Breaking

March 24, 2018

12:33

Cekodok Pisang Rangup Dan Gebu. Resepi Dengan Enam Bahan Jimat

Related image
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji pisang melaka (org Sabah mesti tahu)
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula perang @ 1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum (haha sori tertinggal..tadi)
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)

Image result for cekodok pisang
  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...
12:28

Resepi Cupcake Mudah, Chocolate Cupcake Saiz Kecil Dan Bahan Mudah Didapati

12:24

GAMBAR GADIS TRIVAGO KINI MENJADI IBU, MELAHIRKAN BAYI PEREMPUAN

GAMBAR GADIS TRIVAGO KINI MENJADI IBU, MELAHIRKAN BAYI PEREMPUAN

“Comelnya Baby Trivago!” - Dahlia Shazwan Dedah Wajah & Perkenalkan Nama Anak Sulung
Pengacara dan model iklan Trivago, Dahlia Shazwan mendedahkan anak sulungnya di laman Instagram.

Menerusi sebuah entri terbaru yang dimuat naik oleh Dahlia, pengacara rancangan HLive itu turut memperkenalkan nama anak sulungnya.

Throwback to when I delivered our angel exactly a month ago. Everyone meet Freda,” tulis Dahlia di ruangan kapsyen.

Rata-rata pengikut laman Instagram Dahlia mengucapkan tahniah serta memuji kecomelan wajah anaknya. 
 
Selain itu, peminat Dahlia turut memanggil bayi perempuan Dahlia dengan gelaran ‘Baby Trivago’.

Dahlia selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 2.7 kilogram di sebuah hospital swasta Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu.

Terdahulu, Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin mendirikan rumah tangga dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016
12:16

PUNCA GAMBAR ANAK SULUNG SITI NURHALIZA VIRAL DI MEDIA SOSIAL


“Benda Dah Jadi, Tak Boleh Buat Apa” - Jurusolek Kesal Sebar Gambar Anak Siti Nurhaliza



JURUSOLEK yang bertanggungjawab menyebarkan gambar anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza di laman sosial bersyukur apabila Datuk Khalid Mohamad Jiwa memaafkannya dan reda dengan apa yang berlaku.
Wan Noor Akmal Wan Jusof ketika dihubungi turut berterima kasih kepada keluarga Siti Nurhaliza kerana tidak memanjangkan isu berkenaan.


Buat sementara waktu anak perempuan Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dipanggil Fatimah Az-Zahra sebelum nama sebenarnya diumumkan secara rasmi selepas tujuh hari kelahiran.
Kelahiran bayi ini menamatkan penantian Siti Nurhaliza selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.

11:53

VIDEO, LIRIK LAGU SUFIAN SUHAIMI, BEKAS TUNANG ELFIRA LOY


Baru dilancarkan beberapa jam, lagu terbaharu Sufian menerima jumlah tontonan tinggi di laman YouTube. Foto: AZHAR MAHFOF/ The Star
VIDEO, LIRIK LAGU SUFIAN SUHAIMI, BEKAS TUNANG ELFIRA LOY
KONTROVERSI terputusnya ikatan pertunangan antara penyanyi Sufian Suhaimi dengan pelakon Elfira Loy terus memberi publisiti terhadap lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Di Matamu apabila ia menerima sambutan penonton di laman YouTube.
Lagu tersebut telah dilancarkan secara rasmi di laman itu pada pukul 9 pagi, Jumaat dan sehingga kini menerima hampir 200,000 kali tontonan setelah tiga jam dimuat naik menerusi saluran Aries Music.
Lagu ciptaan Sufian bersama Sirkhan dan Rinkarnaen ini dilancarkan pada hari ini kerana ia sepatutnya merupakan tarikh dia dan Elfira mendirikan rumah tangga.
Rata-rata netizen turut teruja dengan pelancaran lagu ini dan masih mengaitkan kisah putus tunang dengan perjalanan cerita dalam muzik video tersebut.

Sufian Suhaimi lancar Di Matamu di laman Youtube.
"Sabar ya Sufian. Banyak lagi yang terbaik di luar sana, Allah lebih tahu perjalanan hidup mu, banyakkan bersabar, InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya. Amin," komen MizsMaya.
"Setiap apa yang kita impikan, tak semua menjadi kenyataan. Hari sepatutnya melangsungkan pernikahan telah menjadi hari lancar lagu. Steady pian. Fokus agama, keluarga dan kerjaya," kata Mohamad Aizat.
"Tahniah Sufian Suhaimi . Baru satu jam dah ramai tengok . Memang terasa lah dengan lagu ni . Kita sama-sama ditinggalkan Pian. Biarlah , semoga dia bahagia dengan pilihan dia tu," tulis Shafinaz Ekah.

