Breaking

August 16, 2011

13:07

Yusry Bernikah Dengan Lisa Surihani 2012 Sekadar Propa


Penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim menolak dakwaan kononnya akan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lisa Surihani pada tahun hadapan.
Yusry telah dihujani dengan pelbagai soalan untuk pengesahan berita tersebut khususnya tentang beliau dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa Surihani pada tahun 2012. Yusry menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin terjadi kerana salah faham.
12:47

Butter Golden Churn Tidak Halal | Mentega Mengandungi DNA Babi


Butter Golden Churn disahan tidak halal dan mentega berkenaan dipercayai mengandungi DNA babi. Jbatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

12:35

Gambar Wajah Penyerang Ashraf Haziq Didedah | Rusuhan London


Gambar lakaran wajah penyerang Ashraf Haziq didedah. penyerang yang dipercayai memukul hingga menyebabkan kecederaan pada bahagian rahang Ashraf Haziq turut merompak beberapa barangan milik Ashraf.


Penyerang yang dikenali sebagai Reece Donovan, 21 tahun dari Romford, Essex muncul kelmarin di depan majistret di sebuah mahkamah di tengah London. Dia dituduh merompak telefon bimbit Nokia dan konsol permainan Sony PlayStation milik Ashraf semasa rusuhan berlaku di London pada minggu lalu.

August 15, 2011

16:51

Gambar Kad Kahwin Ashraff Muslim dan Dayana

sekali tengok macam kitab agama, apa taknya setiap baris dipenuhi tulisan jawi. tapi sebenarnya kad kahwin Ashraff Muslim dan Dayana yang kelihatan sungguh unik. pasanganm ni bakal bernikah pada 1 Syawal di tanah suci, Mekah.

kad kahwin ashraff muslim

Gambar Kad Kahwin Ashraff Muslim dan Dayana

August 12, 2011

20:59

GAMBAR Kad Kahwin Memey Dan Norman

Kad kahwin memey dan Norman dah pun siap dan mula diedar. khabarnya perkahwinan ni bakal jadi wedding of the year dengan tajaan berjuta-juta. huh tak sabar nak nengok...

kad kahwin memey norman

GAMBAR Kad Kahwin Memey Dan Norman

August 10, 2011

10:32

Lady Gaga Persis Lelaki


kalo tengok skali mesti korang ingat gambar tu adalah lelaki sebenar. tapi korang silap sebab ini adalah gambar Lady gaga yang muncul dengan imej terbaru seperti seorang lelaki untuk kulit album 'single' terbarunya iaitu You And I.
10:25

Perkahwinan Noraniza Idris Dengan Bilal Masjid Diadakan Besar-besaran


Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Jeffri Hudi, 52, bilal sebuah masjid di Singapura secara besar-besaran pada 29 September ini dan boleh disaksikan oleh orang ramai.
Majlis pernikahan akan berlangsung pada pukul 12 tengah hari di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru.
Ia diadakan seiring dengan sambutan 'Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011'.
"Pada mulanya keluarga saya menetapkan tarikh untuk kami bernikah pada 1 Oktober 2011 tetapi akkhirnya kami membuat keputusan lebih baik majlis ini diadakan serentak dengan sambutan festival itu. Lagipun jaraknya tidak jauh.
"Walaupun ia besar-besaran, tetapi saya rasa tidak salah kerana ia bertujuan untuk meraikan perkahwinan kami," katanya ketika sidang media mengumumkan tarikh pernikahan mereka di Menara Yayasan Tun Razak, di sini, Selasa.

August 8, 2011

August 7, 2011

20:31

Poduk SimplySiti Dijamin Halal, Tiada DNA Babi


Produk kosmetik SimplySiti menafikan penggunaan berus bulu babi dalam produknya sebagaimana yang didakwa dalam sebuah laman blog baru-baru ini.
Presiden produk tersebut Datuk Siti Nurhaliza Taruddin berkata kesemua produk keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us