GUANGZHOU – Budak malang berusia dua tahun yang menjadi mangsa langgar lari di China, meninggal dunia awal pagi tadi selepas seminggu bertarung nyawa di hospital.
Wang Yue Yue meninggal dunia akibat kegagalan sistem badan berfungsi.
Dia sebelum ini tidak sedarkan diri dan sukar diselamatkan selepas otaknya tidak lagi berfungsi.
Kejadian berkenaan yang menyaksikan bagaimana Yue Yue dibiarkan begitu sahaja oleh 18 orang yang melalui jalan tersebut sehingga seorang wanita yang merupakan pengutip barangan lusuh menghulurkan bantuan.
Wanita itu kemudiannya diangkat sebagai wira, namun kejadian tersebut mencetuskan perdebatan di internet yang mempersoalkan sifat perikemanusiaan penduduk China.
Malah dalam laman sosial China, Weibos, orang ramai meluahkan kemarahan dan sedih dengan insiden itu.
“Selamat tinggal Yue Yue, tiada lagi kenderaan di syurga.
“Yue Yue, selamat tinggal, dan jangan lagi dilahirkan sebagai rakyat China pada masa depan,” demikian antara tulisan yang diluahkan oleh bloger di China mengenai kematiannya.
Seorang saksi berkata, kesan peluru boleh dilihat dengan jelas di sisi kepala bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.
Selain kesan tembakan di kepala, mayat Gaddafi yang ditunjukkan kepada pemberontak dan seorang saksi Reuters juga mempunyai kesan calar, juga di kepala.
Kartun Animasi 3D Supertots di TV3 menampilkan karya terbaru anak tempatan yang bakal menjadi ikon selepas Upin Ipin dan BoBoiBoy.
Supertots mengisahkan tentang sekumpulan penjaga keamanan yang terdiri daripada lima orang adiwira iaitu Captain Danny, Elly, Alan, Blinq dan Sasha yang bertugas sebagai pegawai Superfleet dalam mengawasi galaksi dan dibantu oleh Atoq, sebuah sistem komputer penjaga yang pelupa.
Siri 13 episod ini sedang ditayangkan di TV3 pada setiap Sabtu, pukul 9 pagi mulai 15 Oktober lalu.
Siri animasi ini juga telah mendapat anugerah Animasi Terbaik daripada Anugerah ICT NEF-AWANI pada tahun lalu.
bagi pelajar form 5 yang bakal menduduki SPM 2011 pasti tengah berhempas pulas mengulangkaji buku, zaman me dulu, buku lah sumber utama untuk study sebabnya takde option lain tak macam skang melalui tv pun boleh study.
Astro Tutor TV SPM on Channel 603 menayankan program pembelajaran yang menarik dengan soalan2 mengikut silibus pembelajaran di sekolah. korang boleh memilih subjek yang diambil sesuai dengan exam korang. dan yang pastinye korang takkan stress la belajar melalui tutor TV ni sebabnye cara pembelajaran yang mudah difahami dan yang peling penting mudah diingat sebab kaedah pembelajaran visual.
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.
“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.