Hari ini sepatutnya dia melangsungkan pernikahan dengan Elfira Loy.
Sementara itu, mStar Online bertarikh 26 Februari melaporkan Sufian memberitahu lirik lagu terbaharunya itu dicipta pada pertengahan tahun lalu dan bukanlah selepas berakhirnya kisah pertunangannya dengan Elfira.
"Sebenarnya lirik lagu tersebut dah ada sejak tahun lalu lagi. Memang saya bercadang untuk keluarkan lagu tersebut pada tahun ini.
"Bukanlah dicipta selepas berakhirnya hubungan saya dan Elfira. Cuma, semua yang terjadi ini seperti kebetulan sama dengan maksud lirik tersebut.

Sufian nafikan lagu tersebut ada kaitan dengan perjalanan kisah hidupnya.
"Lagu itu juga sangat peribadi bagi saya kerana mengisahkan kehidupan saya yang secara kebetulan sahaja," ujarnya.
Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hari ini.
Sebelum ini, video nyanyian akustik yang dimuat naik di laman sama menjadi trending dan telah ditonton sebanyak 10 juta kali sejak 26 Februari.

11:49

VIDEO IZREEN AZMINDA RELA MENJADI ISTERI BEKAS SUAMI ORANG TANPA BERMADU

IZREEN AZMINDA RELA MENJADI ISTERI BEKAS SUAMI ORANG. PELAKON Izreen Azminda memberitahu dia sedang menunggu masa sesuai untuk mengaktifkan semula laman sosial Instagram miliknya iaitu @izreen.azminda.
Izreen berkata, buat masa ini dia hanya mempunyai satu akaun sahaja yang telah dinyahaktifkan buat sementara waktu dan akan diaktifkan semula kelak.
"Tunggu masa sesuai saya akan aktifkan semula Instagram itu. Buat masa ini, saya ada satu saja akaun official tapi belum aktif," katanya menerusi rakaman video di laman Instagram peminat @izreenazmindafc.
Sebelum ini, aktres berusia 32 tahun ini mengambil keputusan menyahaktifkan laman Instagram miliknya sejak 2 Mac lalu.
Tindakannya itu membuatkan banyak akaun palsu menggunakan namanya wujud di laman sosial berkenaan yang turut memuat naik foto mendakwa ia akaun baharu milik pelakon tersebut.


Izreen dan Ude berkahwin secara tertutup pada 8 Ogos tahun lalu.
Dalam pada itu, Izreen turut meluahkan kekesalan dengan sikap individu tidak bertanggungjawab yang mencipta akaun palsu menggunakan namanya.
Malah, dia turut berasa hairan mengapa mereka mewujudkan akaun tersebut sedangkan dirinya kini menerima kecaman hebat netizen.
"Tak perlu cuba nak jadi Izreen, walaupun kena kecam kau tetap nak jadi akak juga. Tolonglah buat kerja lain, tak payah buat kerja yang tak berfaedah untuk jatuhkan orang semata-mata.
"Kepada korang semua hati-hati dengan akaun palsu itu, saya hanya ada satu sahaja akaun iaitu @izreen.azminda," ujarnya.
Kontroversi terhadap Izreen tercetus apabila suaminya iaitu Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dan isteri pertama, Intan Liana Saleh hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi proses lafaz cerai pada 28 Februari lalu.

Ude menceraikan Intan yang juga merupakan isteri pertama dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada Khamis.
Gara-gara peristiwa itu, ramai netizen melahirkan rasa simpati terhadap Intan kerana bakal diceraikan sedangkan dia sudah bersetuju untuk berkongsi kasih ataupun bermadu dengan Izreen.
Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.
Kisah rumahtangga pemuzik bebas tersebut dengan Intan berakhir pada Khamis.
Pada November tahun lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.
Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza.


March 23, 2018

December 22, 2017

12:40

RESEPI RINGKAS, PISTACHIO ICE CREAM. LAZAT HINGGA TAK LEKANG DI MULUT (VIDEO)

Image result for pistachio ice cream RESEPI


Bahan-bahan:
1 cawan pistachios keseluruhan tanpa sangai, kira-kira cincang
2/3 cawan gula
1 1/2 cawan susu
1 1/2 cawan krim penuh/ heavy
4 kuning telur
Secubit garam
1/2 sudu teh. ekstrak badam

Langkah-Langkah:
Panaskan ketuhar hingga 350 ° F.

