Jumaat lalu terus menghubungi syarikat rakamannya, NAR Records untuk mendapatkan pengesahan.
“Pada mulanya saya tidak percaya dengan berita ini tetapi mereka juga sebenarnya ingin membuat kejutan kepada saya.
“Terus-terang, saya rasa tidak sabar untuk berduet dengan Greyson dan ini merupakan kali pertama saya berduet dengan penyanyi dari luar negara,” ujarnya semasa ditemui di majlis ramah mesra Anugerah Skrin (ASK) 2011 di One Utama, Sabtu lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us