Breaking

May 1, 2011

16:46

Zahiril-Shera Nikah 20 November Ini

Pelakon Zahiril Adzim dan pengacara Shera Aiyob bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 20 November tahun ini di sini dan majlis resepsi perkahwinan akan dilakukan serentak untuk kedua-dua belah pihak pada 17 Disember tahun ini di Kuala Lumpur.



Gambar Shera Aiyob & Zahiril Adzim Bertunang


Gambar Shera Aiyob Bertunang
Pasangan ini mengumumkan tentang majlis tersebut setelah selamat bertunang pada Ahad, di rumah keluarga Shera di Taman Tasek Indra, di sini.
"Syukur, alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan baik. Saya berasa seronok dan teruja apabila selamat mengikat janji setelah lama cuba memikat hatinya.
"Hubungan cinta kami mula berputik sejak sama-sama berlakon dalam sebuah drama berjudul 'Ada Sesuatu Yang Tertinggal'," kata Zahiril yang segak memakai baju Melayu berwarna merah jambu, bersongkok dan bersamping.
Dalam majlis pertunangan tersebut, Zahiril memberi tujuh dulang hantaran dengan tema warna hijau manakala Shera membalas dengan 11 dulang hantaran berwarna merah jambu.
Shera memilih pelamin berkonsepkan Inggeris dengan tema warna putih dan merah jambu direka oleh Zaid Sulaiman dari Za'ha Wedding Planner manakala solekan daripada Art Of Beauty.

mstar
08:54

Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara?

Jangan pula terkejut beruk bace tajuk kat atas nun, tuh cume antara jalan cerita yang bakal dilakonkan Maya Karin dalam filem Ombak Rindu yang diadaptasi dari sebuah novel. me penah bace novel ni jalan ceritanya memang menarik.



Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Ombak Rindu merupakan adaptasi dari sebuah novel popular nukilan, Fauziah Ashari.

“Saya pernah baca novel ini tujuh tahun yang lalu dan saya akui amat menyukai cerita Ombak Rindu ini. Bila ditawarkan untuk berlakon dalam naskhah ini, saya rasa gembira sangat,” ujar Maya mengakui agak berat untuk membawakan wataknya.

“Watak Izzah sangat jauh dengan diri saya sendiri. Dia merupakan anak yatim piatu dan dilacurkan oleh bapa saudara sendiri. Saya selalu memikirkan tentang watak ini dan cuba melalui hidup sebagai Izzah.

“Bagi saya, watak Izzah sangat istimewa. Watak Izzah sangat kuat dalam diri saya sehinggakan saya masih pegang perasaan dan prinsip Izzah sampai sekarang,” ujar Pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 2008 ini.

“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.

“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” 

gua.com 
08:35

Yusri KRU & Lisa Surihani dating bawa pengapit?

Dulu kecoh pasal Yusri dan Maya karin, sejak akhir2 ni pula nama Yusri mula dikaitkan gan pelakon yang menjadi pujaan lelaki malaya (cewah!) sape lagi kalo bukan Lisa Surihani. kalau betul mereka ni ada hubungan yang istimewa harap sampailah ke jinjang pelamin. lagipun dua2 sama cantik dan sama padan, tak gitu...



baru-baru ini ada yang ternampak kelibat merpati dua sejoli itu makan malam di kawasan Ampang, Selangor. Yusry dan Lisa sedang berjalan menuju ke meja sambil masing-masing berteman. Lisa ditemani ibunya, manakala sutradara muda itu ditemani seorang kawan.

@: agak2 boleh jadi weeding of the year tak macam perkahwinan yusri gan erra dulu?
08:18

Jang Wooyoung Kalahkan Putera William dan Kate Middleton di Twitter

Salah seorang ahli kumpulan popular Korea, 2PM, Jang Wooyoung berjaya mengalahkan topik tentang perkahwinan diraja Putera William dan Kate Middleton di laman sosial Twitter.
Dia yang menyambut ulangtahun yang ke 23 iaitu dilahirkan pada 30 April 1989 ini mendapat ucapan sempena hari lahirnya daripada peminat seluruh dunia.
Biarpun sudah berusia 23 tahun, namun ramai peminat-peminat yang mahukan dia sentiasa kekal dalam usia muda remaja.

@:fuh memang kuat penangan kpop neh sampai ade pula kpop versi tak bape nak cerah

April 30, 2011

21:24

(Gambar) Sazzy Falak, Maizawati, Rita Rudaini Selamat Melahirkan Anak

wah tahniah buat pasangan artis yang selamat melahirkan anak baru-baru ni. Sazzy Falak dan suami, Nash Idrus yang menyambut kelahiran anak kembar perempuan mereka pada 28 April 2011. pasti comel2 baby kembar ni, name pun sweet jek sorang diberi nama Iman Lilly dan seorang lagi Tiara Rose.





Maizawati pun telah selamat melahirkan anak pertamanya bersama suami barunya, Yassin. Anak lelaki maizawati ni diberi nama Muhammad Qhabel Izz Qhushairy.



Pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, juga mendapat anak kedua selepas dia melahirkan bayi seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court dekat sini, Jumaat. Bayi lelaki ni diberi nama Airit Rafqa Arjuna.



Anak Kedua Rita Rudaini
20:47

(GAMBAR) Majlis Pernikahan Zed Zaidi & Natalia

nampaknya tarikh perkahwinan Putera William dan Kate Middleton turut dikongsi bersama Zed Zaidi, 31 yang selamat diijab kabulkan dengan kekasih hatinya Natalia Halimatun Mustapha Kamal, 28 malam tadi.

Zed Zaidi Sah Bergelar Suami Di Perkahwinan Diraja


Zed Zaidi & Nelly Natalia Nikah


Zed Zaidi & Nelly Natalia Nikah


Zed Zaidi & Nelly Natalia Nikah






Pihak perempuan menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM300, hantaran bernilai RM20,000 dan juga tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Antara hantaran yang diterima Zed Zaidi ialah kitab Al-Quran, kamera Canon SLR, komputer riba Toshiba, wangian badan Davidov, jam tangan French Connection, MP5, sirin junjung dan tidak ketinggalan sebentuk cincin.

Manakala hantaran berbalas dari pihak lelaki kepada perempuan adalah seperti Al-Quran, sirih junjung, peralatan solek Chanel, kacamata Prada, tas tangan Dior, set wangian Lanvin dan juga manisan.


@: tahniah yerr...semoga berkekalan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us