Aturkan pistachios dalam satu lapisan pada lembaran penaik dan bakar, goncangkan kuali sekali-sekala, sehingga kacang-kacangannya ringan dan panggang, 5 hingga 7 minit. Biarkan sejuk ke suhu bilik.

Dalam pemproses makanan mini atau pemproses makanan bersaiz standard, menggabungkan 1/2 cawan pistachio dengan gula dan proses sehingga cincang halus dan dicampur dengan baik. Rizab baki 1/2 cawan pistachios.

Dalam periuk, menggabungkan susu, krim dan campuran pistachio-gula dan kacau untuk campuran. Tetapkan pan di atas api sederhana rendah dan panaskan campuran, kacau sekali-sekala, sehingga gula dibubarkan dan stim mula naik dari permukaan, 3 hingga 4 minit. Buang dari panas dan biarkan campuran curam selama 10 hingga 15 minit.

Image result for pistachio ice cream RESEPI
hidangan bersama coklat nutella

Dalam mangkuk, pukul bersama kuning telur dan garam sehingga dicampur. Bentuk tuala dapur ke dalam cincin dan letakkan mangkuk di atas untuk mengelakkannya daripada bergerak. Kocok dalam 1/2 cawan krim pistachio sehingga halus dan dicampur, kemudian tuangkan campuran telur kembali ke kuali. Masak di atas api sederhana sederhana, kacau perlahan-lahan dan teruskan dengan sudu kayu atau spatula, sehingga kastard bertambah dan jari yang diletakkan di belakang punggung meninggalkan jalur, 8 hingga 10 minit; jangan biarkan custard mendidih.

Tuangkan kastar melalui penapis halus yang ditetapkan di atas mangkuk yang bersih; membuang pistachios itu. Nestle mangkuk di dalam yang lebih besar diisi separuh dengan ais dan air dan dinginkan kastard ke suhu bilik, kacau sekali-sekala. Dinginkan sehingga sejuk, sekurang-kurangnya 1 jam.

Aduk ekstrak badam ke dalam custard, beralih ke pembuat ais krim dan beku mengikut arahan pengeluar. Pada akhir tahap pembekuan, tambahkan baki 1/2 cawan pistachios dan teruskan pemprosesan sehingga mereka dicampur ke dalam ais krim. Pindahkan ais krim ke bekas sejuk, tutup dan beku sehingga tegas, sekurang-kurangnya 3 jam atau sehingga 3 hari, sebelum dihidangkan.
06:32

(6 Gambar) SYARIKAT GOOGLE ALA BABYLON KINI DI BINA DI LONDON, ENGLAND

Google ialah syarikat yang bermula sebagai enjin carian dan kini menjadi Eye of Sauron yang melihat setiap perlakuan anda di Internet. Mereka akan membuka sebuah ibu pejabat baru di dalam bangunan khas di Kota London yang menggantikan ibu pejabat sedia ada. Projek ini telah dimulakan sejak 2013 tetapi rekaan asalnya ditolak oleh Larry Page kerana dikatakan bosan. Oleh itu firma Heatherwick dan BIG dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan rekaan baru.

Ibu pejabat baru ini akan dibina berhampiran stesen kereta api King's Cross dengan luas lantas sekitar 93000 meter persegi. Ia bakal menempatkan 7000 kakitangan Google. Jika rekaan bumbung hijau bangunan ini nampak seperti pernah dilihat sebelum ini, ia adalah kerana Heatherwick menggunakannya pada rekaan taman jambatan yang dibatalkan di London beberapa tahun yang lalu.





05:16

Tampil Tidak Bertudung Fathia Latiff Di Kecam Peminat

Pelakon Fathia Latiff meluahkan rasa kecewa apabila ada individu menuduh dirinya ingin menjadi orang kafir gara-gara tidak bersetuju dengan tindakan aktres itu memuat naik foto “throwback” dirinya tidak bertudung.  
Panggilan tersebut sangat sensitif  dan melampau apatah lagi jika ia ditujukan buat seseorang yang beragama Islam.
 Tidak tahan dengan komen netizen, Fathia nampaknya sudah memadam foto yang mengundang kontroversi itu daripada akaun Instagramnya. Manusia itu tidak sempurna dan apalah hak kita untuk panggil orang lain kafir. Adakah diri kita sendiri sudah cukup baik sebagai seorang muslim? Nantikan jawapan balas dari Fathia Latiff yang tampil lebih sopan dengan imej bertudung
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

What color theme you prefer?

Follow Us